Petang itu, cikgu
Ramli Ronaldinho seperti biasa masuk ke kelas 6 Cempedak di sekolah Kebangsaan Guar
Cempedak. Meneruskan rutin harian beliau sebagai cikgu pendidikan jasmani di
kelas tersebut. Cikgu Ramli masuk ke kelas, selepas mempersilakan para muridnya
duduk cikgu ramli terus duduk di atas meja guru dengan angkuh dan bangganya
siap sedia bertanya kepada murid-muridnya.
Belum sempat pun Cikgu Ramli Ronaldinho menyoal para
muridnya tiba-tiba Budin Puyol seraya berdiri lalu berkata “ haa, mesti cikgu
nak suruh kita orang tulis perkataan semalam lagi kan cikgu?”. Cikgu Ramli
Ronaldinho tercenggang, dan berkata “perkataan semalam?”.
Tiba-tiba Fakhrul
Gerarrd berdiri dan memberitahu “ ala ayat cikgu tu. Cikgu Ramli minat main
bola, hari-hari cikgu main bola”. Jelas Fakhrul Gerrad.
Cikgu Ramli Ronaldinho ketawa menampakkan gigi jongangnya lantas
bersuara “ Oh, tidak murid-murid. Hari ini cikgu nak adakan soal jawab berkaitan
dengan bola sepak. Sesiapa yang ada persoalan tampil la bertanya ”beritahu
Cikgu Ramli Ronaldinho. Muthusamy Mariappan mengangkat tangan dan bertanya “
Cikgu, kenapa ramai orang kata FAM ni bangang cikgu”. Cikgu Ramli Ronaldinho
menjawab “ FAM bangang Muthu sebab Sultan Bola tak nak letak jawatan” jawab
cikgu Ramli Ronaldinho.
Giliran Yap Kim Hock pula bertanya “ Cikgu kenapa ramai
orang tengok EPL berbanding Liga Super cikgu?” soal apek cina tu. Cikgu Ramli
Ronaldinho ketawa berdekah-dekah. Terasa geli dan jatuh peranakannya mendengar
soalan apek cina bukit tu tadi. “ EPL tu binatang apa. Tak pernah dengar pun”
balas Cikgu Ramli. Hassan Pipiyapong lantas berdiri “ bangang la cikgu ni, EPL
pun tak tahu ke” Hassan Pipiyapong memulangkan paku buah keras.
Keadaan sunyi dan tegang seketika. Malaikat lalu.
Bakar Ronaldo tampil memberi pencerahan ala-ala Shebby Singh
“ EPL tu Liga bola sepak Inggeris la cikgu. Tu pun tak tahu ke cikgu?” tanya
Bakar Ronaldo. Cikgu Ramli menjawab “ Ooo.
Cikgu tak pernah dengar EPL tu, cikgu cuma tengok LA Liga je dengan Liga Super”
balas Cikgu Ramli Ronaldinho.
“Cikgu, kenapa orang sibuk kata Johor Darul Takzim ni power
dan terhebat di Malaysia ketika ini?” soal panjang dari Bakri Shevchenko yang
berasal dari Sungai Buloh Selangor. Ada riak-riak cemburu dan dengki dalam
nadanya. Cikgu Ramli Ronaldinho bertanya
“ siapa kata Johor Darul Takzim power Bakri?” . Bakri menjawab “ ayah aku
cikgu” pendek jawapan dari Bakri. “Itu ayah kau, cuba tanya emak kau” perli
cikgu Ramli Ronaldinho. Satu kelas ketawa terbahak-bahak.
Rahman Chicarito pulak bertanya “ cikgu, kenapa eksperimen
Datuk K. Rajagopal gagal cikgu?”. Cikgu Ramli Ronaldinho menggaru kepalanya dan
pura-pura bermain dengan rambutnya yang diikat kemas. “ yang tu cikgu tak
berani nak jawab. Nanti cikgu kena ban dengan guru besar pulak nanti” jawab
cikgu Ramli. Ada nada takut kedengaran di situ.
Haris Pepe lantas bangkit dan berkata “ Booo cikgu Ramli!!”.
Ali Scholes, Boestamam Mulumbu dan Azwan Carrick yang diam sahaja dari tadi
tiba-tiba menjadi aktif dan terus mengeluarkan vuvuzela dari dalam almari di
sudut kelas 6 Cempedak itu dan terus membunyikan vuvuzela tersebut.
BOOOOOOTTTT. BOOOOOOTTTT. BOOOTTTT.
Keadaan di dalam kelas 6
Cempedak menjadi riuh rendah dengan bunyian vuvuzela ibarat berada dalam
stadium Peter Mokaba di Afrika Selatan.
Walapun vuvuzela diharamkan di sekolah tu, entah bagaimana
pak guard terlepas scan budak-budak ni.
Makan gaji buta lah ni, haram jadah.
Guru Besar, Encik Ahmad Maximus kebetulan lalu di kelas 6
Cempedak. Kelas menjadi sunyi seperti dilanggar Garuda di dadaku yang kepatahan
sayap dibaham harimau. “Cikgu Ramli, jumpa saya sekejap di bilik saya” tegas
Encik Ahmad Maximus kemudian berlalu pergi.
“Baik kelas. Kelas pendidikan jasmani tamat hari ini. Jumpa
lagi minggu depan” kata cikgu Ramli Ronaldinho yang kemudian berlalu pergi dengan
senyuman lebar ala-ala Ronaldinho idola beliau.
15 Ulasan:
good
Don't know which worse, ada komen mengutuk, atau langsung takde komen...
Teknik mengkelakarkan nama pemain agak kurang menjadi. Mohon cari idea lain.
sokernet makin aktif dah sekarang. usaha lagi tak kira la artikel bangang ke tak bangang ke yang penting blog ni hidup. terubat skit hati aku.
Serius. Ini la entry paling bangang pernah gua baca. Isi dan lawak x menjadi. Mohon potong konek dan berlalu pergi
Jali bah...bah..bah... (buat bunyi macam lagu Gelimat)
Makan gaji buta la...
Haram jadah..
Makan gaji buta..
Haram jadah..
da mula tunjuk bangang disitu...
bgus...
Entry sebelum ni yang kena bodo dengan Garam pun pakai teknik sama jugak. Haram tak lawak.
Insaf la Jali woi!
Pembetulan - beliau di bodo oleh Abdul Sokernet.
Tak payah laa ada golongan bangang kat sini. Buat blog ni jadi bosan nanti
aku tak baca. tapi kau babi.
Gila babi tak funny.
Pegi kg air jd bapok la wei!
Catat Ulasan