ANDA SEDANG MEMBACA

3

Preview: Don't Mess With The Yobs Part 3

petai kt Isnin, Januari 14, 2013
Darjat pasukan ini sangat tinggi, dan jangan samakan dengan pasukan lain tahu??

25 Ogos 2012 adalah hari terakhir pasukan paling cool dalam Malaysia bertemu Felda United. Bertemu dalam perlawanan kumpulan C Piala Malaysia 2012 dan menerima kekalahan pertama setelah beberapa tahun tidak pernah mengalami kekalahan dengan Felda United bukanlah perkara yang perlu dibincangkan sekarang. Ini cuma sejarah.

Kalau nak cerita sejarah sekarang ni, memang senyum lebor la tak ada langsung cabaran yang diberikan Felda United ke atas The Yobs sejak beberapa tahun lepas. Itu pun kali pertama dan terakhir Felda United menang semasa pertemuan di Ipoh 25 Ogos tahun lepas.

Seperti mana The Yobs mengajar Darul Takzim FC cara permainan bolasepak sebenar, begitulah yang akan The Yobs lakukan terhadap Felda United. Sekoman Guiza pun mampu disekat The Yobs. Apatah lagi cuma setakat Ghaddar, ibarat secebis cili yang melekat di gigi Azrai Khor tahu?

Aku tak tahu kalau Felda United ni tahu atau tak yang akan mereka tentang adalah juara 7 kali Piala Malaysia dan pasukan paling cool dalam Malaysia. Sungguh jauh darjatnya. Kalau mereka tahu, diharap selepas perlawanan, ceritakanlah kehebatan The Yobs ini kepada anak bini, saudara mara, jiran tetangga. Jangan pula lupa belajar sesuatu pada perlawanan malam esok dengan The Yobs.

Aku berharap semoga perjalanan Felda United meredah laluan berliku untuk sampai ke Stadium Lumut esok tidak akan di sia-siakan dengan membawa balik pengalaman berharga dan mempelajari sesuatu dari The Yobs.


#DMWTY

3 Ulasan:

Chaeir Shahir berkata...

kami mmpunyai penyokong paling ramai dlm msia krn seluruh msia ada felda. wkakakakaakka bangang pnya stetmen manager felda 2 thn lps ptuihhhhh

TTB berkata...

Mohon rombongan Felda United singgah membeli belah satay ikan di Gerai Hasil Laut Jamilah di Lumut disamping membawa balik pengalaman berharga dan mempelajari sesuatu dari The Yobs.

cHaLL berkata...

Supercool yob..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...