ANDA SEDANG MEMBACA

3

Tamadun Bolasepak Malaysia.

tikusmando Rabu, Januari 02, 2013 ,



Bolasepak Malaysia ni sebenarnya apa cerita? Banyak beno cerita yg tak sudah. Sapa yg nak sudahkan? Dari situ pun dah boleh agak yg penyudah kita tumpul. Benda macam ni dah jadi benda berat bila tahap dia dah sampai terbawak-bawak dalam padang bila depan gol.



Itu satu hal. Hal paling pawer setakat hari ni sudah semestinya hal FAM. Benda-benda FAM ni aku malas nak sembang sangat. Sama-sama jelah kita tunggu Abang Mazidul bongkarkan hal yg sebenar-benarnya dalam rukun tetangga FAM tu. Kalau masih tak terbongkar, kita tunggu Fahmi Reza jelah orgenais Occupy FAM.



Aku ingat nak pergi lebih deep sikit tentang peranan dan kesan jurulatih di dalam membentuk tamadun bolasepak tanah air. Aku ini orang Malaysia, kalo enggak cukup ilmu di dada, enggak sampei ke Bukit Jalil. Masa dekat Bukit Jalil itu hari yg menyaksikan Malaysia menundukkan Indonesia, dari jauh aku peratikan je seorang lelaki yg rambutnya di-dye putih serta berkemeja putih cadar. Dia duduk di bawah bumbung kem Malaysia, dengan lagak tenang seperti seorang King. Berbulu jugaklah aku peratikan dia masa tu. Dia sedar tak sedar sebenarnya yg bolasepak Malaysia ni tak jauh beza pun dengan Buletin Utama? Pembaca berita dalam Buletin Utama tu balik-balik sebut “Dalam pada itu”, balik-balik sebut “Dalam pada itu”. Sama je, Uncle rambut putih tu pun balik-balik “eksperimen”, balik-balik “eksperimen”. Bila aku perati balik cara Malaysia main masa AFF itu hari, kadang kadang aku terpikir, kalau aku tengok Akademi Fantasia pun dia punya level jauh lagi up dan mendebarkan.




Apakah yg dimaksudkan dengan jurulatih yg pawer? Macam mana nak latih jurulatih supaya dia jadi pawer? Setakat terkumat-kamit kunyah cuwinggam,dengan berpipi merah jambu, itu belum cukup pawer lagi. Setakat kenal pemain sendiri tapi tak pernah nak cuba kenal pemain-pemain lain, dan pemain-pemain lawan, itu dikatakan pawer ke? Bulu ni, selagi kita pilih selagi tulah dia makin berbulu. Senang cerita, kenapa mesti Amar Rohidan? Kenapa mesti Fakri Saarani? Kenapa Safiq Rahim? Nak pilih bulu sekalipun, biarlah pilih yg tengah berprestasi. Piya yg tengah on form dalam Liga Super, kenapa tak panggil? Tak pasal-pasal dia jadi piya kesepian.




Dari situ dah boleh nampak dah, betapa kelamnya AFF kali ni. Entah ke formasi mazhab mana yg Uncle guna. 4-0-1. Nampak tak macam mana peranan midfil kita? Taktikal pulak tak payah ceritalah, semua orang pun tahu dapat-klier-dapat-klier-dapat-klier-dapat-longbol-golkik. Laos pun reti main lagi sedap, pandei kontrol bola. Ini pesen kontrol depan makwe je, toksah duduk dalam padang la. Elok turun naik mahkamah syariah lepastu pegi masuk Melodi. Peluang depan gol pulak dah la jenis muncul setahun sekali, bila dah muncul, lepas gitu je. Dah satu hal pulak nak kena tunggu tahun depan.  




"Main senang. Main macam Amar"



Dalam pada itu, masih ramai yg sedang sibuk menyalahkan pengadil kerana terlalu K-pop. Mereka ni kebanyakannya daripada golongan yg datang stadium sebab nak menyanyi dan jaga vokal. Makcik-makcik yg tengok bolo dekat rumah pun kadang tu lagi cerdik, dengan berdialog seperti “Ahh Malaysia ni tak pandei mainnye, ade ke pas ke situ, patutnya pas le bagi lepeh kiper deme, barula boleh gol” sampaikan makcik tu sendiri kalau boleh main, dia nak main ganti Amar Rohidan. 




Adakah kejatuhan kali ini disebabkan pemain Malaysia ada curi-curi makan durian dengan rambutan lepas trening? Mengikut kata Pipi dalam temuramah bersama Radio Bangsar Utama, benda tu tak jadi hal. Cumanya batuk-batuk sikit jelah. Mungkin batuk-batuk yg macam gini lah yg menjejaskan sedikit prestasi Safee ketika menunggang.




Mahukah kita satu hari nanti bila anak-anak kita tanya, “Abah, sampah ni nak buang kemana?” dan ketika tu kita kelu nak menjawab pasei anak kita sebenarnya tengah menuding jari kearah televisyen yg diskrinnya terpapar satu perlawanan bolasepak dan salah satu pasukan yg tengah berlawan tu, pakai baju belang kuning hitam.




Kita sebenarnya ada dua pilihan. Samada kita yg angkuh dan terus mara, atau sultan bolo yg terus angkuh dan takkan undur.




Angkuh tu angkuh jugak, tapi kalau dah lawan abang posmen pun boleh kalah, nak mengaku Yob pun segan kate ko. Kah kah kah. 




3 Ulasan:

kobetz berkata...

men sng.. men cam amar tu padu..!
kah3..

-___-" berkata...

Power power kata ko

-___-" berkata...

Power power kata ko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...