Liga Super pada tahun ini dijangka akan menyajikan persembahan yang tidak kurang hebatnya dari Liga Divisen 3 di Negara Togo yang terletak di Barat Afrika. Peminat-peminat pasukan Negeri masing-masing berharap pasukan sokongan mereka dapat bersaing di dalam Liga Super seterusnya memberikan hiburan sementara kepada mereka. Kebangkitan pasukan Harimau Malaya yang seiring dengan kebangkitan muzik K-Pop di negara ini sedikit mempengaruhi kewujudan penyokong-penyokong baru di dalam sukan bola sepak. Ape yang mereka harapkan? Sedikit hiburan bagi mengisi masa lapang di malam hari tatkala penat membanting tulang di siang hari. Ada juga segelintir yang secara tiba-tiba menjadi fanatik justeru mereka turun ke stadium dan melompat bersama Ultras pasukan negeri masing-masing dan membuat lagu2 kutukan keatas pasukan lawan di dalam stadium. Biarkan, itu hak mereka. Itu fahaman mereka mengenai keseronokan.
Berbagai cemuhan dan kritikan telah diberikan daripada peminat bola sepak tanah air diatas pencapaian Harimau Malaya baru-baru ini di dalam kancah AFF Suzuki Cup. Salah siapa?? Malas nak cerita pasal siapa yang patut disalahkan. Aku sekadar pengulas percubaan sahaja. Cukuplah sekadar aku memberi review keatas setiap pasukan di dalam Liga Super 2013 yang akan bermula 8 Januari ini.
ATM FA
Finalis Piala Malaysia edisi lepas yang bertapak di Selayang, Selangor ini adalah antara pasukan yang dipromosi dari Liga Perdana. Mereka dinobatkan sebagai Juara dalam Liga Perdana pada musim lepas dan seterusnya diserap kedalam kancah liga yang lebih kompetetif. B. Sathianathan selaku pengurus pasukan cukup dikenali kerana pernah melatih skuad Harimau Malaya kita. Perpindahan adik beradik kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha berserta Azmi Muslim ke Johor serta kemasukan pemain berpengalaman Shukor Adan dari Negeri Sembilan cukup untuk merumuskan aktiviti perpindahan dari skuad ini. B. Sathianathan lebih selesa agaknya untuk mengekalkan pemain sedia ada. Pemain import kelahiran Argentina, Bruno Martelotto akan digandingkan dengan Marlon Alex James di barisan serangan. Jika dilihat, pasukan ATM bukanlah menyimpan pemain-pemain yang ternama. Mungkin disiplin dan dedikasi dari pihak tentera adalah punca mereka bermain dengan cemerlang pada musim lepas.
Darul Takzim FC
Muncul dengan gelaran Manchester City Malaysia, Darul Takzim FC atau sebelum ini dengan nama Johor FC telah membuat satu impak besar dalam sukan bola sepak. Dengan membawa pemain import Daniel Guiza dari Getafe di bawah kontrak pinjaman dan Simone Del Nero dari pasukan Lazio adalah salah satu usaha pasukan Darul Takzim FC. Kaye sangat agaknya diorang ni. Bintang-bintang tanah air juga telah dibawa dari pasukan lain antaranya Safee Sali, kembar Aidil dan Zaquan, Kapten Harimau Malaya Safee Sali dan penyerang prolifik Harimau Malaya Matyo. Selain itu Fandi Ahmad juga dibawa dari Negara di seberang tambak, Singapura bagi melatih skuad elit ini. Hasilnya macam mana? Kalau tak boleh pergi jauh tak payah dah lah habiskan duit berjuta-juta untuk 1 pasukan je. Baik tingkatkan kualiti FAM terus. Tahi je semua tu beli player mahal-mahal. Main macam najis jugak.
Felda United FC
Pasukan bertaraf kelab ini adalah pesaing sengit di dalam Liga Super edisi 2012. Dengan melepaskan 2 pemain import mereka, pasukan yang digelar Budak Felda ini hanya menggunakan seorang pemain import sahaja iaitu Edward Junior Wilson dari Liberia. Adakah pada musim ini mereka akan menyengat dan memberikan saingan sama seperti musim lepas? Khabarnya latihan mingguan mereka adalah mengutip kelapa sawit bagi meningkatkan stamina. Antara pemain-pemain yang dibawa masuk adalah Penjaga Gawangdari Kedah, Helmi Eliza Elias. Tidak ketinggalan rakan dari kedah Amar Rohidan, Azmizi Azmi dan Fadly Baharum. Selain itu, Norizam Salaman dan Arif Fazlie dibawa masuk dari Pulau Pinang. Mungkin orang rumah K. Devan orang asal dari utara sebab itulah majoriti pemain yang dibawa adalah dari utara. Apakah taktikal K. Devan kali ini? Apakah rahsia di sebalik pengambilan orang utara. kita tunggu sepak mula.
