ANDA SEDANG MEMBACA

3

Akulah Dewa Zues Dan Bukan Dewa Zues

Unknown Khamis, Januari 03, 2013 ,

Sewaktu anaknya pergi berperang di luar daerah dan dalam negeri, dia menunggu dengan sabar. Dia bukanlah dewa zues, dia juga tidak punya hubungan dengan ramai perempuan. Tapi dia ada ramai anak. Hidupnya penuh prinsip. Gaya dia seperti zues anak paling bongsu dari Kronos dan Rea. Itu cuma analogi.

Anak-anak yang dia asuh dahulu bertebaran mencari rezeki sendiri setelah selesai dia mengajarkan kehidupan formal seorang bakal Raja. Siapa yang tak kenal anak-anaknya? sedangkan dia sendiri adalah Mahaguru yang bertahkta di hati rakyat jelata.

Dia berani mengambil resiko terbang dari benua Amerika Selatan untuk menyerahkan catatan kejayaan dalam peperangan untuk diserahkan pada kerajaan barunya. Kerajaan itu bukan tiada upaya membela sepenggal lagi kuasa di tangan Raja lama, tetapi kehidupan yang berevolusi harus di ubah demi rakyat sejagat dan anak-anak kecil yang masih mencari identiti dan tujuan bernafas.

Bagi anak-anak kecil itu, menerima seorang bapa baru bukanlah sesuatu yang janggal kerana abang-abang mereka telah mengajari dengan tertib menghormati orang tua yang dipanggil bapa. Tidak pula pelik melihat dia seorang yang tua, dan hanya bercermin mata. Inikah bapa kita? tanya anak-anak kecil itu.

Dialah pencipta evolusi baru di kerajaan barunya. Dia juga melatih para Raja yang bakal menjajah satu demi satu kerajaan musuh. Anak-anak itu diasuh menjadi seorang yang dikenali sehingga kini, tidak mungkin luput dalam ingatan. Sejarah boleh dipadamkan pelbagai cara. Sehingga aku sendiri tidak mampu menjejakinya kini, dimana dia berada dan apa yang dilakukan sekarang. Masih hidup atau tidak.

Dia bukan dewa zues, tapi dialah dewa zues. Aku yakin dengan ingatan korang semua, dan tidak ragu-ragu mengenali Raja yang di asuh oleh dewa zues tetapi bukan dewa zues itu. 5 penggal menjadi Raja tidak diragui kemampuan dan kemahiran peperangannya. Taktikal yang dipelajari di pergunungan Miranorte tempat asalnya membuatkan musuh durjana tercengang-cengang.

"Ini serangan apa? kenapa begitu laju dan sangat kemas?" tanya musuh durjana kepada rakannya.

"Itu samba Brazil!" Jawab rakannya dengan penuh kegugupan.

Itu kisah 8 tahun lalu. Serangan samba yang dihidangkan menjadi bualan dan terus hanyut ditelan zaman, tiada lagi peperangan dengan kemahiran sebegitu. Dialah pencetus evolusi dengan kemahiran samba yang dibawa dari negaranya lalu membuatkan musuh durjana juga ingin mempelajari kemahiran sebegitu, tetapi sayang tidak berjaya!

Dialah dewa zues dan bukan dewa zues

Akulah dewa zues

3 Ulasan:

pedot berkata...

cayalah petei...idup peteiiiii!!

El berkata...

Bro admin, pencarian penulis power ni dah tutup ke

pesfreak berkata...

sapa nak jadi kratos?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...