Seorang rebel bertanya, bagaimana mahu menjatuhkan kuasa yang hebat seperti FAM? belum sempat aku menjawab, Tiba-tiba Darlington keper sebuah negara Afrika berbisik kepada aku. "kamu ada beribu yang mengaku rebel? kenapa hanya sidang media saja yang dilakukan? Aku malu ada orang yang mengaku rebel tetapi hanya rebel di mata media"
6 ribu orang mengaku rebel, tapi 3 4 orang saja yang berani tampil kedepan membawa segulung kertas yang isinya ialah dalil-dalil mengapa Presiden FAM harus meletakkan jawatan. Aku tak tahu kalau mereka ini jumpa sultan bolo apakah mereka akan menyembah dulu sultan bolo dan memberi ucapan "Ampun Tuanku, Patik mohon sembah derhaka" atau pun mereka akan terus salam sultan bolo dan mengajak mengambil gambar dan minum teh lalu sembang berkenaan bola sepak negara.
Aku juga masih tertanya-tanya apakah sultan bolo tahu akan perkara ini? apakah dia tahu bahawa ada hampir sejuta lebih umat Malaysia inginkan dia meletakkan jawatan tetapi hanya 3 4 orang saja yang pergi menyerahkan catatan dosa yang dilakukan presiden FAM terhadap bola sepak negara sampaikan beliau harus meletakkan jawatan?
Pernah juga aku terfikir, bagaimana cara paling tepat yang harus dilakukan seorang rebel bagi menyedarkan kesilapan dan dosa FAM terhadap bola sepak negara? Kadang-kadang aku berangan-angan, begini ceritanya.
*****
Seorang rebel berlari masuk ke dalam padang sewaktu perlawanan Liga M dan membawa sepanduk "Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!". Berlarilah rebel tersebut keliling padang lalu dikejar oleh FRU dengan cota dan memukul si rebel tersebut sampai mati.
Lalu keesokkannya di muka hadapan Berita Harian, Harian Metro, Utusan Melayu, Harakah Daily, Suara Keadilan, keluarlah tajuk utama "Mati demi melihat Presiden FAM meletak jawatan".
Start dari hari itu, maka bermulalah perdebatan yang hebat dikalangan cerdik pandai, pakar sejarah juga ilmuan agama tentang perkara ini, sehingga menyebabkan FAM terus dihimpit tekanan yang maha dasyat. Selama perkara berkaitan Presiden FAM sila Letak Jawatan tidak sampai ke pengetahuan sultan bolo, maka bermula dari kejadian itulah, sultan bolo mengetahui ada yang mati kerana mahu dia meletakkan jawatan.
Akibat tekanan itu dan perasaan bersalah di lubuk hati sultan bolo, maka sultan bolo telah mengakhiri kariernya sebagai Presiden FAM serta merta. Lalu di ikuti oleh beberapa pegawai yang lain. Alasannya ialah ugutan dari 6 ribu orang lagi yang bersedia mogok lapar di hadapan Wisma FAM jika sultan bolo dan pegawainya tidak meletakkan jawatan.
Persoalan pertama, siapakah 6 ribu orang itu? tepuk dada hey hey.. tanyalah selera. Kita bangsa negara harus pandai berbahasa, bertanya mengapa siapa bagaimana? punya akal fikiran tahu arah tujuan, menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Haish tertiru lirik lagu pulak.
Persoalan kedua, siapakah yang berani menjadi rebel sejati?
7 Ulasan:
boleh di bawa ke tengah..
Penulisan yang agak mantap. Cerah harapan pergi final ni.
part lari bawak banner masuk padang sampai kena kejar FRU dan dipukul mati tu aku takleh ar nak tolong... Pasal kalo aku yang lari dalam tu, harap la FRU nak pukul mati aku, aku pukul mati diorang dulu kot, kui kui kui... (bajet ada taekwondo dah cukup hebat) :p
petey???????????ponggahhhh..mohon lead the rebels lari bogey dlm padang dlu..puii..
mohon petai jadi rebel leader larik tgh padang..xdpt game liga super, final frenz cup pun ok..btw good raitap..boleh afundi masuk
bercerita tntg rebel..
until the last rebel(bana) mane ye?
tahniah pd petai nie, ini lah karma..
jebat(petai) vs sultan(bolo).. tp ade je bekap dari tuah(hamidin)..
mmg melayu..
kekalkn standard penulisan,konsisten..
jangan poyo!cubit kang..
Amboi lirik lagu Aku Pelat tu.
Catat Ulasan