Mengukur profesionalisma bukan kerja mudah. Tidak semudah
menghirup teh-O sambil sedut rokok jenama L.A (rokok seludup ni aku tak pernah
jumpa lagi dekat Tanah Melayu). Itu bukan kerja siapa-siapa, bukan kerja
Rajagopal, bukan Pipiyapong atau Koyok San.
Nak sebut pasal penyokong Malaysia tak profesional itu
mungkin senang cerita. Budak sekolah di Tadika Wenger pun boleh cakap, tapi nak
ubah mentaliti penyokong bola sepak di Malaysia dari takuk lama menjadi lebih
matang, bertamadun dan profesional bukan kerja mudah yang boleh siap 2,3 hari.
Sibuk nak cakap penyokong tak profesional, dari atas pucuk pimpinan FAM pun
masih bangang tak sudah.
Mungkin sudah jadi budaya Melayu, meresap dalam jiwa turun
temurun sebati di dalam jiwa, dari politik sampailah masuk stadium, orang Melayu kita
nombor satu. Bosan bunyi gong yang sangat klasik, bawa masuk pula vuvuzela yang
sumpah haram tak ada langsung nilai signifikannya untuk bagi naik player punya
semangat. Bukan bagi player semangat nak main, lagi nak berjoget kat tengah
padang ada lah. Bising la setan.
Tak ada laser, botol air, mercun pun boleh. RELA dan polis
bantuan tak cukup, bawa masuk tentera siap pakai M16 lagi gantung dekat leher.
Jangan macam-macam, aku tembak kang |
Cuba tengok game
dekat EPL. Hampir semua penyokong kelab mereka zahirkan sokongan dengan cara yang betul, educated,
bertamadun, matang dan profesional. Tak payah pakai tentera siap M16 gantung
dekat leher, tak perlu ultras kepala bana, siap boleh chants lagi untuk player,
tak perlu baling mercun atau botol air, tak perlu main laser. Tiada provokasi,
jarang kita dengar dekat EPL bakar-bakar kereta, bakar stadium, baling kerusi, belasah
RELA atau tayang bontot dekat penyokong lawan walaupun orang Inggeris ni boleh
tahan ganas jugak. Tak perlu semua tu, tapi dorang main lagi sedap dari Liga
Malaysia.
Yang ruginya bola sepak Malaysia sendiri. Persatuan bola
sepak negeri atau kelab kena denda puluhan ribu, tiada bajet siap lancar tabung
derma ikhlas sebab tak mampu bayar denda. Kasihan. Siapa yang rugi?. Buat stadium untuk dirosakkan, kerusi dicabut dan dibuang,
pagar dirobohkan. Kos nak upah Bangla buat maintenance dah berapa ribu, kerja
nak bagi cantik rumput atas padang pun tak siap-siap lagi. Aku datang stadium pun aku malu nak duduk. Mana
kerusi mana orang pun aku tak tahu mana satu. Tengok bola rasa macam dekat tapak
pelupusan sampah, perangai pun macam sampah. Bila lah nak berubah.
Dalam geram aku gembira, senarai terbaru skuad Rajagopal
tiada nama Safiq Rahim terselit. Tapi aku masih dibelenggui kebangangan kenapa
Amar Rohidan masih lagi hebat di mata Rajagopal berbanding Piya??.
4 Ulasan:
bila la Raja nak panggil Piya
Duk kutuk orang Melayu ni, orang cina bertepuk tangan... :p
Yg aku tertarik pasal amar rohidan je.. Adakah skandal?
sikit2 cina tepuk tangan...serabai! perkauman tak abis....cu dokong sikit gagasan PM 1Malaysia tuh.
ada akai tak mau pakai...sakai pun tak serabai...
Catat Ulasan