ANDA SEDANG MEMBACA

2

Bola 3 rasa

Jose Villas Stramaccioni Ahad, Januari 06, 2013


Sok sek sok sek bola malam tadi 

Rasanya piala ini jela mampu ATM julang untuk musim ini

1) Tahniah ATM menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah dengan menumpaskan pasukan  "Dua Bintang" Daudsu Jamaluddin (baca: Kelantan). Dengan kekalahan itu, mungkin Daudsu Jamaluddin terpaksa menunggu seabad lagi untuk boleh menyamai pencapaian Selangor yang kekal sebagai pemenang terbanyak Piala Sumbangsih Liga Malaysia setakat ini. Kalau nak capai 32 kali Piala Malaysia tak usah tunggulah, Liverpool dah menang Liga EPL 10 kali pun rasanya Kelantan tak boleh menang lebih dari 20 kali. Sepekara lagi, apakah Kelantan akan mengikut jejak Kedah yang merudum prestasinya selepas menjuarai tiga piala ? Kita sama sama nantikan.



Macam biasa, selepas menjaringkan gol kalau tak sujud pemain ini akan mengulangi syahadah dia kepada tuhan

2) Demba Ba bermain 90 minit pada kemunculan pertamanya dengan jersi Chelsea dan menjaringkan dua gol bermakna ketika Chelsea membenam cabaran Southampton 5-1 dalam saingan Piala FA. Petanda mungkin berakhirnya bayang bayang "badi" Liverpool yang dibawa Fernando Torres ke tanah Stamford Bridge & Cobham. Mandulnya Fernando Torres ketika ini dalam menjaringkan gol sebenarnya sama mandul Liverpool menunggu bila mereka hendak menjuarai EPL.


Arsenal; kelab pembekal "penyelamat" terbaik kepada MU setakat ini


3) Manchester United yang mungkin terkejut dengan berita ke'power'an Demba Ba, lantas bermain macam gampang ketika seri bertemu West Ham. Hampir dimalukan sebelum  RVP menjadi penyelamat ? Tahniah Arsene Wenger kerana menghasilkan permain bermutu yang suka menjadi penyelamat kepada kelab yang hampir kalah macam kelab yang bermoskot Syaitan Nirrajim ini.




2 Ulasan:

talkIZcheap! berkata...

Agak setuju dengan pendapat yang ini mungkin satu-satunya piala ATM boleh da[at musim ini, piala-piala lain rasanya Kelantan yang akan sapu bersih... sekali lagi! haha

p/s: Kali terakhir Kelantan tewas perlawanan Piala Sumbangsih, mereka memenangi treble pada musim yang sama...

Ipah berkata...

aku fan MU , tapi aku macam setuju je yang RVP ni penyelamat MU. sebab sebelum beli si van ni, mainan MU agak hambar. dah la slalu pkai welbeck buat striker. defend pulak makin hancur. tapi takpe. RVP ade ke takde, aku tetap optimis dgn MU. to the haters, gtfo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...