ANDA SEDANG MEMBACA

12

Kenangan Indah Di Petang Sabtu

Jali Bah Khamis, Januari 03, 2013

Duduk petang-petang macam ni membuat fikiranku melayang-layang. Mencari fakta dan idea dan entah bagaimana ilham nak cerita benda ni datang menerjang akal kepala.

Entah lah macam mana aku boleh terjebak dengan bola sepak ni. Apa yang aku ingat, masa kecik2 dulu ayah selalu maen bola, sambil ajak aku tengok pemuda-pemuda maen bola petang-petang dekat kampung, malam selasa dengan sabtu mesti ayah bukak radio dengar ulasan mantap LIVE dari DJ radio Sabah FM sebab game Sabah jarang ada Live dekat TV.

SKUAD EMAS SABAH, NO.21 ONG KIM SWEE
Sekitar tahun 1994-1997, Sabah begitu gah di persada bola sepak tanah air.  Masa tu penuh bilik aku dengan tampalan poster-poster pemain bola sepak sabah seperti Khairul Azman Mohammad, Matlan Marjan, Scott Ollerenshaw, Yap Wai Loon dan banyak lagi. Tapi sayang, era James Wong, Hassan Sani  dan Peter Rajah aku tak lahir lagi. Manchester United pun pernah lawan friendly dengan Sabah tapi masa tu aku tak lahir lagi.


POSTER PERLAWANAN SABAH VS MENYU, 1981
Jatuh bangun bola sepak sabah aku tak pernah miss, stadium Likas selalu banjir dengan penyokong dan menjadi stadium paling digeruni oleh pasukan lain di serata pelusuk tanah air. Aku ingat lagi masa tu Selangor musuh ketat dengan Sabah. Selangor hebat dengan Azman Adnan, Rusdi Suparman dan Azmin Azram goalkeeper. Sampailah tragedi hitam memalukan sabah di mana beberapa pemain Sabah didapati mengambil rasuah. Matlan digantung FAM seumur hidup, dan dibuang daerah di Sabah.

MATLAN MARJAN 
KHAIRUL AZMAN MOHAMMAD
Seingat aku, Sabah tak pernah menang lagi Piala Malaysia. 3 kali ke Final semua kalah dengan Selangor, last sekali lawan MPPJ Selangor lepas tu berkubur terperosok ke Liga Perdana. Masa tu Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan bawah tapak kaki je. Sekarang tinggal kenangan, penjenamaan semula Badak ke Sabahawks tak membawa erti apa-apa selain daripada kecelaruan identiti. Permainan masih di takuk lama, sebab tu aku lebih rela sabah tak maen Liga Super.

Maen pun bikin malu je, pasukan belasahan.

SCOTT OLLERENSHAW
Aku ingat lagi tragedi sabah dimalukan Lions XII berapa kosong tah aku malas nak fikir balik. Tapi sikap penyokong sejati membuatkan aku tabah menghadapi ejekan-ejekan kawan dari tanah besar semenanjung. Kelantan yang dulu diayam-ayamkan semakin jauh mengorak langkah di depan, begitu jugak dengan Johor Darul Takzim FC dan Selangor. Aku merasa sangat kecewa. 

HASSAN SANI DAN PETER RAJAH
Kadang-kadang aku berjalan di Petaling Street dan pasar-pasar malam terkenal di Ibu negara, aku tebalkan muka bertanya “ Bang, ada jersi Sabah tak’?” Aku bertanya dengan jujur. Abang tu gelak-gelak je sambil bagi aku tengok jersi Happy Kelantan, jersi Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Semua inci aku jelajah tapi satu pun tiada.

JAMES WONG
Aku tak nak blame siapa-siapa. Bukan salah player yang tak hebat, Ken Worden, Peter Butler pun pernah bimbing Sabah. Hasilnya kurang memberangsangkan. Tapi aku salahkan SAFA, tak jauh bangangnya dengan FAM. Pembangunan akar umbi bakat-bakat muda pun tak banyak, akademi bola sepak pun boleh dibilang dengan jari, mentaliti penyokong pun tak pernah berubah dari dulu, mimpi je lah nak dapat Piala Malaysia.

ROZAIMI, PERMATA HARAPAN RAKYAT SABAH
Pernah jugak sekali dua aku datang Bukit Jalil kalau final PM atau piala FA. Kawan-kawan ajak, aku masuk tengok lautan merah. Dalam ramai-ramai tu, aku rasa aku seorang  je bukan fans Kelantan. Aku merintih hiba, menangis tenggelam dengan sorakan penyokong-penyokong dalam stadium tu. Sambil duduk tu aku cuba bayangkan pasukan Sabah sedang bermain di atas padang, bukan Kelantan.

JUARA LIGA PERDANA 1996
Zainizam Marjan menjaringkan satu goal dan Rozaimi Abdul Rahman hatrik dan sabah memenangi piala Malaysia untuk pertama kalinya dalam sejarah. “Goalllll!!!”, penyokong Kelantan bersorak gembira dan aku tersedar dari angan-anganku dan hilang begitu sahaja. Rupa-rupanya aku bermimpi. Sabah masih tak layak-layak ke final sampai sekarang. Perlawanan terakhir yang ku dengar, Sabah tewas 3-0 persahabatan lawan Selangor, musuh tradisi dari dulu.

12 Ulasan:

kobetz berkata...

1st!
bapak kau! hahaha
xtau nk komen ape..'
btol, ko bkn sorg penyokong yg dtg ke stadium tanpa team yg nk disokong..

Unknown berkata...

Tulisan yang asli. Sabah adalah antara team yang aku nak tgk kebangkitannya. Permata seperti Rozaimi mesti digilap. Sebenarnya era 2001-2004 Sabah masih gah dalam Liga Malaysia rapi kini entah apa yang terjadi Sabah gagal untuk memberi impak langsung. Mohd Jaya Kassim dan Suharmin Yusof adalah twims striker terbaik Sabah.

Unknown berkata...

gua masih ingat sabah kena kitai 8-0 dgn singapok

nasir berkata...

lepas baca entry nie, serius aku sdih sgt ngn team sbh skg

Mim Jamil berkata...

Mana boleh lupa zaman Khairul Azman. Power..

Apostolos Velios berkata...

nak carik jersi sabah di pasar malam jalan tar pun ade setiap sabtu

Maniax berkata...

gua rekemen penulis hak ni, tulisan dia mmg nak ajak orang kenal sabah

ijan de bunks berkata...

Aku sokong sabah musim lepas sebagai pasukan ke dua selepas negeri sembilan. Sabah main cantik, fan bagus tapi sayengggg luck tiada.

Ps: awek2 sabahawks bukan main meletop lagi bila luci post gambar musim lepas. Modal fapfapfap

cLouD berkata...

Tulisan ni je yang berjenis sikit. Yang lain bangang bangang bangang!!!

talkIZcheap! berkata...

Ah! Deym lah Ijan... mengaku je lah ko sapot Sabah sebab sumandak, keh keh keh!

x berkata...

sedap

Aziz Nasution berkata...

Sabah musuh tradisi Selangor? Wooo fakta yg baru aku tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...