ANDA SEDANG MEMBACA

8

my first time...

mohamadouu Rabu, Januari 02, 2013 ,


Aku malas nak tulis panjang sebenarnya mengenai perkembangan bolasepak malaysia sedangkan anda semua tahu bahawasanya pengurusan bolasepak di negara ini memang bangang dari akar hingga lah ke pucuk. Selain itu mentaliti orang kita pun bangang jadi tak mustahil dari dulu tak ke mana. hal ini kerana pemimpin yang bangang terhasil daripada bangangnya masyarakat itu sendiri. Namun berbeza pula dengan beberapa puak pemimpin yang kebangangannya mungkin diwarisi, bukan dipilih dengan kata sepakat. dan apa yang bangangnya pemimpin yang bangang pun dipuja2 dan disembah2 menunjukkan betapa lebih bangangnya pencacai itu sendiri.

Amatlah tidak pelik sebenarnya memerhatikan betapa kebangangan ini sukar sekali terhakis kerana kebangangan sudah dipraktikkan sejak dahulu kala lagi! Lihat saja sistem pemerintahan yang mewajibkan golongan untuk sentiasa mengangguk tanda setuju terhadap pucuk pimpinan meskipun kebangangan terdedah di depan mata. Malah sistem pendidikan sendiri mengamalkan dasar bangang dengan meluasnya belajar secara menghafal membuta tuli, cikgu2 yang mengejar kpi dan pensyarah yang beli kereta pakai wang geran penyelidikan

Berbalik kepada bolasepak ye hadirin dan hadirat , oleh kerana amat sukar untuk menghancurkan kebangangan yang begitu membekas dalam arena bolasepak ini, apa kata malaysia mengambil jalan mudah dengan menitikberatkan perkembangan sukan futsal. Malah persembahan menakjubkan pasukan thailand juga mungkin berpunca daripada betapa bagusnya pasukan futsal mereka. thailand juga mempunyai liga futsal sendiri yang dijalankan seperti lliga bola sepak, berbeza dengan liga futsal malaysia yang dijalan kan secara karnival. Untuk info anda, pasukan futsal thailand pernah membelasah malaysia 9-2 di peringkat kumpulan semasa sukan sea 2011. Semasa sukan sea 2007 pula pasukan futsal thailand mudah membelasah pasukan malaysia 5-0 meskipun di perlawanan final. Hal ini menunjukkan thailand mungkin 5 tingkat lebih tinggi dalam aspek teknikal bola sepak berbanding rakan aseannya yang lain seperti kemahiran menahan bola grounder, kemahiran menahan bola tinggi, kemahiran mendada untuk mengawal bola,kemahiran menggerakkan bola secara mengelirukan, passing laju, pasing cantik, permainan tempo tinggi dan macam-macam lagi.

mungkin pemain malaysia juga memerlukan thai massage supaya otot dapat diregangkan sepenuhnya. Apa-apa pun sebenarnya cakap banyak tak guna, kalau betul-betul minat bolasepak barulah berjaya seseorang itu. Kalau rasa tak boleh baik main tomoi, atau jadi petani, atau jadi doktor.. Tak pun berbakti dengan menjadi tabligh

-mohamadouu

8 Ulasan:

kaki keras berkata...

Entri ini pun ada menuju je arah bangang juga, huruf kecil, besar bersepah-sepah. Titik di hujung ayat sampai ada dua atau tiga.

Unknown berkata...

Cilaka. Mengapa aku macam pernah dengar tajuk dia? My First Time....kahkahkahkah.
Selain perenggan terakhir yang agak dramatik.
Satu jer gua nak cakap. Booooooring.........

Thaqif Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Thaqif Ismail berkata...

Zaman sekarang teknologi ubat maju betul. Dah tak payah nak telan2 pil dah. Sekarang ubat tidur dijelmakan dalam bentuk blog. pawerr..pawer...

kobetz berkata...

tertarik ngn intro, mls nk tulis panjang..

ade ciri2 calon juara.. entry padat nk mampos..cam kete volvo..

bangang berulang kali..mungkin penyokong libepul nie...

Nik Zulkhairi berkata...

aku ni kalau disuruh buat entry aku tak reti. tapi kalau bab komen n kutuk (k n k) aku nombor satu.

entri yang ok. tapi tiada identiti dan jatidiri.

Adam Ruslan berkata...

Aku tertanya-tanya macamana Sokernet tangkap muat penulis-penulis percubaan ni. Juri kene 'hulur' ke woi?

Mohon Sokernet membuat mesorat tergempar dan menyusun kembali keangkuhan sedia ada. Paling koman pon bagila tiap sorang ni mentor untuk disaring dulu artikel depa. Kene rejek sebelum publish boleh menjamin stendet angkuh Sokernet.

Aziz Nasution berkata...

Tak menepati piawaian, kurang unsur angkuh dan sinikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...