ANDA SEDANG MEMBACA

5

MUSUHNYA HABIS DIMAAFI (kecuali yang ambil rasuah)

Jorji Isnin, Julai 30, 2012


Di atas padang, Aidil ganas menerjah kaki musuhnya.
Penjaga gawang terhebat Malaysia, Farizal Marlias terbang menepis bola rembatan Daudsu.
Penyokong tegar Buffalo Soljah riuh melanggar Singapura, menendang Singa Utara.
Bila berbolasepak, Jang cemerlang tak kenal erti mengalah.

Musuhnya habis Jang binasakan.

Di luar padang, Aidil mengucup dahi isteri dan ibu tercinta.
Farizal Marlias tersenyum minum 100plus Apek di pagi Raya
Buffalo Soljah meriah melapah daging mantai,
Bila waktunya tiba, Jang beradat berhemah mulia.

Nampak? sampul duit raya paling cool abad ini. dengan tema 'Musuhnya Habis Dimaafi' apa lagi yang paling mulia bila kita sesama manusia saling memaafi di pagi hari raya.

Bebudak sekarang kemain berkira. Letak singgit dua ringgit dalam sampul, depan kita jugak dia kondem!

"singgit je? alahaiii!!"

Memang panas juga kekadang tu, tapi nak buek camno. Zaman sekarang zaman senang, tapi orang susah. Ulang sekali lagi, zaman aje senang, tapi orangnya susah. Kalau dulu, zaman susah tapi orangnya senang. Bagi singgit dah melonjak riang.

Justeru Jang sekali lagi untuk musim kedua mencipta sampul duit raya yang paling cool, yang sensasi, yang di jamin tidak akan membuat kanak-kanak teruja dengan isinya tetapi melompat bila dapat sampulnya sahaja.

Bayangkan! dapat sampul pun mereka dah kecoh!

Tahun ini tak payah la mintak sampul ghayo kek bank kalau setakat tukar duit seratus duo. Dah la tak lawa sampul eh, awek kat kaunter lak muka nak jem, macam dah 2 hari tak bukak poso. Pastu rilek dia kata, "sampul dah habis"

Order terhad! cepat sebelum terlambat. Sila sms atau whatsApp nombor di atas. Ingat! Bayangkan anak buah semua bersorak dapat sampul ado lambang Pialo Malaysia dan tahun kejuaraan kito. Siap ado tulih CHAMPIONS


Selangor ado?


5 Ulasan:

Unknown berkata...

cm tak berapa nak nampak sgt ke negeri sembilan dlm sambul tu..
kuning jea cm Bacin

Kucing Hitam berkata...

haha moh balik senanti ghayo ni!

keli berkata...

Nanti bebudak kata

"Hekellleeehh... sampul je lawa, dalam singgit je" kah kah kah

Unknown berkata...

Cangehh warehh....

f.islahi berkata...

sampul selangor otw. dollah salleh tengah design!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...