Liga Malaysia bukak balik lepas 3 minggu cuti, teruk betul
FAM buat jadual ni. Malam ni Selangor lawan Kelantan, sama mantap sama jantan
tapi hebat level ranking 159 je la, turun 1 lagi mata sebab kalah 2-0 lawan
Qatar, FAM memang bangsat.
Aku tengok dua-dua ‘Red’ ni kualiti sama 50-50. Mungkin Selangor
lebih bernafsu selepas menang 3-0 lawan Sabah. Forkey Doe pun dah jumpa balik
sentuhan pemusnah, Amri Yahyah mungkin lebih power lepas dapat pengalaman mahal
lawan Qatar, begitu juga dengan kapten baru, Asrarudin Putra dan Mahali orang
besi yang cemerlang bersama Shakir di Doha. Main pulak di Shah Alam, kena ingat
Tok Gajah patah kaki di sini. Cuma Selangor je satu-satu team yang dapat
kalahkan Pahang (setakat yang aku tulis ni). Power betul Selangor ni.
Tapi Kelantan pun
bukannya team cap ayam. Juara treble musim lepas boh. Turun dengan misi
memperbaiki posisi dan memulihkan reputasi dalam liga bila tengok Pahang semakin angkuh di pentas liga.
Cuma aku risau tengok Kelantan ni makin lama makin hilang taring. Bila ramai key
player keluar, terkena tempias bangang Liverpool. Mungkin zaman emas The Red
Warriors sudah sampai ke penghujung. Mungkin. Aku tengok lawan Felda United pun
tak boleh makan. Lawan Pahang yang terlalu power lagi nanti, mahu tak jadi
arwah kijang ni.
Mungkin game malam ni penuh debaran, hebat dan tak lari dari kontroversi. Dengan
ramalan aku yang tak pernah salah, aku ramal game hebat ni seri 2-2.
4 Ulasan:
Booo....salah. 2-0. Ko mmg bangang. Tapi Kelantan lg bangang. Tackle mcm cilaka dan ref bias.
ref dengan ko same bangangnye
Bangang bangang bangang
dany armando. kami perlukan analisis bongkak anda sekarang.. haha
Catat Ulasan