Sibuk pulak gua minggu ni. Gua je kot belum post apa-apa. Gua hantar resume gua pada sokernet aritu jela. Salam perkenalan.
Suatu hari pukul 8 pagi..
Gua terbangun dari tido. Gua usap usap mata. Termenung 15 minit lebih kurang. Termenung bukan apa, cuma hairan kenapa bangun pagi. Biasa dekat tengah hari baru bangun. Ye,gua pemalas. Bukan pemalas biasa biasa,pemalas tahap org melayu punya pemalas. Dahsyat bukan? Orang melayu pemalas ni bukan salah mereka, menurut alter terahsia bangsa melayu, nenek moyang orang melayu ni kaya raya dan berjaya. Berjaya sehingga menguasai seluruh lautan, memiliki banyak gila babi emas sehingga orang putih gelar tanah ini semenanjung emas. Sebab gua pemalas, gua syak nenek moyang gua mesti kaya raya tahap bendahara Melaka. Celaka punya nenek moyang, gua miskin ni. Mana harta untuk gua? Yang bangun petang petang macam Pipi, mestilah keturunan melayu kaya raya tahap sultan. Ini bukan main-main. Ini dari alter terahsia. Mereka hebat.
Senang cerita, sebab gua orang johor, gua memilih pasukan Harimau Selatan untuk Liga Malaysia.
Suatu hari pukul 5 petang..
Gua terbangun lagi. Perut sudah lapar, gua jalan terus nak keluar bilik. Sampai pintu bilik gua berenti. Ni zaman 1994. Gua baru darjah 4. Gua tengok belakang pintu bilik gambar Ryan Giggs dengan Ferrari. Ni mesti kerja abanag gua. Celaka apa gambar Ryan Giggs? Power sangat ke mamat ni sampai abang gua tampal kat belakang pintu? Mana Maria Ozawa? Baru gua teringat masa tu Maria Ozawa dara lagi. Celaka Maria Ozawa. Ryan Giggs atau nama penuh Ryan Joseph Giggs ni lahir tahun 1973, berasal dari Wales dan tahun 1994 tu dia adalah pemain Manchester United ( dari 1987 sampai sekarang ). Ketika remaja, dia sebenarnya adalah player Manchester City. Secara tradisi, fan Man City mungkin berhak memanggil Man U sebagai maling. Bukan Malingsia, tapi Malingted. Ko paham tak?
Senang cerita, gua menyokong Tottenham Hotspurs untuk BPL.
Sekian, mengulas dan mengkritik sesuatu sehingga menjadi bolasepak sebenar.
# versi da edit.
# versi da edit.
6 Ulasan:
selepa noktah, sila tulis huruf besar...berkecamuk...
yeah! welcome aboard...
byk celaka dari bangang..
bagus...
Full-package; Johor dengan Spurs, senang nak kena nganjing lepas-lepas ni... :p
Lepas noktah biar ada space. Adoi.
penulisan jenis apa ni, tongkah pecah kemas lagi.
Babi mengaku johor. Sedap gila nak bahan ni. Aku rasa garam yang lepak johor pun malu nak menyokong johor kahkahkah
Catat Ulasan