Pemain Real Madrid yang bertandang ke Stadium Signal Iduna Park, disambut dengan slogan Willkomen in der Hölle Real Madrid (welcome to the
hell Real Madrid). Ingat ultras Galatasaray je boleh buat sambutan macam ni?
Menurut Twitter salah
seorang pemain Real Madrid yang namanya dirahsiakan, suasana stadium ketika itu
sangat menggentarkan hati mereka. “Kami hilang fokus. Kami takut sampai
terkencing semasa berlari ketika bermain di sana. Mourinho pula terpaksa
menogok air holy water untuk memulihkan kekuatan”, kata petikan Twitter pemain
Madrid itu.
Barisan kesebelasan kedua-dua pasukan:-
Borussia Dortmund: Weidenfeller, Subotić, Hummels, Piszczek,
Schmelzer, Bender, Gündoğan, Götze, Reus, Błaszczykowski, Lewandowski.
Real Madrid: Diego López, Varane, Pepe, Ramos, Coentrão, Khedira, Özil, Alonso, Modrić, Ronaldo, Higuaín.
Real Madrid: Diego López, Varane, Pepe, Ramos, Coentrão, Khedira, Özil, Alonso, Modrić, Ronaldo, Higuaín.
Kedua-dua pasukan bermain dengan formasi 4-2-3-1, cuma yang membezakan
ialah Madrid bermain dengan dua “inside forward” iaitu Ronaldo dan Ozil di bahagian kiri dan kanan,
manakala Dortmund bermain dengan seorang “inside forward” iaitu Marco Reus
disebelah kiri dan Jakub Blaszcyzkowski sebagai “natural winger/wide midfielder”
disebelah kanan untuk memberi bantuan secukupnya kepada Lewandowski.
Perlawanan bermula rancak
tapi agak berhati-hati. Seawal minit ke-6, Marco Reus yang kelihatan malu-malu
ketika berlari, mengacah pintu gol Madrid dengan sepakan lemah yang sengaja
dilakukannya untuk mengambil mood perlawanan. Ronaldo pula yang sentiasa menjadi
sasaran “boo” penyokong Dortmund ketika menerima bola, kelihatan tertekan dan semacam
hendak menangis.
Pada minit ke-15, Ilkay
Gundogan menggunakan kekuatan badan yang kental hasil pergi gimnasium 4 kali
seminggu, dengan tangkas merampas bola dari kaki Sami Khedira, dan terus
menghantar bola kepada Marco Reus disebelah kiri. Reus yang sudah mula mendapat
mood dan hilang rasa malu, tanpa membuang masa terus membuat hantaran lintang
yang tepat seakan-akan disukat, disambut dengan bersahaja oleh Lewandowski yang
menghulurkan kaki untuk menjaringkan gol pembukaan Dortmund. Gol yang sangat
mudah. Rampas bola-pass-cross-gol. Pasal apa pemain Malaysia tak boleh buat
macam ni?
Selepas gol pertama itu, Mourinho
yang kelihatan gelisah gundah gulana bingkas bangun dari bangku pemain simpanan
dan mula buat-buat muka bengis di tepi padang untuk menakut-nakutkan para
pemainnya. Pemain Madrid pula mula menggelupur hilang punca seperti anak ayam
menetas tak cukup bulan.
Selang beberapa minit
kemudian, Madrid memperoleh sepakan percuma hasil ihsan pertahanan Dortmund, tetapi
tendangan Ronaldo dari jarak 25 meter ditepis sambil cekak pinggang oleh
Weidenfeller. “Sepak bola serupa pondan”, getus Weidenfeller dalam hati beliau.
Minit ke-43, Mats Hummels yang
menyedari perlawanan agak berat sebelah, sudah mula merasa bosan kerana
Dortmund asyik menyerang, dengan sengaja menghantar bola ke belakang kepada
Weidenfeller, tetapi berjaya dipintas oleh Higuain yang tanpa berlengah membuat
hantaran lintang rendah untuk Ronaldo menjaringkan gol penyamaan Madrid. Gol
tersebut disambut dengan gaya acah-acah hidup segan mati tak mahu oleh para
pemain Madrid. Mungkin takut kena baling dengan bola tenis oleh penyokong
Dortmund agaknya, seperti yang dilakukan oleh sekumpulan ultras “dua satu kocik
bonar, ompek satu sonyum lebar”.
Tamat separuh masa pertama,
Dortmund 1-1 Madrid.
Selepas sepak mula separuh
masa, pemain Dortmund tanpa membuang masa melancarkan serangan untuk mecari gol
kedua. Mereka sudah bertekad ingin mengajar pasukan bintang Sepanyol itu gaya bancuhan
bola sepak Jerman. Hasilnya pada minit ke-51, Lewandowski menyumbat gol kedua
hasil hantaran pukau yang dahsyat oleh Mario Gotze, yang secara tidak sengaja
merembat tapi bola tepat menuju ke kaki Lewandowski, yang sempat memusingkan
badan dan terus menguis masuk, membuatkan Diego Lopez terpinga-pinga semacam
tak percaya mudah sangat bola itu bergolek masuk. 2-1.
