Buka kempen Europa League, niat aku satu aku nak tengok team power Chelsea main. Lawan Basel, Manchester United yang kononya juara 20 kali EPL pun patah kaki di sini. Biarpun piala ni level dia cap ayam, jadilah dari kabinet terus berhabuk tanpa trofi macam Arsenal.
Bermain sebagai satu unit yang kukuh, kuda tua back in the squad selepas tradisi squad rotation system dari Rafa. John Terry solid rock of London, macam biasa kapten. Ivanovic yang hampir putus tangan digigit Suarez gigi steady di tepi Terry macam biasa.
Bermain dengan corak bertahan, dengan formasi 4-3-3, tanpa Mata dan Oscar, Chelsea tetap hebat seperti biasa. Seperti diramal, team mana lagi yang skor dulu. Satu deflection header dari Ivanovic tepat ke kepala Mosses yang terus menerjah jaring goal Basel, satu stadium sunyi sepi ibarat dilanggar garuda.
Chelsea in front, 1-0.
Basel menyerang bertubi-tubi, tapi sayang semuanya menemui jalan buntu. Tak sangka Basel ini begitu mudah, semudah menentang JDT. Murat Yakin tetap tenang di tepi padang, mungkin terpukau dengan kehebatan chelsea yang begitu terserlah. Mohamed Salah yang dicanang sebagai pemain paling berbahaya, entah hilang di mana. Begitu juga Stocker yang kelihatan begitu mandul malam itu.
Babak kedua bersambung, Murat membuat double substitutions, tapi Chelsea masih steady, Juara Eropah baq hang. Tempo permainan bertukar rancak, tetapi jelas Basel lebih menguasai permainan. Basel membuat satu percubaan tepat yang hampir meragut dara Cech, menggegar tiang. Percubaan Diaz pula tinggi di atas penjuru kiri Cech. Chelsea membalas, tendangan Torres yang seakan masuk tiba-tiba keluar balik. Masih 1-0.
Menuju ke minit-minit akhir, Chelsea bertahan cukup kental, Basel mencuba di setiap inci sudut kanan dan kiri Chelsea. Untuk meredakan keadaan, Chelsea bermurah hati memberi penalti kepada Basel. Goal!! 1-1 di St.Jakob Park. Penyokong Basel seperti dirasuk, satu stadium bergema, flare dibakar, chants kedengaran di sana sini mirip situasinya dengan penyokong palsu di Larkin.
Basel semakin bernafsu menambah gol untuk melakar sejarah pertama kali masuk ke final Europa League.
4 minit tambahan masa.
Chelsea bingkas menyusun rentak, permainan menjadi lebih terbuka. 2,3 kali pintu goal Basel terselamat. Tapi sudah menjadi lumrah kalau dinamakan team hebat, bertahan hebat manapun Basel tetap kebocoran jugak.
Mosses dikasari, David Luiz mengambil sepakan. Yakin dan tenang, setenang Mahalli di Shah Alam dulu, tapi Luiz tidak memilih bangang seperti Mahalli. Seperti biasa, aku tengok cara Luiz ambik sepakan pun aku tahu memang masuk. Macam petang-petang aku buat selalu dekat kampung. Memilih untuk menendang leret, mencari sudut kiri dan Goal!!. 2-1. Sepanjang aku tengok bola, Cuma Ronaldinho yang boleh sepak goal free kick macam tu. Memang cukup menganjing untuk mana-mana goalkeeper.
Bekalan 2 goal ke Stamford Bridge, Amsterdam, kami datang!.
1 Ulasan:
cis berani ko kutuk basel?...basel tu bukan sekadar kelab..alah macam kelab2 lain yang kalahkan MU tu la...pun bukan sekadar kelab2...
bukan aku cakap...sokernet yang cakap...
Catat Ulasan