ANDA SEDANG MEMBACA
11
1. Dunia memang kejam. Macam mana sebuah pasukan bolasepak yang memiliki pair midfielder terbaik di Malaysia, Piya dan Shakir, namun hanya mampu seri dengan pasukan yang meletakkan Safiq Rahim sebagai kapten. Sebagai pengubat duka, abang askar dan M-16 dipersalahkan.
2. Dunia memang kejam. Macam mana sebuah pasukan yang dentum dentam dikhabarkan paling cool di Malaysia, yang memiliki jurulatih tempatan terbaik, kemudian kalah dengan pasukan Amar Rohidan.
3. Dari melayan dunia fana yang kejam ini, ada baik kita luangkan sedikit masa melihat warkah dari pemain bengap tapi rajin belajar, Fakri Saarani.
" Pejam celik, pejam celik kini sudah hampir dua minggu saya berada di sebuah negara yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu.Nama Malaysia agak sukar untuk orang-orang di sini mengenalinya, tetapi bila sebut nama Melaka maka semua orang akan tahu kedudukannya.Begitu besarnya nama Melaka di bumi Portugal ini. Secara kebetulan, pengurus peribadi saya Faisal Zakariah orang Melaka, apalah lagi bukan main bangganya dia.
Bak kata pepatah Melayu, 'jauh perjalanan luas pemandangan.'Inilah yang saya alami sekarang ini, bukan hanya dapat melihat dunia malah dapat mempelajarinya dalam menempuh liku-liku kehidupan disini.Maklumlah hidup di negara sendiri semuanya mudah tetapi bila kita berada di luar segalanya menjadi susah. Kesukaran inilah yang akan mengajar kita erti kehidupan.
Saya bermain di sebuah kelab yang terpencil yang diberi nama Athletico Sports Clube Reguengos (ASC) yang terletak di sebuah pekan kecil di Reguengos De Monsaraz dan beraksi dalam divisyen tiga, Portugal.Walaupun kelab ini kecil tetapi saya teruja melihat kelab ini terurus secara professional. Walaupun pada mulanya hati saya berdetik, benarkah aku akan beraksi dengan sebuah kelab yang macam ini?
Maklumlah, melihat pekan yang kecil dan agak jauh terpencil maka tentunya saya akan berfikiran yang bukan-bukan.Ejen saya, Marco Guimaraes dapat merasakan sesuatu yang tidak kena difikiran saya lantas menerangkan secara lengkap mengenai kemampuan kelab ini.
Memang benar apa yang diterangkan oleh Marco Guimaraes jelas dan nyata.Hari pertama saya ingin memulakan latihan sahaja saya sudah dapat melihat bagaimana kelab ini terurus dengan rapi.Bermula dengan mengambil pakaian latihan dan seterusnya ke bilik persalinan, saya telah mula teruja dan seterusnya ke padang latihan.
Beza dan memang amat berbeza, sebaik sahaja latihan memanaskan badan bermula, dapat dilihat semua pemain serius serta memberikan tumpuan dalam latihan yang berintensiti tinggi yang memerlukan tahap disiplin yang tinggi.Boleh dikatakan tiada rehat, sentiasa dengan bola dan kelajuan serta juga memastikan teknik yang dibuat itu adalah sempurna.Semua orang bekerja. Dalam erti kata lain tiada siapa yang boleh curi tulang. Begitulah rutin seharian dalam setiap latihan.
Pada 6 Januari yang lalu, pasukan kami tewas 1-2 dengan pasukan Gusmentemor yang merupakan pendahulu liga.Saya tidak dapat beraksi didalam perlawanan ini kerana sijil perpindahan antarabangsa (ITC) belum dikeluarkan lagi, namun terus terang saya katakan saya belum bersedia untuk beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi saya tetap bersama-sama pasukan ke stadium tempat lawan.
Alhamdulillah, ketika saya sedang mengarang catatan ini, saya menerima perkhabaran gembira bahawa ITC saya berjaya diperolehi.Ini bermakna saya akan berada di dalam senarai pasukan untuk bermain. Sama ada saya akan berada di dalam kesebelasan utama atau pun dalam senarai pengganti tidak dapat saya pastikan.Namun, saya berkeyakinan tinggi bahawa saya akan dapat beraksi untuk perlawanan tempat lawan pada 13 Januari nanti untuk bertemu pasukan yang menduduki tempat kedua liga pada masa ini iaitu pasukan CF ESP Lagos.
Peluang saya untuk beraksi di dalam perlawanan ini amat cerah kerana berdasarkan kepada petanda di dalam latihan itu sendiri saya telah diberikan tugas untuk menjalani latihan bersama kesebelasan utama.Pastinya, saya perlu berusaha lebih gigih lagi agar saya terus mendapat perhatian dan kepercayaan pengurus pasukan berdasarkan merit.
