ANDA SEDANG MEMBACA

6

1 2 3 Lompat! Zass!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Sabtu, Januari 26, 2013


"Permainan cantik harus seiring dengan muka yang jambu"


Kena 2-0 pada separuh masa pertama, bangkit di separuh masa kedua menyamakan kedudukan. Satu Malaysia tahu Selangor adalah raja bola sepak negara. dan ke'raja'an Selangor dibuktikan dengan satu permainan mudah, mantap, pantas dan berkesan. Takde Amri? Takde masalah. Takde Forkey Doe? Takde masalah.


1 2 3 Lompat! Zass! Gol.

1 2 3 Lompat! Zass! Gol.

Mudah? Mudah sangat kan.

Lupakan Safee, lupakan Hadi, lupakan Zaq-one, lupakan Koji. Afiq Azmi membuktikan masih ada lagi penyerang tempatan yang berbisa. Masuk menggantikan Forkey Doe yang tercedera, Afiq menunjukkan kepada semua bahawa seni menjaringkan gol itu sesungguhnya mudah. Berbekalkan formula '1 2 3 lompat zass' yang diajar, Afiq masuk dan meng'zass'kan para pemain ATM sehingga selepas wisel penamat! 

Terlebih dahulu ATM di depan 2-0 hasil jaringan Marlon Alex James dan gol sendiri pertahanan Selangor. Di separuh masa pertama Selangor banyak beraksi secara tunggu dan tengok dulu. Hasil pemerhatian mereka selama 45 minit, maka di separuh masa kedua barulah aksi sontot menyontot bermula. 

Larian cantik K Soley dari sebelah kanan tidak terkejar oleh pemain ATM. Soley seterusnya menyilangkan bola ke tengah dan Afiq entah dari mana datangnya berlari deras lalu '1 2 3 lompat, zass!!!' Gol kedua tak payah ceritalah. Afiq lompat tiga kali lebih tinggi dari sebelumnya dan menanduk masuk membuatkan penjaga gol ATM tergamam dan terbaring hampir tidak sedarkan diri. 

Perlawanan yang rancak dikuasai Selangor secara tiki-taka nyata tidak disenangi pemain ATM. Mereka mula bermain ganas dan memijak perut. Mujurlah ada pengadil gila yang jadi pengadil. Kalau tidak maunya dibawa masuk sekali raifal M-16 ke dalam padang. Hasil kegilaan pengadil, pemain tengah Selangor, Shukor Jusoh diperintahkan keluar padang selama dua minit sahaja. Perintah itu dipatuhi, dan Shukor keluar sekejap merenung nasibnya lalu masuk semula bermain. Ya, ianya hanya terjadi di Malaysia sahaja. 

Perlawanan seterusnya berakhir dengan tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan tidak larat lagi bermain dan ada kelihatan pemain ATM yang menendang bola guna keting. Hasil dari latihan tendangan penalti pada perlawanan sebelum ini nyata memberi tuah kepada Norazlan Razali apabila mudah menyelamatkan tiga sepakan pemain ATM. Setelah perlawanan berakhir, Afiq Azmi yang masih lagi terpengaruh dengan formula '1 2 3 lompat zass', pergi melakukan sekali lagi aksinya di hadapan para pemain ATM yang tengah teresak-esak menangis. Pergaduhan tercetus dan Shukor Adan diterajang di dahi, manakala Hai-O pula lari menyelamatkan diri. Ramez Dayoub pula tenang melakukan spear kepada Marlon yang tidak bersedia. Mereka berhenti bergaduh setelah lampu di stadium padam dan darah tersembur merata-rata.


6 Ulasan:

Unknown berkata...

Gila...ini semua gila. Aku x tahu mana satu realiti mana satu mistik. Yang aku paham Afiq itu hero. Yes thats all

nwa berkata...

Babi...ni aku rasa paling lawak setakat ni untuk pengulas praktikal.Dan yang penting,lari dari berbau sokernet

nwa berkata...

Babi!boleh pulak tak tengok nama penulis dulu

Casa berkata...

aku bace dengan skip tgk gamba dulu
geli sial tapi...

geli 1 2 3 lompat zass power!!!

Unknown berkata...

fakkk. geli gila tgk gmbq atas tuh. haha

Wanturd™ berkata...

kah3! cilaka betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...