ANDA SEDANG MEMBACA

31

Yang Hak Mengatasi Yang Bathil

LuciusMaximus Khamis, November 01, 2012 , ,



Referee United.


1) Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana umat manusia kini gembira setelah beroleh kemenangan.

2) Chelsea menumpaskan Manchester United dengan jaringan 5-4 selepas masa tambahan dalam saingan League Cup. Ramai peminat Manchester United mendakwa bahawa Chelsea menurunkan kesebelasan utama menentang barisan pemain muda Manchester United kerana respek terhadap Red Devils. Yang sebenarnya, Chelsea memberikan respek kepada penaja League Cup, yakni Capital One.

3) Kalau pun ada juga yang masih mendakwa Chelsea menang guna 1st team lawan 2nd team Manchester United, haruslah mereka ini sedar bahawa hari Ahad lepas, Manchester United menang menggunakan 12  (14 mengikut mazhab lain) pemain melawan Chelsea dengan hanya 9 pemain.

4) Lee Mason tidak dibayar selumayan Mark Clattenburg nampaknya. Mungkin duit dah habis banyak ke Clattenburg agaknya.

5) Tiga kali Manchester United mendahului tetapi tiga kali juga Chelsea mengikat kedudukan. Dibolosi oleh pemain seperti David Luiz, Gary Cahill dan Eden Hazard adalah perkara normal. Tetapi ianya adalah penghinaan bila dibolosi oleh Daniel Sturridge dan pelari marathon Kenya, Ramires.

6) Secara agregat Chelsea-Manchester United kini terikat 7-7 hasil dari 2 perlawanan. Yang terjamin ialah satu lagi perlawanan di Old Trafford musim ini (dan kemungkinan perlawanan lain dalam FA Cup atau Champions League). Ini adalah persaingan baik lawan jahat atau umat manusia lawan setan yang maha hebat, bukan Arsenal lawan Reading.

7) Juara bertahan, Liverpool kalah dengan Swansea. Nampak percaturan bijak Swansea di situ dengan menghantar Brendan Rodgers ke Anfield?

8) Yang dah lama tak bergelar juara, Tottenham Hotspur kalah dengan Norwich. Nampak percaturan bijak Chelsea di situ dengan menghantar AVB ke White Hart Lane?

9) Dengan Chelsea menang dan Manchester United, Liverpool serta Spurs kalah maka ini bermakna tak ada siapa peduli pasal Arsenal-Reading lagi dah. Hangat tahi ayam je cerita menang 7-5 ni.

10) Bring on Leeds United.

31 Ulasan:

G berkata...

Glory - Glory Chelsea FC!!
WKWKWKWKWKWK

Puii Referee United!!

shabrieyzs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aki_san berkata...

keluar pon entry sal chelsea..dr pagi dok belek....mane geng man.u ni...da retire ke xtulis pasal man.u...

yours truly berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yours truly berkata...

Alhamdulillah fan chelsea tak menangis lagi.hari tu meraung sangar..kok tak bising

Sii fieqar berkata...

Mohon abam luci siasat gol penalti giggs dan dakwa lee mason coz xbgi chelsea penalti time m.keane handball..ehhh luiz hari 2 pun handball gak kan..hahaha..so fair la..

#apapun..goal luiz ngan hazard mang terbaik,superb..berbaloi dgn harga tran4 mreka..

#kopitis snyap nampak..man utd kalah ni..cepat la bahan drang..huhuhu..

#butthurt?!

pale berkata...

heran aku tengok peminat2 MU ni. time kalah sume senyap belaka. xde nk emo2, salahkan tu, salahkan ni...

kobetz berkata...

kitorg lek je.. xde hal kalah dgn membariskan team sekuat chelsea.. LM nmpk agree 1st team vs 2nd team.. so.. wit scoreline 5-4 dgn 2 gol chelsea dri penalti.. so, kami berpuas ati la our akademi ngn ramuan Tok Giggsy boleh memberikan saingan pada Juara UCL.. kang kalo menang lagi,mmg lah mourinho n anceloti menyanyi..Stamford Bridge is falling down...falling down...

* nmpk shevchenko smlm, jmpe roman sbb gaji xtertunggak ke.. kih3...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Game pagi tadi patutnya habis awal. Gol2 MU semua offside. Celaka reff tak nampak dan benarkan gol tu semua. Mohon chelsea adukan perkara ni kepada FA. Kalo tak jalan mohon adukan pada fifa. Kalo tak jalan jugak adukan pada TMJ. Kalo tak jalan, adukan pada sultan bolo. Kalo still tak jalan jugak, adukan je pada ibrahim ali.

mizu_sama berkata...

celaka fan man utd masih tak tahu macam mana posisi offside.

akudoktorkampung berkata...

1) sebenarnya dari mula perlawanan hari ahad tu chelsea da men 10 orang. torres tidak termasuk dalam kesebelasan utama chelsea ketika itu. dia hanya neutral. atau kadang2 menyelebihi kepada MU krn pura2 terlepas peluang menjaringkan gol.

2) faktor wang tidak mejadi masalah. lee mason adalah masonic. dia tidak mengambil rasuah.

Unknown berkata...

boleh la smurf menang, 11 lawan 11.xde kad merah aneh/pelik.cuba 9 lawan 12 tengok.tgok terberak tak lawan team mcm MU.

mizu_sama berkata...

Average age of Chelsea starting 11- 23.54
Average age of United starting 11- 24.82

jamsarisabian berkata...

gile hape nak lawan 1st team man u..x orgasm langsung..bek lwn 2nd team man u..ade gak peluh kuar..1st team..lwn Johor FA blom tnty mng..puuuuuiii..

