ANDA SEDANG MEMBACA

15

Suka Hati Aku Lah nak Tulis Apa

Jali Bah Jumaat, Januari 04, 2013
Petang itu,  cikgu Ramli Ronaldinho seperti biasa masuk ke kelas 6 Cempedak di sekolah Kebangsaan Guar Cempedak. Meneruskan rutin harian beliau sebagai cikgu pendidikan jasmani di kelas tersebut. Cikgu Ramli masuk ke kelas, selepas mempersilakan para muridnya duduk cikgu ramli terus duduk di atas meja guru dengan angkuh dan bangganya siap sedia bertanya kepada murid-muridnya.

Belum sempat pun Cikgu Ramli Ronaldinho menyoal para muridnya tiba-tiba Budin Puyol seraya berdiri lalu berkata “ haa, mesti cikgu nak suruh kita orang tulis perkataan semalam lagi kan cikgu?”. Cikgu Ramli Ronaldinho tercenggang, dan berkata “perkataan semalam?”.

Tiba-tiba Fakhrul Gerarrd berdiri dan memberitahu “ ala ayat cikgu tu. Cikgu Ramli minat main bola, hari-hari cikgu main bola”. Jelas Fakhrul Gerrad.

Cikgu Ramli Ronaldinho ketawa menampakkan gigi jongangnya lantas bersuara “ Oh, tidak murid-murid. Hari ini cikgu nak adakan soal jawab berkaitan dengan bola sepak. Sesiapa yang ada persoalan tampil la bertanya ”beritahu Cikgu Ramli Ronaldinho. Muthusamy Mariappan mengangkat tangan dan bertanya “ Cikgu, kenapa ramai orang kata FAM ni bangang cikgu”. Cikgu Ramli Ronaldinho menjawab “ FAM bangang Muthu sebab Sultan Bola tak nak letak jawatan” jawab cikgu Ramli Ronaldinho.

Giliran Yap Kim Hock pula bertanya “ Cikgu kenapa ramai orang tengok EPL berbanding Liga Super cikgu?” soal apek cina tu. Cikgu Ramli Ronaldinho ketawa berdekah-dekah. Terasa geli dan jatuh peranakannya mendengar soalan apek cina bukit tu tadi. “ EPL tu binatang apa. Tak pernah dengar pun” balas Cikgu Ramli. Hassan Pipiyapong lantas berdiri “ bangang la cikgu ni, EPL pun tak tahu ke” Hassan Pipiyapong memulangkan paku buah keras.

Keadaan sunyi dan tegang seketika. Malaikat lalu.

Bakar Ronaldo tampil memberi pencerahan ala-ala Shebby Singh “ EPL tu Liga bola sepak Inggeris la cikgu. Tu pun tak tahu ke cikgu?” tanya Bakar Ronaldo.  Cikgu Ramli menjawab “ Ooo. Cikgu tak pernah dengar EPL tu, cikgu cuma tengok LA Liga je dengan Liga Super” balas Cikgu Ramli Ronaldinho.

“Cikgu, kenapa orang sibuk kata Johor Darul Takzim ni power dan terhebat di Malaysia ketika ini?” soal panjang dari Bakri Shevchenko yang berasal dari Sungai Buloh Selangor. Ada riak-riak cemburu dan dengki dalam nadanya. Cikgu Ramli Ronaldinho  bertanya “ siapa kata Johor Darul Takzim power Bakri?” . Bakri menjawab “ ayah aku cikgu” pendek jawapan dari Bakri. “Itu ayah kau, cuba tanya emak kau” perli cikgu Ramli Ronaldinho. Satu kelas ketawa terbahak-bahak.

Rahman Chicarito pulak bertanya “ cikgu, kenapa eksperimen Datuk K. Rajagopal gagal cikgu?”. Cikgu Ramli Ronaldinho menggaru kepalanya dan pura-pura bermain dengan rambutnya yang diikat kemas. “ yang tu cikgu tak berani nak jawab. Nanti cikgu kena ban dengan guru besar pulak nanti” jawab cikgu Ramli. Ada nada takut kedengaran di situ.

Haris Pepe lantas bangkit dan berkata “ Booo cikgu Ramli!!”. Ali Scholes, Boestamam Mulumbu dan Azwan Carrick yang diam sahaja dari tadi tiba-tiba menjadi aktif dan terus mengeluarkan vuvuzela dari dalam almari di sudut kelas 6 Cempedak itu dan terus membunyikan vuvuzela tersebut.

BOOOOOOTTTT. BOOOOOOTTTT. BOOOTTTT. 

Keadaan di dalam kelas 6 Cempedak menjadi riuh rendah dengan bunyian vuvuzela ibarat berada dalam stadium Peter Mokaba di Afrika Selatan.

Walapun vuvuzela diharamkan di sekolah tu, entah bagaimana pak guard terlepas scan budak-budak ni. 

Makan gaji buta lah ni, haram jadah.

Guru Besar, Encik Ahmad Maximus kebetulan lalu di kelas 6 Cempedak. Kelas menjadi sunyi seperti dilanggar Garuda di dadaku yang kepatahan sayap dibaham harimau. “Cikgu Ramli, jumpa saya sekejap di bilik saya” tegas Encik Ahmad Maximus kemudian berlalu pergi.

“Baik kelas. Kelas pendidikan jasmani tamat hari ini. Jumpa lagi minggu depan” kata cikgu Ramli Ronaldinho yang kemudian berlalu pergi dengan senyuman lebar ala-ala Ronaldinho idola beliau.

                                                            Cikgu Ramli Ronaldinho
                                                        

15 Ulasan:

petai kt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
petai kt berkata...

good

talkIZcheap! berkata...

Don't know which worse, ada komen mengutuk, atau langsung takde komen...

Mohd Azmidi Abdullah berkata...

Teknik mengkelakarkan nama pemain agak kurang menjadi. Mohon cari idea lain.

iampali berkata...

sokernet makin aktif dah sekarang. usaha lagi tak kira la artikel bangang ke tak bangang ke yang penting blog ni hidup. terubat skit hati aku.

Mohamad Afiq berkata...

Serius. Ini la entry paling bangang pernah gua baca. Isi dan lawak x menjadi. Mohon potong konek dan berlalu pergi

Atan berkata...

Jali bah...bah..bah... (buat bunyi macam lagu Gelimat)

Badang berkata...

Makan gaji buta la...
Haram jadah..

Badang berkata...

Makan gaji buta..
Haram jadah..

kobetz berkata...

da mula tunjuk bangang disitu...
bgus...

Kojeng berkata...

Entry sebelum ni yang kena bodo dengan Garam pun pakai teknik sama jugak. Haram tak lawak.

Insaf la Jali woi!

Kojeng berkata...

Pembetulan - beliau di bodo oleh Abdul Sokernet.

zainul azmi berkata...

Tak payah laa ada golongan bangang kat sini. Buat blog ni jadi bosan nanti

ayob berkata...

aku tak baca. tapi kau babi.

James Dean berkata...

Gila babi tak funny.
Pegi kg air jd bapok la wei!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...