ANDA SEDANG MEMBACA

8

tips bijak niaga - dari kelab hebat namun merendah diri

racYnc Sabtu, Januari 05, 2013 ,


Nak belajar cara bijak berniaga? Menjadi kelab hebat namun merendah diri? Macam susah kan. Tapi tidak jika anda adalah The Lilywhites. Cerita mudah macam ni. Kenal Zeki Fryers?  Pernah mewakili England untuk skuad bawah 16,17 dan 19 tahun. Hebat tak? Tak cukup hebat? Beliau juga merupakan bekas pemain remaja Manchester United selama tiga tahun. Berjaya membuat penampilan sebanyak 6 kali bersama skuad utama Red Devils ( 2 EPL, 3 Piala Liga, 1 UCL ) pada season lepas. Tak kan tak hebat lagi kot. Super Fakri je berani cakap tak hebat.

Maka sebab budak ni hebat, Spurs pun pakat nak beli. Man U letak harga sampai 6 juta Pound Sterling sebagai pampasan ( sebab Zeki bawah 23 tahun ). Sebenarnya, jumlah ni pun kecik-kecik anak untuk Spurs. Tapi mereka tak gelojoh. Buat apa nak membazir. Membazir ni kerja iblis. Di sini datangnya bijaksana dari The Lilywhites. Dengan angkuh mereka tolak permintaan Man U. Dan sebab kontrak tamat, Zeki Fryers sain kontrak 2 tahun bersama Standard Liege yang turut mahukan khidmatnya. Mereka dapat secara percuma kerana klausa pampasan tersebut tidak laku di Belgium. Sebenarnya uncle Fergie nak sambung kontrak dia, tapi dia yang tak nak. Dah nampak dia punya game?

Setelah hanya 5 bulan bersama Les Rouches, Zeki Fryers kembali di buru Spurs dan pada 3 Januari 2013, beliau sah menjadi pemain The Lilywhites. Kali ini dengan bayaran cuma 3 juta Pound. Nampak? Menggunakan kebijaksanaan berniaga dan sedikit muslihat mudah, mereka jimat 3 juta Pound!

Itulah cerita sebuah kelab yang  bijak berniaga, hebat namun sangat merendah diri.

Selamat datang, Zeki!


Nama : Ezekiel David 'Zeki' Fryers
Umur : 20 tahun
Asal : Manchester, England
Makanan Kegemaran : Puyuh Goreng Kunyit
Minuman Kegemaran : Limau Suam

8 Ulasan:

Pauzi Kassim Rancid berkata...

good

mirul berkata...

spurs pun katenye dah dapat lewis holtby,midfielder schalke 04.

bijak benar pakcik levy dalam berniaga.

Jali Bah berkata...

boleh tahan sedap kau ulas

kobetz berkata...

yiddoss.. mohon ke page tottenham hotspurs fanclub (malaysia) kita bincang kontrak awak..;-)

ajib berkata...

ade gak geng spurs..

racYnc berkata...

holtby masuk july.spurs dapat free je.spurs memang biasa dapatkan player berkualiti pada harga yang sangat munasabah.musim2 terakhir kita maintain top 4.antara kelab2 top4,kita paling bijak berbelanja.kalau sempat aku buat entri jugak.

kobetz ko admin sana ke?

kobetz berkata...

ko post je kat sne.. kita sembang disana k..

midyx berkata...

ulasan bagus..cuma part biodata tu ada bau2 style sokerleaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...