Sii fieqar berkata...

lee mason x ambil rasuah????bukan dia x ambil...tapi chelsea da booking dia...

#chelsea xnak lapor kat fa ka coz lee mason xbagi penalti time m.keane handball????and coz bagi man utd penalti last2 minit????

#win with 2 penalty...ada ka ada permainan ala roman kat c2???

#kena kad merah belum tentu bleh score...tapi lau dapat penalti...confirm score....

#goal luiz ngan hazard mang awesome...bleh dapat anugerah goal terbaik 2....

Go buster x KR fourze berkata...

korang ni bangang yg chelsea report kat fa tu, pasal bhsa yg digunakn clatternburg... bkn kad merah ke offisde ke or penalty bongok!

hantuLongkang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hantuLongkang berkata...

"#kopitis snyap nampak..man utd kalah ni..cepat la bahan drang..huhuhu.."
-Mr.Peot-

encik Peot, siapa cakap "belakang parang kalau diasah, makin tajam"?..tak semestinya, dik...contohnya macam budak2 MU...makin bebal ada la...eh silap...makin tebal ada la..maksud saya, belakang parang tu yang makin tebal..

jadi kalau budak2 liverpool nak bahan sekalipun, bukan sebab MU kalah semalam...tapi sebab ketebalan parang penyokong2 MU seantero dunia...hahah...

//hahah lagi sekali..baru nampak lagi cool..

Sii fieqar berkata...

hantulongkang:alasan semata2...cba liberpol menang lawan swansea...tentu riuh skampung...urrmmm skrang kamu duk mid table...gaul ngan fans2 wigan la erk....

talkIZcheap! berkata...

4) Lee Mason tidak dibayar selumayan Mark Clattenburg nampaknya. Mungkin duit dah habis banyak ke Clattenburg agaknya.

Bitch, please! Chelsea paid Lee Mason already! :p

talkIZcheap! berkata...

Mizu-Sama: Average age takde kaitan ngan 1st atau 2nd string atau player tu dari akademi atau pun tak, pasal umur Giggs sorang dah tarik average age tu gila-gila, tapi itu cerita lain...

Cerita utamanya ialah, adakah Messi dan CRon boleh bermain secemerlang Giggsy pada umur 39 tahun selama 120 minit? Menarik untuk diketahui... :p

p/s: Liverpool kalah? Itu bukan news! (Nothing 'new' there...)

Aziz Nasution berkata...

Bila Siti Nur Evra claimed kena racial slur, berbondong fans menyu bercakap pasal rabit the racist itu dan ini.. La ni bila si Mikel dgn Mata nak press charge on Clattenburg pasal isu yg hampir sama, apasal fans menyu double standard?

p/s - Jap aku tak faham, kenapa komen nak letak hashtag? Ingat ni Twitter ke apa?

Mista Maman berkata...

@Ajiz, terbaek.

Well3, semua player dr team reserves ke?

KALAU TEAM RESERVES ke 2nd TEAM ke, kenapa team Mancheater Urinated ni lg orgasm dr 1st TEAM??? Dr segi serangan, taktikal lg baik & jaringan pun world class. Cuma aku rs defenders je masalah. Kenapa xakui?

Aku selalu tgk Welbeck lebih baik dr Rooney especially bile main utk England pun. Then, Chicharito mmg sharp. Dalam TEAM yg main ni, semua pun boleh jd 1st team pun, kecuali Wooton, Buttner, Keane. Lain, Nani, Giggsy, Anderson, etc... semua boleh jd 1st eleven & strong characters too.

Game ni mmg klimaks lebih dr game aritu. Kualiti Chelsea VS MU makin pantas & ada fiesta goals tp kualiti punye gol. Walaupun Lampard, JT & Drogba xde, this new generation Chelsea team proven can be fearsome team for more years to come.

hantuLongkang berkata...

@Mr.Peot:
bila liverpool menang, budak2 liverpool sepatutnya riuh kalau MU kalah sedangkan bukan match liverpool-MU?...

jangan yakin sangat dengan label ABU bagi setiap non-MU supporters, encik...kang makin tebal parang tu jadinya...hahah..

Sii fieqar berkata...

well...musim liberpoll da x sempurna coz drang da kalah lwan man utd kat anfield....huhuhuhu....

#ada ka lambang "#" dicipta semata2 untuk twitter jak....

#dapat 2 penalti time masa sbnar...tapi still meroyan...nak 1 gi...roman bayar ckup2 tuk dapat 2 penalti jak...

#terdesak nak menang...pasal 2 lamainkan top player...bkan sbab nak hormat pensja capital one cup pun...cba tgk time match lawan leeds ti....

Mambang Tanah berkata...

mr peot ni patu guna nama mr PEOD, sbb komen dia ngalahkan pompuan tgh emo time peod diorg dtg,kahkahkah..layankan je la fan MU yg menang kalah pun sentiasa meghoyan ni,hehe

Sii fieqar berkata...

hahaha...BUTTHURT....ANDA MEMANG GAMPANG....

Unknown berkata...

saper yg butthurt?? hentikan royanan anda..klu tidak clutterberg send u card..hahak

Aziz Nasution berkata...

Aku saspek mamat Semporna sorang ni baru layan sokernet barangkali.. Mat, kat sini utk detect sesorang itu butthurt cukup mudah.. Orang argue pasal bola, kau pulak bantai personal attack eventho u don't have a single clue whom u spoken/replied to.. berbaloi ke buat dosa kering semata-mata sebuah kelab bolasepak?

ronalbi berkata...

Aku rasa bila alex komang berenti kijo esok, diam la mengyu mengyu ni.

azhar berkata...

aku suka yg nombor 10 tu.. bring on leeds united... (walaupun baru nih kena belasah 6-1 dengan watford...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...