Kelantan FA
Gelaran Treble pada tahun lepas telah membuktikan kepada kita bahawa Kelantan adalah kuasa baru dalam bola sepak tanah air. Walaupun jersi penuh dengan contengan dari pihak penaja, namun mereka tetap gah di dalam stadium. Dengan melepaskan Muhamad Ghadar, Bojan Hodak membawa masuk Dimitri Petratos secara pinjaman dari Sydney FC. Setakat pra musim ini, ternyata penyerang ini lebih dari mampu untuk menggantikan tempat Muhamad Ghadar. Setelah memenangi Liga Super 2 kali berturut-turut, adakah mereka dapat meneruskan rentak kejuaraan mereka. Dikhabarkan pihak tertentu telah menyarankan pihak berkuasa agar kerusi untuk penyokong Kelantan tidak disediakan. Mereka boleh bersila atau meniarap sambil menonton di stadium. Selain itu, kedai potong kereta diseru agar mendermakan kereta terpakai untuk diletakkan di stadium bagi tujuan dibakar penyokong Kelantan.
Lions XII
Sebagai pasukan pelawat, Lions XII dilihat sebagai pencabar Kelantan di dalam Liga Super musim lepas. Penyokong bola sepak tanah air masih dibayangi dengan kelincahan Shahril Ishak ketika AFF Suzuki Cup dalam perlawanan di mana Malaysia tewas di tangan Singapura. Dapatkah ketua pasukan Lions XII ini memimpin pasukannya pada musim ini? Stadium kecik tak bermakna tak hebat.
Negeri Sembilan FA
Awal musim liga Super 2012, Negeri Sembilan bermula garang dengan kelibat Effa Owona kerap kali menggegar jaring. Namun persembahan menjadi hambar dikala saingan liga semakin memuncak. Seperti lagu AC Mizal, "Apo kono eh jang" kita masih tertanya-tanya apakah yang terjadi di dalam skuad Negeri Sembilan. Mungkin Effa Owona terlebih makan masak lemak cili api sehinggakan 7 kali sehari keluar masuk jamban.Usaha memperkuat pasukan antaranya termasuklah membawa 2 pemain import, William Modibo dan Emanuel De Porras masing-masing dari Cameroon dan Argentina. Selain mendapatkan Penjaga Gol, Hamsani Ahmad, Negeri Sembilan juga membawa masuk Abdul Ghani Rahman dan S. Sivanesan dari Felda United. Divaldo Alves dari Persebaya telah dilantik selaku Ketua Jurulatih bagi memastikan harapan penyokong Negeri Sembilan tidak terkubur. Pihak pengurusan awal-awal lagi sudah berpesan kepada pemain import mereka agar menjauhi menu masak lepak cili api kerana tidak mahu kejadian sama berulang.
Pahang FA
Dollah Saleh yang juga bekas Jurulatih Selangor telah membawa masuk 3 pemain dari selangor bagi memperkuat pasukan Pahang. Razman Roslan, Azidan Sarudin dan Amirul Hadi Zainal dibawa masuk. Selain itu, Nikolce Kleckarovski (haram tak reti aku sebut) dan Mohamed Borji dibawa masuk dari Macedonia dan Morocco. Tidak banyak yang dapat diperkatakan terhadap pasukan yang baru naik divisen ini dan harapan peminat semestinya adalah agar mereka terus berada di Liga Super. Latihan intensif pasukan ini dikhabarkan adalah marathon merentasi Banjaran Titiwangsa hinggalah ke Tasik Titiwangsa di Jalan Pahang.
Perak FA
Pasukan yang cukup terkenal kerana masalah lampu limpah di stadium, pasukan Perak pada tahun ini dilihat membuat rombakan besar-besaran dimana seramai 18 orang pemain dilepaskan bersepah-sepah samada dijual, tidak ditawarkan kontrak baru dan bersara. Manakala seramai 11 orang pemain dibawa masuk termasuklah penjaga gawang Harimau Malaya ketika kempen AFF Suzuki Cup 2012, Farizal Marlias. Corak permainan yang dibawa Azraai Khor pada tahun lepas dilihat bermasalah pada jentera serangan dimana penyerang mereka gagal menyudahkan peluang terbuka. Ape jadah ade penyerang kalau top scorer pun midfielder. Mungkin Azraai Khor terpengaruh dengan corak permainan Chelsea yang mempergunakan Torres sebagai umpan sahaja. Kita dapat lihat Abdul Hadi Yahya dibawa masuk dari Terengganu dan Karim Rouani dibawa masuk dari Tero Sasana FC (Thailand) untuk digandingkan di bahagian serangan. Sepatutnya tak payah beli striker pun takpe. Beli Frank Lampard tu. Die midfield dan die boleh score. Alang-alang pak Roman taknak renew contract die kan. Sape ade no fon Azraai Kor bagi aku. Aku nak ketengahkan cadangan aku ni.
