ANDA SEDANG MEMBACA

0

Nasi Kerabu

Unknown Jumaat, Januari 04, 2013 ,
Aku punya artikel suka hati aku nak letak tajuk apa. Kalau tak suka pergi gali kubur dan tanam diri sendiri. Angkuh tak?

Beberapa minggu lalu terbit sebuah artikel dalam website Soccernet ESPN bertajuk ” Top Ten Asian Player of 2012″yang ditulis oleh Jhon Duerde. Menariknya dalam artikel tersebut, ada pulak tersenarai pemain Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman berada pada kedudukan ke-9 dari 10 pemain Asia yang lain. Alasan kenapa dia tersenarai dimuatkan dalam sabdaan artikel tersebut :-

The 20-year-old's first appearance in the national team shirt came against Chelsea and the confidence in his play caught the eye of the coaching staff of the European champions. He then scored ten goals in five games in an ultimately unsuccessful qualification campaign for the Asia's Under-22 championships and the hype machine started to roll. Sometimes, though, that can be a good thing and Rahman is one of a new generation of Malaysian players who not only look good, they know they are good and want to show their talents on the biggest of stages.

Alasan sebegitu kalau dialih nama kepada Amar Rohidan, orang luar Malaysia bukan tahu pun. Sedangkan Rozaimi sendiri masih belum ada yang mengenalinya. Kita bercakap zaman sekarang la ye. Sebab aku takut bila aku bercakap zaman Akmal Rizal atau zaman Zami Mad Nor nanti ada pulak yang kata aku ni gila sejarah.

Tapi yang lebih menarik ialah Bambang Pamungkas yang sezaman dengan Akmal Rizal dan muda sikit dari Zami Md Nor boleh pulak tersenarai no.5 dalam carta tu. Aku tak tahu selain dari Khalid Jamlus yang pernah tersenarai dalam All Star Asean 2004. Adakah lagi pemain yang melebihi pencapaian yang dilakukan oleh Rozaimi?

Sangat diperlukan bagi sebuah pasukan itu seorang lead yang betul-betul ada karisma seperti Bambang Pamungkas. Bagi aku, Bambang Pamungkas boleh di anggap lejen dah setanding dengan Widodo Putro. Dahulu kita ada Ahmad Shahrul Azhar yang sangat ego di atas padang, pemain lain senang je dia pijak. Melangkaui ego dia jawapannya adalah disaster. Itu prinsipnya. Peristiwa selepas perlawanan persahabatan dengan Manchester United menjadi bukti.

Untuk mencari pemain seperti itu, susah untuk zaman sekarang. Kalau yang hebat seperti Rozaimi tidak tentu pulak hebat dalam kerja kepimpinan. Kalau yang ada pun cuma Safiq Rahim Chopot je. Itu pun entah macam hidup segan mati tak mau je.

Persoalannya, Mampukah Safiq Rahim Chopot menjadi seperti itu dan siapa pulak penganti Safiq Rahim Chopot selepas ini?




Bila Lejen Bersabda:

 "Bolasepak ialah bersahabat. Hari ini kita sudah menang. Saya minta kawan-kawan semua ikut arahan pihak berkuasa agar tidak terjadi rusuhan. Terima kasih kerana sudah datang jauh-jauh dari Jakarta demi menyokong Persija. Mari Kita raikan kemenangan ini dengan selamat sampai ke Jakarta" - BePe


0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...