ANDA SEDANG MEMBACA

1

Khutbah Jumaat: Ketua Wajib Dihormati

pkpkknlh videos Jumaat, Januari 04, 2013 ,
Dalam banyak entri mengenai FAM satu saja yang belum difikirkan oleh semua orang ialah mempertahankan FAM. Siapa yang nak pertahankan persatuan ini? kalau ada yang mengaku aku fikir sudah kena penumbuk sebijik. Tambah-tambah jika ada yang bawa sepanduk ke stadium tulis "I LOVE FAM"

Soal kenapa harus mempertahankan FAM ni sebenarnya ialah perkara yang bagus. Pro-nya memang banyak tapi Kontranya harus kita kaji.

Penglibatan Sultan dalam persatuan sukan dan mengurus tadbir badan-badan sukan ini bukan perkara baru. Kalau kita lihat bukan Sultan Bolo saja yang memegang jawatan tertinggi badan sukan, tapi Sultan Hoki juga ada. Bezanya ialah Sultan Hoki ni dia memang berjiwa Hoki. Sewaktu usia mudanya, memang Hoki ialah permainannya. Kalau sembang bab Hoki memang tak memalukan kaum la orang kata.

Tapi Sultan Bolo ni kalau kita ajak sembang bab Bola memang aku tak yakin dia boleh pergi jauh. Paling koman lari topik cakap pasal peruntukkan banjir di Pahang. Ini cuma analogi.

Dalam banyak kontra. Satu yang harus kita fikir ialah bagaimana Sultan dan kaum kerabat di Raja ini mentadbir badan sukan menyebabkan kaum-kaum politik murahan tak dapat menunjukkan kekuasaan dalam korupsi dan pengaruh politik partisan. Nampak Bodoh kan?

Kita takmau ambil contoh jauh-jauh, cukup sekadar apa yang berlaku di Indonesia. Bila ahli Politik memegang badan sukan menyebabkan berlaku banyak penyelewengan. Ego politik dan beberapa siri korupsi menyebabkan bola sepak mereka terus jatuh. Apa yang berlaku di Indonesia itu sebenarnya contoh terbaik bagi kita mempertahankan Sultan Bolo dari tidak meletakkan jawatan.

Sangat disaster bila orang politik yang berteriak sakan ingin mengembalikan maruah bola sepak. Ini samalah seperti keluar dari mulut ikan paus, masuk dalam mulut ikan jerung. Isunya ialah bagaimana kita dapat menbendung gejala tidak sihat dalam persatuan sukan jika Sultan Bolo terus berkuasa. Dalam banyak minoriti aku salah seorang yang mempertahankan Sultan Bolo oleh kerana petikan kata-kata Mufti Perak ialah Ketua Wajib Dihormati.

1 Ulasan:

Kojeng berkata...

Hebat petai, penulis minority report macam hang payah nak jumpa.

Pulun Kedah Pulun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...