PKNS FC
Sebut je PKNS FC mesti teringat legend bola sepak kita iaitu Mokhtar Dahari. PKNS adalah tempat bermulanya karier beliau. Musim lepas meletakkan PKNS di pertengahan Liga Super menunjukkan mereka mampu bersaing dengan pasukan berstatus Negeri. Bertapak di Petaling Jaya, pasukan yang dikenali sebagai "Adik" kepada Selangor FA ini tidaklah mempunyai muka-muka besar untuk diketengahkan. Sekadar mempunyai beberapa pemain yang boleh dikatakan di penghujung karier seperti Rudie Ramli dan Nizarudin Yusof. Memanglah mereka berdua ini pernah di prestasi kemuncak suatu ketika dahulu. Mungkin pengalaman dari mereka yang diterapkan kepada anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim seterusnya menghasilkan permainan yang kompetetif di dalam Liga Super. Khabar angin mengatakan para pemain PKNS FC boleh mendapat diskaun dah harga percuma jika membeli belah di kompleks PKNS Shah Alam. Untung sungguh jadi pemain bola.
Selangor FA
Pasukan yang paling berjaya setakat ini setanding dengan pencapaian pasukan-pasukan terkenal Eropah seperti Liverpool, Manchester United, Barcelona, Real Madrid dan berbagai lagi. Dengan 32 Piala Malaysia, 5 Piala FA, 7 Liga Super, 2 Liga Perdana dan 5 Piala Sumbangsih cukup menunjukkan kehebatan Selangor. Bertapak di ibu kota Selangor, Shah Alam, pasukan yang bergelar Red Giant ini sekadar di tempat ketiga pada kempen 2012. Kali ini mereka membuat perubahan dengan kedatangan Penjaga Gawang kontroversi, Sharbine Alawi dari Terengganu dan fenomena AFF Suzuki Cup 2012, Mahali Jasuli bagi memperkuatkan pasukan. Dengan perginya Safiq Rahim mengejar wang ringgit di Johor, lilitan Kapten telah diberi kepada
pertahanan kanan yang berpengalaman dan juga penjaring gol penyamaan Malaysia pada Sukan Sea 2011 seterusnya memberi Pingat Emas kepada Malaysia, Asrarudin Putra Omar. Dengan kehebatan serta pengaruh beliau tidak hairanlah beliau mendapat lilitan kapten sedangkan Amri Yahyah lebih senior dalam pasukan Selangor. Irfan Bakti dijangka mengenepikan semua pencabar dari pasukan lain dengan menerapkan taktikal yang sangatlah canggih. Selangor dijangka juara Liga Super 2012. Kenapa?? Sebab Selangor power teramat.
PBDKT T-TEAM FC
Walaupun aku taktau ape maksud PBDKT tu tapi aku lebih senang memanggil T-Team. Kelab yang lahir di Terengganu ini ditubuhkan hanyalah 5 tahun lepas. Tapi pada 3 Tahun lepas mereka berjaya dipromosi kedalam Liga Super seterusnya melahirkan saingan kepada pasukan-pasukan Negeri yang lain. James Butler telah dilantik baru-baru lagi bagi menggantikan Yunus Alif bagi kempen Liga Super 2013 ini. Dalam merangka taktikal yang datang dari England, beliau membawa seorang awang import yang dibawa dari kelab Nottingham Forest iaitu George Boateng dari Ghana. Ya, benar Goarge Boateng pernah bermain di EPL bersama kelab Aston Villa dan Middlesbrough. Tapi pada pandangan aku ape lah sangat mamat umur 37 ni boleh buat? lutut pun dah longgar ade hati nak main bola.
Terengganu FA
Tenggelam dengan kuasa Kelantan di pantai timur, Terengganu bagai disuntik nafas baru setelah memenangi Piala Malaysia pada 2011. E. Elavarasan telah mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih daripada Peter Butler yang berhijrah ke T-Team. Apa yang boleh dilihat hanyalah kebodohannya di mana Forkey Doe selaku penjaring terbanyak skuad penyu dijual kepada sebuah lagi team paling hebat dalam Malaysia, Selangor. Tidak ketinggalan juga Abdul Hadi Yahya yang dijual kepada Perak maka lahirlah pasukan tanpa true striker. Nak harapkan Effa Owona, aku dah cakap tadi die terlebih makan masak lemak cili api dan tidak mustahil de Terengganu die overdose keropok lekor.
Ramalan:
Juara Liga Super: Selangor FA
Runner Up: bagilah Kelantan
Relegation: Darul Takzim & Pahang
Most Valuable Player (MVP): Fakri Saarani
3 Ulasan:
try harder. mcm baca berita hairan. bukan level sokernet.
Bodoh fakta pun salah nak ngentam orang. Do more research
Cabut kerusi, bakar kereta, jersi penuh contengan (btw, contengan berduit, takpe la...) LOL! Modal lama...
Catat Ulasan