ANDA SEDANG MEMBACA

14

Gergasi juga punya hati

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Khamis, Januari 24, 2013

Tenang membuli


Bermain di stadium Navy Lumut langsung tidak menggentarkan barisan pemain Selangor yang turun beraksi bersahaja. Lagak tenang yang dipamerkan skuad merah kuning berjaya membuatkan para pemain Perak kelihatan seperti lembu (atau seladang?) rodeo yang dipermainkan oleh sang matador.

Layaknya sang matador yang membuli sang lembu, Selangor menguasai segenap sudut padang sejak dari wisel mula permainan. Pertahanan Perak kucar-kacir melihat kekemasan permainan yang ditonjolkan. Amri Yahyah dan Forkey Doe begitu tenang bermain one two pass sehingga ke depan gol Perak dan kemudian berpatah balik semula menjadi one two three pass bersama Norazlan Razali.

Menyaksikan tiada saingan yang diberikan kepada pasukannya, Irfan Bakti bertindak menyuruh Amri Yahyah melakukan sesuatu supaya semua penonton yang hadir berasa puas hati. Ini penting kerana penonton membayar duit tiket untuk menonton perlawanan yang berkualiti dan sengit tetapi apa yang disaksikan hanya satu pasukan sahaja mempamerkan kualiti cemerlang manakala pasukan satu lagi, mengejar bola macam orang gila. Amri kemudian dengan patuh meminta supaya pengadil memberikan kad merah kepadanya untuk membangkitkan suasana perlawanan semula.

Separuh masa kedua bermula dan Selangor yang bermain 10 orang masih mengusai bola dengan tegas tanpa ada tanda mahu memberikan sedikit rasa simpati kepada 'The Yobs'. Dasar awang import, Forkey Doe yang tidak dapat menahan sabar akhirnya menjaringkan gol untuk pasukan Selangor.

Melihatkan gol yang sudah dijaringkan oleh Forkey Doe, para pemain Selangor mengendurkan asakan dan bertindak mengubah taktikal permainan mereka. Mereka akhirnya faham akan rasa tertekan yang dialami oleh para penyokong Perak, dan mengambil keputusan untuk bermain bola secara bersama. Ketika ini barulah Stadium Navy bergemuruh sedikit dengan tempik sorak penyokong Perak.

Bosan melihat pemain Perak yang terkapai-kapai passing bola berterabur, Selangor membuat keputusan untuk memberikan penalti secara ikhlas kepada Perak bagi menaikkan semangat mereka. Tambah pula Selangor memang suka melatih penjaga gol mereka dengan tendangan penalti, jadi perkara ini hanya biasa-biasa sahaja bagi penyokong Selangor. Lagi pula pemain Perak sampai berdarah hidung kerana terharu menyaksikan permainan mantap pasukan Selangor.

Tendangan diambil oleh Abdul Hadi Yahaya. Norazlan Razali bersimpati dengan nasib yang menimpa Hadi bersama pasukan Perak, dan dia bertindak membiarkan sahaja bola itu masuk memandangkan kedaan Hadi yang ingin merebut tempat dalam pasukan negara. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 kerana Selangor tidak sampai hati untuk menjaringkan gol lagi apabila melihatkan pemain Perak begitu bergembira meraikan jaringan penalti menentang pasukan sehandal Selangor.

14 Ulasan:

Azman Azahar berkata...

bosan.. Si Petai buat lg better lah..

TTB berkata...

Setakat entri angkuh sebegini, hanya Petai yang mampu melakukannya dengan bagus sekali.

Mohon danny jangan hidup di bawah bayangan Petai.

Badak Terbang berkata...

Petai ni main panggil geng nak jatuhkan danny ke? Aku tengok entry danny ni sepuluh kali lagi baik dari petai.

wan_jb84 berkata...

Danny punye lagi best la..
petai punye skema..

hgg berkata...

Mcm entri petai je..Cuba lari sikit dr identiti petai... Puihhhh

Badang berkata...

Mcm karangan budak sekolah rendah..
Ape...pun tak boleh....

Chaeir Shahir berkata...

Kalo g stdm tntu feel angkuh nye lbih gampang. Err g stdm x.

kobetz berkata...

penyokong petai cam Perkasa mempertahankan bendera PM..sampai meludah..
sabo danny.. dak2 bru nk up.. adakah sokernet wajah baru(petai)?

teruskan keangkuhan ini danny x factor..

derp derp berkata...

BABI mana yang suka petai punya entry tu???


PETAI ANJING!! PETAI ANJING!!!! PETAI ANJING!!!!

entry tiru Lucy weyh..

hgg berkata...

petai anjing petai anjing <-- mcm bdk2 ultras..kahkahkah

adam sabri berkata...

selangor nak control bola pon tak boleh malam tu. kesian dany. nak buat lawak pon biarlah logik. macam bodoh je. aku bukan penyokong perak pon tau team mana main lagi cantik malam tu. selangor loser. kahkahkah!

Chaeir Shahir berkata...

Kompom

Mohamad Afiq berkata...

Gua support statement. Persetan sama Petai

Mr. Schomey™ berkata...

cilaka apa petai kt tu best. entry tak habis2 dont mess with the yob. kalau lawak, takpe jugak. ini macam haram jadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...