Pada minit ke-55, Lewandowski
yang sepanjang perlawanan sentiasa membuatkan Raphael Varane dan Pepe kelihatan
bengap setaraf pertahanan legenda sepanjang zaman pasukan JDT, Muslim Ahmad, dengan
penuh gaya dan bersantun mejaringkan gol ketiga merangkap hatrick beliau selepas
sekali lagi menerima hantaran lintang yang tepat ke kakinya. Beliau hanya
membuat tiga kombinasi pergerakan. Tahan, pusing dan rembat. Memang gol yang cantik persis gaya
penyerang klinikal berwibawa. Kalau pemain Malaysia, tahan, tahan, kawal, menggelepar tahan lagi, lepas tu rembat bola sampai ke satelit USSR. 3-1.
Selepas gol ketiga itu,
Dortmund kelihatan semakin menggila dan rakus menyerang. Setiap asakan
kelihatan sangat merbahaya. Pemain Real Madrid pula kelihatan semakin lemah dan
gementar untuk memegang bola kerana teringatkan mimik muka bengis Mourinho di
tepi padang. Mesut Ozil dan Luka Modric seakan-akan berjangkit dengan bangang
seorang pemain tengah pasukan palsu yang ketagih menghantar bola ke kaki lawan.
Ronaldo pula mungkin terlalu banyak menonton video gelecekan Azamudin Akil, yang
sering dirasuk saka monyet dan gemar terkinja-kinja ketika menggelecek. Mungkin
mereka takut dimarahi jika gagal menyempurnakan setiap hantaran. Kelemahan
mental pemain Madrid terserlah ketika ini.
Masuk minit ke-66, Dortmund
yang sudah malas memberi muka dan bersabar dengan aksi bangang pemain lawan, menyedari
lubuk Madrid disebelah kiri, terus mengasak ke kawasan itu. Marco Reus yang
mendapat hantaran cantik disebelah kiri pintu gol Madrid, dijatuhkan dengan
gelojoh oleh Xabi Alonso yang memaut pangkal leher Reus seperti hendak bercium. Pengadil tanpa teragak-agak memberikan sepakan penalti
kepada Dortmund. Lewandowski yang memburu jaringan keempat dalam perlawanan
itu, dengan mudah menjaringkan penalti apabila menendang padu bola ke tengah-tengah
pintu gol Madrid. Diego Lopez yang melayangkan badan ke kanan, kelihatan tersedu
sedan dan menyembam muka ke rumput menahan sebak melepaskan gol keempat.
Dortmund 4-1 Madrid!
Walaupun selepas itu
Mourinho yang sudah terbeliak mata dan berbuih mulut hilang sabar dengan aksi bangang
anak buahnya, terus memasukkan rangkaian serangan Karim Benzema, Angel Di Maria
dan Kaka dengan harapan untuk menambah gol di tempat lawan, namun pertahanan Dortmund masih
utuh dan santai bertahan. Benteng pertahanan Dortmund yang dikepalai Hummels
dan Subotic sempat bergurau senda dan bertukar-tukar senyuman dengan membuat
gaya gwiyomi di hadapan pintu gol menahan
asakan lemah penyerang Real Madrid yang bernilai puluhan juta Euro itu.
Pengadil sudah mula geram
dengan aksi main-main pemain Dortmund. Penonton juga dah naik kesian tengok
Mourinho terbelalak biji mata di tepi padang melihat aksi memukau pemain
Dortmund. Kedudukan 4-1 kekal hingga ke wisel penamat. Jurgen Klopp memberi tuisyen percuma kepada Jose Mourinho dan mengajar beliau apa maksud sebenar
“the special one” menerusi gaya bolasepak Jerman sejati.
Echte Liebe!
Lewandowski power! |
7 Ulasan:
Macam bangang !! haha
minggu yg sangat manis utk fans2 bundesliga..
mohon admin ulas gak match bayern vs barcelona..dgr2 barcelona kalah lebih teruk ya???apa sdah jadi dgn pmnang belon d'air????
Ini baru true tulisan pengulas sokernet!
Echte Liebe!!!
"Benteng pertahanan Dortmund yang dikepalai Hummels dan Subotic sempat bergurau senda dan bertukar-tukar senyuman dengan membuat gaya gwiyomi di hadapan pintu gol menahan asakan lemah penyerang Real Madrid yang bernilai puluhan juta Euro itu".
part yang paling kelakar.
rsanya final 2013 ucl boleh nmpk dah kot all-german final.
Dari El Clasico terus ke Der Klassiker.
Gua tak tengok sangat Bundesliga sebab time hampir sama dengan game EPL.
Gua agak bayern masuk final tapi Madrid dgn Dortmund gua tak boleh nak agak lagi.
Jadi Gwiyomi memang bangang.
@keli:
ko tak payah nak agak apa2 la...ko tau tak UCL tu apa?
bukan!..matlamat UCL bukan bermain untuk masuk europa league...itu kelab2 daerah manchester je yang buat...kalu ko pernah menang lima kali, itu lain cerita la :D
Catat Ulasan