Secara keseluruhannya, memang saya dapat rasakan perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan negara kita.Saya memohon kepada Allah, semoga tuhan memberikan saya kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya cabaran disini amat tinggi dan bukan tugas yang mudah untuk saya bersaing bersama rakan pasukan yang secara teknikalnya lebih baik dan lebih laju dari saya.
Sayalah orang yang bertubuh paling kecil dan terendah dalam pasukan ini walaupun ketinggian saya adalah 176 sentimeter.Saya menyeru kepada rakan-rakan dan pemain pemain muda negara untuk mencari peluang menimba ilmu dan bermain di luar negara serta tinggalkan seketika kesenangan dan kemudahan yang ada.
Insya-Allah banyak yang akan dapat kita pelajari dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari. Jadikan ia sebagai satu cabaran bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga kita bertemu dilain catatan. Salam buat keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia."
* Handal juga beliau menulis. Ini jasa dia pada bolasepak negara. Jasa kita apa? Baca buku hooligans?
Warkah Dari Fakri Saarani
racYnc
Khamis, Januari 17, 2013

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 Ulasan:
Amboi....main kasar nampak?
Don't mess with de yop ye....
Menulis begini pun dah taraf berjasa pada bolasepak negara? statement apa ni? Orang nak tengok hasil pada bolasepak negara, bukan hasil tulisan
Gua cakap fakta sesopan macam tu pun kira kasar?
Gua ada cakap tulisan ni berjasa untuk bolasepak negara?
Apa dah jadi dengan pembaca sokernet sekarang ni.
minx2 klo dia bjaya kat portugal nie kita leh menjajah portugal pulak..
Alah...nak berlawak pun tak leh....rilek la der...kalo lu ni awek,gua tak kisah kalo lu nak terasa pun...tapi kalo lu ni brader,takkan statement camtu pun nak terasa bro...tak macho la camni...statement gua tu dah lama org pakai utk gurauan dikalangan brader2...lu ni hati tisu betul la...gurau camtu pun nak emosi...
apa nak jadi la dgn penulis blog sokernet ni...
Just nice. Its really a good entry to be read indeed.
Sbnrnya, dunia bola sepak Malaysia yg kecil ni mestilah dihormati dr rakyatnye sendiri, dr segi peminatnya, dr segi intelektualnya, dr segi komitmennya & byk lg.
Aku even Johorean, tp aku ada gak kwn dgn org Kelantan, Perak, Pahang, Sabah, semualah, tp bila berkenaan sukan & politik, mmg terus keadaan jd tegang. Pdhal, semeja makannya, karok & lepaking sesama, kerja tmpt sama, lwn futsal pun ada yg 1 team, sepatutnya terima la seadanya if kalah-menang.
1st game JDT klh di tgn Pahang, its just unbelievable, Pahang main seolah2 mcm final, dgn fans yg seimbang kerancakan & suasananya, aku terima JDT kalah sbb Pahang mmg layak menang mlm tu. Aku rs level competent dlm MSL dh meningkat, sbb bukan org hanya bertaruh pd TRW, Red Giants, ATM & Negeri9 je, malah semua team ada kejutan masing2.
Ttg game Kelantan VS JDT aritu, sepatutnya pertembungan JUARA BERTAHAN vs Kelab Stars akn jd topik hangat bila bincgkan gol2 terbaik yg dihasilkan atau kehebatan GK masing2, tp lebih tertumpu pd sesuatu yg pd aku smpi hal dalaman negeri masing2 dipertaruhkan. Walhal, seri & game tersebut antara games pembukaan yg baik yg dpt semua rakyat tgk. Piya, Daudsu, Apex, Farhan seriusly power, aku pun xfhm apesal Apex je yg main Malaysia, tp dahlah, xpayah keruhkan keadaan. Wa pun makan nasi kerabu. Support team bola masing2 sudahlah. Penat bai, Johor tu dah buat clearance dlm management, yg dulu gila corruption, sbb aku pun ada main Johor FC bwh 15 - 17thn, tu sbb aku hormat TMJ sbb sedaya upaya naikkan balik nama Johor utk bg saingan kuat bukan ciptakan masalah "negara".
Dahla, saudara Muslim sekalian. Just living up the finest environment dlm MSL, tu pun dh cukup terbaek!
#pnjg sial.. Sorry brothers
cilakeee ezr..jenis melawan..gua tanya balik je, marah mendanye
mista maman, komen lu ni cantik kalau aku up jadi entry.tinggal edit2 sikit bagi sedap je.ko main jfc?kenapa tak main lagi?
Da jadi chatroom ke ape entry ni
Da jadi chatroom ke ape entry ni
Sape kat Malaysia Sape kat Portugal.....?
Biasalah, teman dihalang oleh parents yg nak teman ada future yg lebih konkrit gitu. Alhamdulillah masih aktif bersukan cuma bukan di peringkat professional.
Nak tanye, bukan Fakri ni train kat akademik Barca ke? Hmm... silap org kot...
Catat Ulasan