Darul Takzim FC | Selangor FA | T-Team FC
Johor | Sime Darby FC | KL SPA
Tahun ni jenama dari Turin, Italy ini adalah yang paling banyak menjadi pilihan pada tahun ini dan gua dapat merasakan siapa yang pakai jersi Kappa akan menjadi juara MSL dan MPL tahun ini. FTW.
Gua tak suka pakai jersey Kappa. Baju dia ketat sangat. Nanti nampak puting gua yang seksi ni.
Gua harap Kappa sensitif dengan rakyat lelaki Malaysia yang sesnsitip pakai baju ketat-ketat ni.
Pahang FA | Negeri Sembilan FA | PKNS FC
Gua suka design Lotto ni. Bergaya. Ada gaya brader-brader sikit.
Gua dapat merasa pakai lotto ni sebab dulu gua main bola peringkat zon dan daerah dapat sponsor satu badan. Serba lengkap tuuu... wow!
Perak FA | Felda United
Umbro ni sebenarnya subsidiary dari Nike. Asal dari negara England. Konon-konon nak pecah market Adidas dengan bukak satu lagi brand yang bawah sikit. Boleh tahan jugak kualiti dia.
Calon-calon juara jugak pakai jersey ni . Calon je... jangan perasan boleh jadi champion.
Terengganu FA
Jenama yang berasal dari Jakarta Indonesia ini juga menaja Naib Juara 2012 Liga Super Indonesia, Persipura Jayapura. Tahun ni Terengganu juga bajet dapat naib juara. Lawa tu jersey Terengganu tuuuu....... keh keh keh .....
Angkatan Tentera Malaysia FA
Macron bukanlah jenama baru di persada sukan bola sepak. Dah lama bertapak di Eropah sejak 70an. Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya gemar memilih Macron sebagai jenama pilihan kali ini.
Satu piala sudah di dalam tangan.
Kelantan FA
Kerjasama bersama Umbro, Kelantan FA tampil dengan jenama baru yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Dari nama sahaja kita sudah tahu pasukan ini bakal ikut jejak bekas juara Liga Juara-Juara Eropah lima kali. Kini sudah terlepas satu piala. Adakah jersey ini akan mendatangkan kecelakaan??
Lions XII
Hanya Lions XII yang akan menggayakan jersey mainstream ini dengan lagaknya nanti walaupun jersey tak lawa harapkan harga sahaja mahal nak mampus...
Kuala Lumpur FA
Kronos, jenama kasut bola yang gua nyaris-nyaris beli masa darjah tiga. Kualiti kasut tak bagus, kawan gua main masa hujan terus kopak tapak. Ptuih...
Pulau Pinang FA
Anak mami pasti akan menggayakan jenama Joma ini di Padang Kota dan Gurney Drive dan berlagak seperti berada di Sepanyol.
Sarawak FA
Starsport, jenama hampir sama nama dengan cabang media dari ESPN tetapi ia bukan jenama antarabangsa. Jenama yang baru berasal dari Sabah dibekalkan oleh LSC (Lea Sport Centre) di Sabah
Sabah FA | NS Betaria FC
Adidas memang wa tak payah perjelaskan lagi. Kasut bola predator menjadi piihan gua selama 7 tahun sejak gua di tingkatan 1.
Tim-tim otai je pakai brand ni, gua harap Koh Troare jangan malukan Sabah pakai jersey Adidas ni.
Apa-apa pun pasukan yang lu orang pilih, beli dan pakai lah jersey original.
Kalau tak, lu sememangnya Bingai!
18 Ulasan:
woii. line 7 mna???
pahang stobi natang!
stobi ke, lotto ke, pahang ke laut jugak..keh2
jenis kutuk pahang ni jenis orang bodo macam hantulongkang..kahkahkah
@hgg:
jenis hgg ni aku malas nak layan dah...cerdik sangat sampai jadi bodoh bukan main lagi...keh2
amboi takmau layan pulak. kahkahkah
dah pegi sana. jangan nak sibuk orang komen dia pun nak komen..tapi bodo. kahkahkah
Tiuniaseng, nak sangat jadi pengulas sokernet, info pun bangang macam TV3, Pahang pakai Stobi la! Tiu!
haha Kedah main Liga Siam ini tahun
bab sarawak tu mengulas pakai bulu jubur ke ape ?? STARSPORT jenama dari LEA sport centre.LEA berasal dari sarawak.
http://www.leagroup.com.my/about_us_history.php
haha mangkak kena pangkah tak reti ulas seperti ulasan durian busuk
nike da jual umbro la bingai
Terengganu jersi Specs eh? Kahhhh3
fakta ke laut. bingai punya writer. kah kah kah.
Tahukah anda Umbro diasaskan pada 1924? Tahukah anda Nike diasaskan pada 1978, kalau paling awal pun 1964? Tahukah anda Umbro dibeli oleh Nike pada 2008? Tahukah anda Umbro dijual kepada Iconix Brand Group pada penghujung 2012? "Konon-konon nak pecah market Adidas dengan bukak satu lagi brand yang bawah sikit."? Tahukah anda sebelum menulis ada baiknya buat research? Tahukah anda, anda bingai?
Nampak sangat pengulas ni tak prihatin langsung terhadap kegemaran Sultan Bolo dengan kepala kuda.
Ingat saja-saja Pahang pilih Stobi?
betul tu
Catat Ulasan