ANDA SEDANG MEMBACA

8

Sabahawks Terbang Tinggi

Jali Bah Isnin, Januari 14, 2013

Persetankan dulu perlawanan mahsyur dalam sejarah Liga Malaysia minggu ni, Kelantan vs Darul Takzim FC. Pergi jauh dulu dengan pasukan paling cool di Tanah Melayu, don’t mess with The Yobs.

Sabahawks terbang tinggi lagi. Kali ini pasukan pelengkap jadual NS Betaria menjadi mangsa kerakusan Sabahawks yang patah sayap tempoh hari menentang Sime Darby FC. Stadium keramat, Stadium Likas begema lagi “Main Kau burung!!”. Sebagai penyokong tegar, aku cukup gembira dan berbangga, biarpun tiada nama besar bintang di sini, tiada Safiq Rahim, tiada Mat Yo, jauh sekali Marlon atau Guiza, Sabahawks mementingkan originaliti tanpa menyisihkan kualiti.

Sabahawks merasa hina untuk menyisihkan bakat-bakat istimewa anak watan di Tanah Borneo. Dibarisi hampir 90 peratus pemain tempatan yang dicedok dari segenap pelosok dan ceruk daerah di Sabah habis bersih dijelajahi. Gabungan kombinasi mantap darah muda dan kuda tua yang masih berbisa, Sabahawks berhak untuk terbang tinggi dengan angkuhnya. Luaskan keangkuhanmu Sabahawks

Luaskan Keangkuhanmu Sabahawks
Biarpun rakyat Johor berbangga dengan Harimau Selatan nya, berapa ramai anak tempatan bermain dalam pasukan Manchester City Malaysia itu? Itu satu penghinaan penuh halus yang dibuat oleh TMJ untuk anak jati di Selatan Tanah Melayu. Tepuk dada tanya Fajura. 

Berdepan dengan pasukan belasahan Kuala Lumpur yang membawa harapan besar rakyat marhaen di ibu kota, Kuala Lumpur berhak merasa cemas dan seharusnya berkira-kira untuk menggali kubur awal-awal lagi sebelum bertemu Sabahawaks Jumaat ini.

PDRM masih unggul di hadapan dengan 3 kemenangan berturut-turut, tapi aku dengan penuh yakin dan angkuh mengatakan pakcik-pakcik polis akan menyesal datang ke Stadium Likas nanti. Musim 2013 ni, aku berani ramal hanya PDRM, Sime Darby FC, Sarawak, Kedah dan Johor tulen yang bakal mencetuskan perang besar di Liga Perdana. Lain-lain pasukan hanya sekadar pelengkap kelendar dan jadual perlawanan yang diatur FAM ditunjangi Sultan Bolo.

8 Ulasan:

hantuLongkang berkata...

errr, terbang tinggi nak ke mana?..ini liga mana sebenarnya ni?..keh2

pepol berkata...

layak ke liga super dulu bai,baru sembang

Chaeo berkata...

Sabah rhino aku tau la wkakak

Mista Maman berkata...

Sembang hebat dia ni...
90% tu benar ke kiraan nye?

Awal2 nk condemn Johor mcm dh abis season je JDT xmenang liga. Kesian writer ni.

\m/ TMJ \m/
APE ADE HAL...

Mat Pachad berkata...

dah tu??? awai2 dah duk meroyan memg kena condemn la.... liga perdana pun liga perdana la sabahan oiiiii... dah yg tu selayaknya kita... sekurang-kurangnya kita x amek team lain tukaq nama...

Badang berkata...

Sabah?awek2 dia je la yg boleh pakai pun...yg lain bangang..

Unknown berkata...

aih cip.
lain cerita mu ni.
main liga perdana ja suda angkuh buduh sumbung.
nda ingat kana tibai 9-0 sizen lepas?
jangan batrip la boss.
bagi menang away match baru la buat cerita.
main mcm si mati, bercerita mcm tahi.
satu ja sabah yang aku kenal.
badak.
hawk bulih isap butu sa.

Mista Maman berkata...

Sabah Rhino jd Sabah hawks, tu bukan tukar name/gelaran ke? Kalau ckp ikut jiwa kosong ko tu, smpi mati hidup balik pun xabis. Bana abadi.

Tukar nama pun Johorean punya pasal la, sbb argument ni dah rakyat Johor terima seadanya, yg ko meroyan kenape?

SabahHok mcm kencang lebih. Dok Premier position pun even bwh Johor FA & Sarawak FA. PPuih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...