ANDA SEDANG MEMBACA

4

Misi Mencari "The Red" Sebenar

Jali Bah Jumaat, Februari 15, 2013


Liga Malaysia bukak balik lepas 3 minggu cuti, teruk betul FAM buat jadual ni. Malam ni Selangor lawan Kelantan, sama mantap sama jantan tapi hebat level ranking 159 je la, turun 1 lagi mata sebab kalah 2-0 lawan Qatar, FAM memang bangsat.

Aku tengok dua-dua ‘Red’ ni kualiti sama 50-50. Mungkin Selangor lebih bernafsu selepas menang 3-0 lawan Sabah. Forkey Doe pun dah jumpa balik sentuhan pemusnah, Amri Yahyah mungkin lebih power lepas dapat pengalaman mahal lawan Qatar, begitu juga dengan kapten baru, Asrarudin Putra dan Mahali orang besi yang cemerlang bersama Shakir di Doha. Main pulak di Shah Alam, kena ingat Tok Gajah patah kaki di sini. Cuma Selangor je satu-satu team yang dapat kalahkan Pahang (setakat yang aku tulis ni). Power betul Selangor ni.

Tapi Kelantan pun bukannya team cap ayam. Juara treble musim lepas boh. Turun dengan misi memperbaiki posisi dan memulihkan reputasi dalam liga bila tengok Pahang semakin angkuh di pentas liga. Cuma aku risau tengok Kelantan ni makin lama makin hilang taring. Bila ramai key player keluar, terkena tempias bangang Liverpool. Mungkin zaman emas The Red Warriors sudah sampai ke penghujung. Mungkin. Aku tengok lawan Felda United pun tak boleh makan. Lawan Pahang yang terlalu power lagi nanti, mahu tak jadi arwah kijang ni.

Mungkin game malam ni penuh debaran, hebat dan tak lari dari kontroversi. Dengan ramalan aku yang tak pernah salah, aku ramal game hebat ni seri 2-2.

4 Ulasan:

Mohamad Afiq berkata...

Booo....salah. 2-0. Ko mmg bangang. Tapi Kelantan lg bangang. Tackle mcm cilaka dan ref bias.

helmy berkata...

ref dengan ko same bangangnye

keli berkata...

Bangang bangang bangang

Manfaat Sejagat berkata...

dany armando. kami perlukan analisis bongkak anda sekarang.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...