ANDA SEDANG MEMBACA

6

Nota Ringkas Buat Pengurus Perak Azwanbro

Unknown Khamis, Januari 17, 2013

Azwanbro, mike memang hensem, nak bandingkan dengan Raja Ahmad Zainuddin dengan Dato Jamal Nasir, mike 4 kali lipat le hensem dari dua pengurus Perak yang lama tu. Dulu sebelum liga mula, mike kemain kabo nak dapatkan John Carew. Habis dicanang satu kampung, dari Tanjung Malim membawak ke Grik, dari Bagan Dato membawa ke Parit Buntar semua orang dah teruja yob!

Tak habis kecoh lagi, tengah berseronok deme dengan perkabaran gembira tersebut, hujungnya yang masuk bukan John Carew, tapi Karim Rouani.

"Tak kisah le yob, Karim pun Karim ler, lagipun dengor kabonye si Karim ni iras-iras Zidane, main macam Karim Banzema, asal perancis nun, mane nak dapat yob. Yang ada dulu pun badan je kekor, tapi macam jelebor le pulak" Komen Wan Lebor, Presiden Kelab Penyokong Perak di Myspace.

Bukan tahun ni je segenap pelusuk rakyat Negeri Perak  kena kencin, tahun-tahun sudah pun banyak kali dah kena, pasai tu la deme udah tak kisah mane import yang datang, ambik je la yob, asalkan boleh jaringkan gol. Penat yob tiap tahun kena kencing je. Mula dari John Carew nak datang sampei le pelancaran jersey yang tak jadi buat teman ralat sikit.

Mike bukan tak bagus yob, mike walaupun tak sebongkak Pak Raja dan Dato Jamal, tapi mike boleh dapatkan penjaga gol paling hebat dalam Malaysia, mike boleh dapatkan bekas penjaring terbanyak Liga Super musim sudah, mike boleh dapatkan Rafael Souza. Bukan senang tu yob. Dengan Motto persatuan "Murah Tapi Power" mike dah buktikan.

Tapi yang betoi murah tu le yang puncanya yob, 1 menang 2 kalah, belum pernah jaringkan gol lagi bukan benda biasa yob. Coach dah ok, pemain bukan cap ayam punya brand, fans club punya belambak bagi sokongan. Harap mike dan orang dalam persatuan balas le kepercayaan teman dan orang-orang negeri Perak ni dengan keputusan yang bagus.

Keputusan yang bagus bukan kami mahukan dari kemenangan saja, tapi dari keputusan yang dibuat dan cara pengurusan pasukan. Ini yang utama yob. Harap mike buktikan sesuatu, mulakan dari masalah yang dihadapi Stadium Perak sampei le kepada keputusan perlawanan. Asai mike komited dan tunjukkan respon yang besar kepada masalah kecil yang dihadapi dah boleh buatkan teman sokong mike, tapi kalau sebaliknya, pikior sendiri le yob!

Sekian


6 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

apa ke hey di drop nya michal kubala,dan albert bodjongo 2 top scorer last season ??

Chaeo berkata...

Terbaik la petei

pedot berkata...

in petei we trust

hafiz berkata...

80% Awok tetap Salahkan Player Yob... 20% lagi awok bagi kat pengurusan.... azwanbro ni mana terer bola..kalau idak udoh lama dia jadi striker berbisa...he3

pizli.mw berkata...

Betui, Kubala tu punya le power siap boleh score pun dibuang.

John Carew dah jadi pelakon dah sekarang ni.

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4747690/John-Carew-becomes-an-actor.html

Dőn Čhorleonê berkata...

keme ni udah lame bebulu dengan si azwan bro ni bengkek hati dibuatnya janji itu ini penyudahnye haram leboh gebang lebih aje gampang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...