Nota kecil prakata : Susah juga jadi sifu nak bimbing semua pasukan
Menjadi sebuah pasukan paling cool dan mempunyai rekod kecermelangan antara terbaik di Malaysia sejak legasi lampau sehingga ke kekuasaan era terkini sememangnya dibuktikan pada malam ini. The Yobs secara cool turun ke padang dengan misi mengajar Selangor bagaimana membina pemain masa hadapan dengan tidak mengharapkan kuda tua sahaja seperti Amri Yahya.
Menjadi sebuah pasukan paling cool dan mempunyai rekod kecermelangan antara terbaik di Malaysia sejak legasi lampau sehingga ke kekuasaan era terkini sememangnya dibuktikan pada malam ini. The Yobs secara cool turun ke padang dengan misi mengajar Selangor bagaimana membina pemain masa hadapan dengan tidak mengharapkan kuda tua sahaja seperti Amri Yahya.
Selain dari mengajar Selangor cara membina pemain masa hadapan, ada lagi beberapa isu lain yang dibawa The Yobs khusus untuk tetamu teristimewa Selangor di Lumut malam tadi. Isu-isu seperti cara menjaringkan gol dengan mengunakan 10 pemain merupakan satu daripada topik penting untuk dipelajari Selangor.
Hanya dengan The Yobs yang menjaringkan gol mengunakan 10 pemain menentang Negeri Sembilan kelmarin sahaja yang mampu mengajar mana-mana pasukan lain yang ketandusan ilmu sedemikian. Selangor beruntung menjadi pasukan pertama yang berjaya memujuk The Yobs cara bagaimana menjaringkan gol mengunakan 10 pemain menentang 11 pemain lawan.
Azrai Khor seperti kebiasaan dengan sifat cool dan tenang di bangku pemain simpanan hanya tertawa nipis melihat tingkah laku anak-anak buahnya yang sengaja mempermainkan perasaan pemain-pemain Selangor dengan membiarkan Selangor menjaringkan gol pendahuluan. Sememangnya itu yang ingin dilakukan oleh The Yobs untuk mengajar Selangor.
Hanya beberapa insiden membabitkan pengadil adalah diluar kawalan perasaan pemain The Yobs. Penglibatan pengadil yang tidak bermutu membantutkan kelancaran pengajaran yang dilakukan The Yobs kepada Selangor. Bantahan dilakukan The Yobs seperti analogi membabitkan cinta 3 segi. Sangat bosan melihat akan gelagat pengadil yang langsung tidak memahami maksud sebenar perlawanan ini membuatkan Azrai Khor mengeluarkan beberapa pemain utama dan memasukkan 3 pemain Presiden Cup untuk mententeram perasaan pemain-pemain utama The Yobs.
Menjaringkan gol menerusi sepakan penalti adalah ilmu baru yang harus dipelajari oleh lawan The Yobs seterusnya. The Yobs secara sengaja telah menghukum Selangor yang tidak beradap menarik baju pemain The Yobs untuk mengajar cara-cara menangkap bola sepakan penalti. Tetapi latihan percuma yang diberikan The Yobs tersebut gagal dipelajari penjaga gol Selangor. Kecewa pastilah kecewa latihan percuma yang diberikan The Yobs kepada penjaga gol Selangor gagal dipelajari.
Hanya dengan sifat cool dan bermurah hati seperti The Yobs sahaja mampu membimbing pasukan-pasukan lain yang ketandusan ilmu dalam bola sepak.
Untuk Selangor. Kalian tidak seperti Negeri Sembilan dan kalian berjaya membuatkan The Yobs berbangga dengan pelajaran baru yang diberi dan kalian tidak mensia-siakan pelajaran tersebut. Semoga kalian berjaya dengan ilmu baru yang diberi The Yobs.
#.DMWTY
7 Ulasan:
Kurang menyengat.next time eja "kecemerlangan" betul2.
Yg kna tumbuk kt luar stdm sila coooool
tu la.. len kali bwk askar lengkap m16.. xbertumbuk...bertembak kite yobs!!
entri bodoh apakah ini?
bodoh? baca jugak sampai abih..kahkahkah
Kah Kah Kah fans selenger detected...Kah Kah Kah..sudah ada bibit2 butthurt...Kah Kah Kah
Kah kah kah lawak la ko...menang main 10 org bangga,seri dgn team yg main 10 pun suka..
Yob..yob..
Catat Ulasan