Duduk petang-petang macam ni membuat fikiranku melayang-layang. Mencari fakta dan idea dan entah bagaimana ilham nak cerita benda ni datang menerjang akal kepala.
Entah lah macam mana aku boleh terjebak dengan bola sepak
ni. Apa yang aku ingat, masa kecik2 dulu ayah selalu maen bola, sambil ajak aku
tengok pemuda-pemuda maen bola petang-petang dekat kampung, malam selasa dengan
sabtu mesti ayah bukak radio dengar ulasan mantap LIVE dari DJ radio Sabah FM sebab
game Sabah jarang ada Live dekat TV.
SKUAD EMAS SABAH, NO.21 ONG KIM SWEE |
Sekitar tahun 1994-1997, Sabah begitu gah di persada bola sepak tanah air. Masa tu penuh bilik aku dengan tampalan
poster-poster pemain bola sepak sabah seperti Khairul Azman Mohammad, Matlan
Marjan, Scott Ollerenshaw, Yap Wai Loon dan banyak lagi. Tapi sayang, era James
Wong, Hassan Sani dan Peter Rajah aku tak lahir lagi. Manchester United pun pernah lawan friendly dengan Sabah tapi masa tu aku tak lahir lagi.
POSTER PERLAWANAN SABAH VS MENYU, 1981 |
Jatuh bangun bola sepak sabah aku tak pernah miss, stadium Likas
selalu banjir dengan penyokong dan menjadi stadium paling digeruni oleh pasukan
lain di serata pelusuk tanah air. Aku ingat lagi masa tu Selangor musuh ketat
dengan Sabah. Selangor hebat dengan Azman Adnan, Rusdi Suparman dan Azmin Azram
goalkeeper. Sampailah tragedi hitam memalukan sabah di mana beberapa pemain Sabah
didapati mengambil rasuah. Matlan digantung FAM seumur hidup, dan dibuang
daerah di Sabah.
MATLAN MARJAN |
KHAIRUL AZMAN MOHAMMAD |
Seingat aku, Sabah tak pernah menang lagi Piala Malaysia. 3
kali ke Final semua kalah dengan Selangor, last sekali lawan MPPJ Selangor lepas
tu berkubur terperosok ke Liga Perdana. Masa tu Kelantan, Terengganu dan Negeri
Sembilan bawah tapak kaki je. Sekarang tinggal kenangan, penjenamaan semula
Badak ke Sabahawks tak membawa erti apa-apa selain daripada kecelaruan identiti.
Permainan masih di takuk lama, sebab tu aku lebih rela sabah tak maen Liga
Super.
Maen pun bikin malu je, pasukan belasahan.
SCOTT OLLERENSHAW |
Aku ingat lagi tragedi sabah dimalukan Lions XII berapa
kosong tah aku malas nak fikir balik. Tapi sikap penyokong sejati membuatkan
aku tabah menghadapi ejekan-ejekan kawan dari tanah besar semenanjung. Kelantan
yang dulu diayam-ayamkan semakin jauh mengorak langkah di depan, begitu jugak
dengan Johor Darul Takzim FC dan Selangor. Aku merasa sangat kecewa.
HASSAN SANI DAN PETER RAJAH |
Kadang-kadang aku berjalan di Petaling Street dan pasar-pasar malam terkenal di
Ibu negara, aku tebalkan muka bertanya “ Bang, ada jersi Sabah tak’?” Aku
bertanya dengan jujur. Abang tu gelak-gelak je sambil bagi aku tengok jersi
Happy Kelantan, jersi Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Semua inci aku
jelajah tapi satu pun tiada.
JAMES WONG |
Aku tak nak blame siapa-siapa. Bukan salah player yang tak
hebat, Ken Worden, Peter Butler pun pernah bimbing Sabah. Hasilnya kurang memberangsangkan. Tapi
aku salahkan SAFA, tak jauh bangangnya dengan FAM. Pembangunan akar umbi
bakat-bakat muda pun tak banyak, akademi bola sepak pun boleh dibilang dengan
jari, mentaliti penyokong pun tak pernah berubah dari dulu, mimpi je lah nak
dapat Piala Malaysia.
ROZAIMI, PERMATA HARAPAN RAKYAT SABAH |
Pernah jugak sekali dua aku datang Bukit Jalil kalau final
PM atau piala FA. Kawan-kawan ajak, aku masuk tengok lautan merah. Dalam
ramai-ramai tu, aku rasa aku seorang je
bukan fans Kelantan. Aku merintih hiba, menangis tenggelam dengan sorakan
penyokong-penyokong dalam stadium tu. Sambil duduk tu aku cuba bayangkan
pasukan Sabah sedang bermain di atas padang, bukan Kelantan.
JUARA LIGA PERDANA 1996 |
Zainizam Marjan menjaringkan satu goal dan Rozaimi Abdul
Rahman hatrik dan sabah memenangi piala Malaysia untuk pertama kalinya dalam
sejarah. “Goalllll!!!”, penyokong Kelantan bersorak gembira dan aku tersedar
dari angan-anganku dan hilang begitu sahaja. Rupa-rupanya aku bermimpi. Sabah
masih tak layak-layak ke final sampai sekarang. Perlawanan terakhir yang ku
dengar, Sabah tewas 3-0 persahabatan lawan Selangor, musuh tradisi dari dulu.
12 Ulasan:
1st!
bapak kau! hahaha
xtau nk komen ape..'
btol, ko bkn sorg penyokong yg dtg ke stadium tanpa team yg nk disokong..
Tulisan yang asli. Sabah adalah antara team yang aku nak tgk kebangkitannya. Permata seperti Rozaimi mesti digilap. Sebenarnya era 2001-2004 Sabah masih gah dalam Liga Malaysia rapi kini entah apa yang terjadi Sabah gagal untuk memberi impak langsung. Mohd Jaya Kassim dan Suharmin Yusof adalah twims striker terbaik Sabah.
gua masih ingat sabah kena kitai 8-0 dgn singapok
lepas baca entry nie, serius aku sdih sgt ngn team sbh skg
Mana boleh lupa zaman Khairul Azman. Power..
nak carik jersi sabah di pasar malam jalan tar pun ade setiap sabtu
gua rekemen penulis hak ni, tulisan dia mmg nak ajak orang kenal sabah
Aku sokong sabah musim lepas sebagai pasukan ke dua selepas negeri sembilan. Sabah main cantik, fan bagus tapi sayengggg luck tiada.
Ps: awek2 sabahawks bukan main meletop lagi bila luci post gambar musim lepas. Modal fapfapfap
Tulisan ni je yang berjenis sikit. Yang lain bangang bangang bangang!!!
Ah! Deym lah Ijan... mengaku je lah ko sapot Sabah sebab sumandak, keh keh keh!
sedap
Sabah musuh tradisi Selangor? Wooo fakta yg baru aku tahu.
Catat Ulasan