ANDA SEDANG MEMBACA

7

Johor Palsu Diterajang Bertubi-tubi Di Shah Alam

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Mac 10, 2013
Perkara menerajang Johor ni bukanlah sesuatu yang asing bagi bola sepak Selangor. Tambah lagi Johor palsu. Benda-benda power macam ni memang tak boleh dilakukan oleh pasukan negeri lain. Shah Alam, stadium keramat yang menjadi saksi pasukan yang dibarisi bintang-bintang, dihentak berlipat oleh pasukan Selangor yang memang terkenal dengan permainan menarik dan bergayanya sejak turun-temurun.

Bermula seawal minit ke-4, S Kunalan meletakkan Selangor di hadapan menerusi satu permainan gaya senang yang tak boleh dilakukan oleh pasukan Pahang. Through pass dari Forkey Doe dikejar bagai peluru oleh Kunalan, seterusnya bertindak melambungkan bola masuk ke dalam gol, membuatkan Zamir Selamat lemas terkapai-kapai di daratan. Tersentak dengan gol awal itu, pasukan Johor Darul Takzim yang dilapisi ego penyokong-penyokongnya cuba bertindak balas namun begitu mudah dikawal oleh barisan pertahanan Selangor yang dengan tenang membuatkan Daniel Guiza berfikir dalam-dalam tentang tujuannya bermain bola sepak di Malaysia.

Selepas itu Selangor menguasai bola sepenuhnya sehinggakan budak-budak milo di tepi padang kelihatan seperti tiada kerja hendak dibuat. Mereka bertindak bermain timbang-timbang sesama mereka untuk menghiburkan hati yang bosan. Stadium Shah Alam kemudian bergegar lagi pada minit ke-23 apabila Forkey Doe menolak masuk hantaran K Soley bagi menjadikan kedudukan 2-0. Kali ini Zamir bukan sahaja lemas, malah rebah mengunyah rumput. Selepas itu Selangor bermain tiki-taka tiki-taka tiki-taka tiki-taka tiki-taka sampailah tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, para pemain bintang Johor Darul Takzim kelihatan takut-takut untuk masuk ke padang apabila melihat pemain simpanan Selangor berlatih tendang bola deras-deras. Berbekalkan semangat TMJ, mereka masuk juga meneruskan permainan mengejar bola mereka. Melihatkan perlawanan yang tidak seimbang dan pasukan Johor beraksi bukan-bukan, Irfan bakti mengarahkan pemain baru Selangor, Charappan (betul ke?) mendapatkan kad merah bagi memberi semangat melawan kepada pasukan Johor. Sesungguhnya ketakutan mereka memang berasas, kerana pada minit ke-67, Mahali Jasuli yang berang dengan penggantungan enam bulan TMJ, menambah luka yang sedia parah kepada pasukan Fandi Ahmad. One Two pass bersama Forkey Doe disudahkan dengan baik oleh Mahali membuatkan penyokong Johor di seluruh negara mengalirkan air mata. Selang seminit kemudian, Amri Yahyah yang tidak kurang berangnya dengan keputusan FAM itu merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 4-0. 4-0??? 

Persembahan hebat Selangor malam tadi seharusnya dijadikan tauladan oleh pasukan negeri lain untuk memantapkan permainan mereka. Selangor sememangnya boleh menambah jaringan lagi selepas itu bagi merampas kedudukan takhta liga, tetapi sebagai menghormati pejuang-pejuang negara di Lahad Datu yang masih berperang ketika ini, mereka membenarkan ATM untuk menduduki takhta sementara, dan cukup sekadar berpuas hati dengan empat gol sahaja.

Para pemain JDT kelihatan ceria sebelum diterajang.

7 Ulasan:

Hazwan berkata...

bukan ke dulu Selangor kena terajang dengan Kelantan kat SSA. Kena 5-1 beb wakakkaka

Unknown berkata...

Kalau nak cerita dulu, Kelantan adalah lubuk terajang bagi setiap negeri.

kobetz berkata...

kimbet lu.. wooi... slmt da abes percubaan... angkuh bagai iron man...
arghh!!!

keli berkata...

Amende la nak cite pasal dulu. Kalau nak citer pasal dulu Selangor ada 32.....ahhh malas gua nak citer panjang.
Yang penting malam tadi. Masa tinggal 10 player pun selamba je 2 bijik masuk.
Tapi Mahali punya volley terbaik beb.
Viva Selangor

ayobkelubi berkata...

steadylah SELANGOR!. hahahaha.

hantuLongkang berkata...

dulu liverpool pun power gila...kan?
sekarang pun...kan?

Badang berkata...

Kah kah kah..itu dulu hazwan...dulu..dulu..dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...