ANDA SEDANG MEMBACA

5

Kini Bolasepak Bukan Sekadar Bermain Diatas Padang

van kordi Isnin, Januari 14, 2013


“Gol!”

Jeritan komentator televisyen ketika Nemanja Vidic berjaya menjaringkan gol kedua Manchester United sewaktu menentang Liverpool di Old Trafford semalam berdesing ditelinga saya. Penyokong mereka yang berada dimeja bersebelahan bersorak riang, melompat kesana dan kesini seperti kera tertelan cili.

Tanpa disedari oleh ramai peminat yang menjadi kera tadi David Gill, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United yang juga  naib pengerusi FA England sedang bersantai membaca novel “Awek Chuck Taylor” di bungalow milik beliau sambil menghirup secawan teh panas. Sedikit pun tidak menghiraukan keputusan perlawanan yang sedang berlangsung. Malah semua keputusan perlawanan Manchester United sejak sebelum musim 2012/2013 bermula pun tidak beliau pedulikan. Baginya, ada agenda yang jauh lebih penting dari itu.


Pada tahun 1991, seorang industrialis England bernama Jack Walker telah mengambil-alih kelab Blackburn Rovers. Jack lahir di bandar Blackburn dan amat menyayangi kelab itu. Dengan pengambilalihannya, Jack telah membeli pemain-pemain hebat untuk menyarung jersi biru putih Blackburn serta mengambil Kenny Dalglish sebagai pengurus beliau. Seperti kisah Cinderella, Blackburn yang ketandusan piala berjaya memenangi kejuaraan liga inggeris ketiga mereka pada tahun 1995 setelah lebih 80 tahun menanti.

Sungguh romantis.


Sehingga lewat 90an, Chelsea FC hanya merupakan kelab elitist yang bertaraf elitist kerana kedudukannya yang berada dikawasan golongan bangsawan kota London, tidak lebih dari itu. Ia adalah sebuah kelab yang kurang ‘sejarah’ dan piala pun dapat dijulang sekali sekala sahaja. Nasib kelab ini berubah pada tahun 2003 apabila Roman Abramovich membelinya dari Ken Bates (Ken Bates membeli Chelsea pada tahun 1982 dengan harga £1). Abramovich berbelanja beratus juta pound untuk membeli pemain dan membawa Jose Mourinho ke Stamford Bridge dan setahun selepas pembeliannya itu, Chelsea FC berjaya memenangi kejuaraan liga inggeris kali kedua setelah tepat 50 tahun menunggu.

Sungguh romantis.  


Baru-baru ini kisah romantis seperti ini telah berulang lagi dan kini giliran Manchester City pula menjadi Cinderella dengan bantuan pari-pari dari timur tengah. Penantian untuk memenangi kejuaraan liga selama 44 tahun berakhir.

Pada waktu yang sama, ada juga kelab yang diambil alih dengan cara berhutang oleh pemilik baru tetapi jatuh bangkrap. Kelab seperti Portsmouth contohnya. Akibat kekangan hutang yang tidak boleh dibayar, Portsmouth muflis  dan terjerumus ke lembah yang hina.

Didalam malangnya kelab Portsmouth itu, bagai menangguk diair yang keruh, beberapa individu cuba mengambil kesempatan.

Diketuai oleh David Gill, mereka cuba untuk meruntuhkan idaman setiap peminat bolasepak kelab bawahan di England dan menamatkan kisah kisah romantis ala Cinderella ini. Bersembunyi disebalik agenda kesama-rataan ‘Financial Fair Play’, mereka sebenarnya inginkan hak mutlak keatas gelaran juara dengan mengekang kelab-kelab bawahan lain dari mendapat bantuan jutawan arab dan jutawan Ruski.

Dengan mengusulkan cadangan FFP yang dipelopori Michel Platini, David Gill memerlukan 14 dari 20 kelab di dalam liga perdana ingerris untuk bersetuju dan sehingga kini Arsenal, Liverpool dan Spurs telah bersetuju dengan cadangan David Gill ini. Chelsea, Manchester City, Aston Villa, WBA dan Fulham pula tidak bersetuju dan yang selebihnya belum menyuarakan keputusan masing-masing.

Sekiranya agenda ini dipersetujui dan diluluskan, maka kelab hanya boleh berbelanja mengikut peratusan kadar ‘revenue’ kelab. Dalam ertikata lain, kelab yang mempunyai stadium besar serta peminat yang ramai adalah dalam kedudukan yang lebih baik kerana sudah tentu ‘income’ mereka lebih banyak melalui jualan tiket dan jersi kelab maka jumlah yang boleh mereka belanjakan untuk membeli pemain baru, adalah lebih banyak.

Jika David Gill risau akan masalah tidak sama rata ‘income’ kelab yang akan menyebabkan kelab bawahan menjadi muflis seperti apa yang berlaku kepada Portsmouth, beliau sebenarnya boleh mengikut cara ia diuruskan di liga baseball di Amerika Syarikat. Disana, kelab baseball lain akan mendapat sedikit komisyen dari jualan jersi New York Yankees yang dijual diluar bandar New York contohnya. Ini akan memberikan kelab bawahan sedikit bantuan kewangan untuk terus berdaya saing tapi saya yakin David Gill tidak akan bersetuju dengan cara ini.

“Gol!”

Giliran penyokong Liverpool pula bersorak apabila tendangan Daniel Sturridge menerjah kedalam gawang gol Manchester United. 

Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada kelab mancunia ini sebenarnya seperti tiada jiwa kerana keputusan yang lebih realistik ialah kelab besar (1000), kelab kerdil dan kecil (0).

(Dialih bahasakan dari artikel DailyMail *ini* tetapi diolah oleh orang melayu).

5 Ulasan:

i'msosupernotcool berkata...

Ha.
Senang paham.
Berpusing jugak otak aku baca yang dalam daily mail pagi tadi.

nu_Ox3r berkata...

boleh bg link artikel dailymail tu x?

hantuLongkang berkata...

itulah...FFP ni niat dah murni...tapi perlaksanaannya dan akibatnya memang tak murni...macam apa yang berlaku kat johor sekarang ni...

@nu_Ox3r:
klik perkataan "*ini*" bawah sekali..jangan sedih pulak bila baca orang kutuk MU kat artikel tu :D

nu_Ox3r berkata...

@hantulongkang

ak bkn fan manu.profile pic ak tu dedicated to mu for last sizen.tgh berharap dia xmng gak sizen ni.this is real

Madafakkka™ berkata...

nice kordi.
nk mintak teruskan post where are they wednesday.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...