ANDA SEDANG MEMBACA

5

Luaskan Fajuramu

racYnc Sabtu, Januari 26, 2013



Pilihan Johor (JDT) 1 – 0 Perak

1. Dengan keampuhan back four Perak, coach Fandi memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1. Dua pemain meningkat naik, Irfan Ghani dan Ezaidy Kahar diberi peluang dalam kesebelasan utama. Dengan burger bakar dan air jagung di tangan, gua menunggu perlawanan penuh debar.

     Zamir Selamat
Azmi Muslim-Muslim Ahmad-Aidil-Irfan
Ezaidy-Ezrie-Safiq-Awe
Guiza
Wak Lan

2. Separuh masa pertama. Pemain rajin, Ezrie bertindak sebagai deep lying midfielder dan menjadi ball winner untuk pasukan JDT. Safiq bermain agak rapat bersama Ezrie berbanding selalu push forward seperti perlawanan yang lepas lepas. Celaka, dah enam game baru ko nak main macam ni?

3. Dengan kedudukan midfielder yang lebih rapat, JDT banyak bermain hantaran pendek dan keep possession. Azraai bijak dengan mengarahkan defensive line Perak untuk lebih ke atas dan menekan pemain tengah JDT supaya mereka agak jauh dengan Guiza dan Wak Lan. Strategi ini menyebabkan serangan JDT kerap dimatikan di kawasan attacking-third Johor. Menyedari Hadi Yahya menjadi focal point attack untuk Perak, Aidil dan Ezrie akan segera rapat dengan Hadi ketika bertahan. Makanya, serangan dari Perak juga tidak kesampaian.

4. Awe dan Ezaidy yang merupakan old school winger banyak stay wide dan cuba untuk crossing ke dalam. Tapi nak crossing celah mana kalau nak gelecek pun takut takut? Guiza dan Wak Lan kerap bertukar ganti untuk melakukan off ball movement namun gerakan mereka juga kerap menemui kegagalan. Hasilnya di separuh masa pertama, tiada jaringan gol yang terhasil.

Gua tengah duduk atas palang besi.
5. Di separuh masa kedua, permainan berlangsung dengan lebih agresif. Awe dan Ezaidy kelihatan lebih berani untuk membawa bola dan kadangkala bermain secara inverted winger. Guiza bermain secara free role (forward) dan banyak mengelirukan pertahanan Yob. Wak Lan juga lebih berani menggelecek namun kerap gagal untuk melepasi Rafa ‘abang besar gila babi ‘ Novais  yang macam jahanam dia punya marking. Deretan peluang terhasil dan akhirnya pada minit 59, gol JDT terhasil dari tandukan Aidil Zafuan, hasil sepakan sudut Safiq.

6. Perak ni pun perangai jenis melawan. Rafa terus main free role dan suatu ketika sampai jadi striker! Dengan cool, JDT kemudian membuat beberapa pertukaran dan menukar startegi permainan kepada 4-5-1. Kemasukan Zaquan dan Akram memberi lebih keseimbangan kepada kawasan tengah Johor.

7. Sebab aku dah ngantok, pendek cerita keputusan perlawanan kekal sehingga akhir perlawanan. Secara keseluruhan permainan JDT sudah meningkat dan keserasian juga lebih terlihat. Jika Del Nero kembali cergas kelak, JDT dengan Werder Bremen pun dah tak jauh beza.


Real Johor 2 – 3 Pahang

1. Dalam perlawanan ini Johor sebenarnya lebih banyak menyerang dan menguasai perlawanan. Agak menghairankan kerana beberapa peluang mudah gagal disempurnakan oleh pemain Johor. Namun jika melihat kepada Presiden FAM pun sultan dia, kasino pun dia punya, kekalahan ini lebih kepada memberi muka kepada Presiden FAM berkat hubungan baik kerabat kedua-dua negeri. Orang Johor dan Pahang sebenar mesti tahu pasal hubungan baik kerabat yang gua maksudkan ni.

2. Percayalah, dengan kekalahan awal di Piala FA, Real Johor akan naik Liga Super tahun depan. Masa tu, entri gua akan jadi tak ingat dia punya berlagak. Jaga jaga!



"Jaga jaga tau...Ahhhh...." kata Fajura.



* Kredit gambar stadium dari page Johor Fans.

5 Ulasan:

Freak and Spicy! berkata...

Kah kah kah. Johor DT menang 1-0 lu punya ulasan kalau boleh penuh 50 page pn tak apa.

Johor FA 2-3 Pahang FA, kalau bleh lu buat2 game tu tak wujud kan? Dafuq.

hgg berkata...

sekali baca macam "luaskan farajmu"

Wanturd™ berkata...

Dengan perak boleh la. dengan Pahang Darul Pawer, mana boleh menang. Rafa Novais ni sebelum start season, dia trial dengan pahang. doloh taknak ambil sebab Jalaludin Jaafar pun lari lagi laju daripada dia.

Pandangan aku, berdasarkan trial dia dengan pahang, freekick rafa ni memang terbaik. dan kalau dia jadi target man untuk corner, memang gerun. masa pahang test dia dekat friendly, walaupun defend, dia score 3 gol.

racYnc berkata...

setan jugak perangai dolah ni..dari import yang ada sekarang ni, baik dia amik rafa

bellqabell berkata...

Hahahaha tolong la xpyh nk megah sngt pahang darul pawer ko tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...