ANDA SEDANG MEMBACA

9

This is Shah Alam!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Februari 17, 2013
Selangor megah di singgahsana takhta Liga Super setelah menang mudah 2-0 keatas Kelantan di Stadium Shah Alam. Formula 1 2 3 lompat zass yang dipraktikkan sebelum ini ternyata tidak dapat dibaca oleh pemain Kelantan. Ramzul Zahini Adenan, bekas pemain lebihan skuad Kelantan musim lepas menunjukkan kepada bekas pasukannya bahawa mereka silap besar kerana mengabaikannya. Crossing gaya Beckham yang dihantar tepat ke kepala Forkey Doe membuatkan Khairul Fahmi merenung tanah beberapa ketika. Tersentak dengan gol seawal minit ke-12 itu, Kelantan cuba melancarkan serangan kearah kubu Selangor. Tetapi ternyata status sebagai gergasi bola sepak negara membuatkan Selangor tenang mengawal keadaan. S Venod, Mahali, Ramez, dan Asra begitu mudah membaca pergerakan pemain Kelantan semudah membaca ABC. Ini dibuktikan dengan ketenangan mereka bermain short pass dan passing dekat-dekat melewati celah kaki beberapa pemain Kelantan. Para pemain Kelantan pula dilihat terkejar ke sana ke mari umpama mengejar bayang-bayang sendiri. 

Permainan mantap yang dipamerkan Selangor nyata menggamamkan mereka. Hantaran-hantaran tepat dari midfielder terus ke kaki Forward menggusarkan rentak mereka sehinggakan mereka kelihatan seperti bermain galah panjang di tengah padang. Wajarkah juara treble diperlakukan sebegini rupa? Melihatkan keadaan itu, jurulatih pasukan Kelantan, Bojan Hodak menukar taktikal mereka kepada permainan yang lebih agresif untuk mendapatkan bola. Ramai pemain Selangor yang dijatuhkan dan diterajang perut mereka kerana tidak tahan dibuli. Cara itu mengundang padah pada minit ke-26 apabila Selangor memperoleh sepakan percuma dari sudut kiri gol Kelantan. Tendangan yang diambil oleh Mahali ditanduk kemas oleh Ramez Dayoub untuk gol kedua Selangor. Khairul Fahmi sekali lagi terpinga-pinga dan tunduk merenung tanah, kali ini lama sedikit.

Gol kedua itu nyata membunuh terus semangat pasukan Kelantan. Penyokong mereka yang sebelum ini riuh dan mendabik dada dengan tiga piala terdiam sepi. Mujurlah mereka sudah membuang perangai lama mereka iaitu membaling botol ke tengah padang. Abang-abang polis yang ditugaskan mengawal tingkah laku mereka hanya memakan gaji buta sahaja. Peniaga-peniaga pula tersenyum lebar apabila penyokong Kelantan memborong semua barang makanan mereka akibat stress dengan permainan lemah yang ditonjolkan pasukan mereka. Babak kedua memberikan sedikit sinar harapan buat mereka apabila kapten fantastik, Piya dimasukkan. Tapi pemain Selangor peduli apa, dengan Piya Piya di'nutmeg' secara bersahaja oleh Ramez.

Selangor  kekal bermain tiki-taka sehingga ke wisel penamat untuk meletakkan mereka megah di puncak singgahsana Liga Super.

Sementara itu di Jalan Besar...

Lawan kita Selangor je, Selangor!
  

9 Ulasan:

Apek berkata...

Padu!

kobetz berkata...

semat.. xterkata..

Badang berkata...

Khairul Fahmi sekali lagi terpinga-pinga dan tunduk merenung tanah, kali ini lama sedikit.

Hahahaha...

keli berkata...

Piya di nutmeg secara bersahaja oleh Ramez. Agak-agak la weyyy....Kakakakakaa

bLaCx3n berkata...

hahaha

hantuLongkang berkata...

this is cilake! :D

talkIZcheap! berkata...

terus berlagak selepas menang dengan Juara Trebel... bagus, bagus...

Unknown berkata...

yolah kek shah alam kemain handa kau..poie paroi ngan atm pun kono tapau..ape cer

iampali berkata...

kurr kurr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...