Robin Van Persie |
Ramli memaki sambil mematahkan rokok yang sedang dihisapnya. Tidak cukup dengan itu Ramli memijak pula puntung rokok itu. Tetapi dia terlupa, dia di dalam rumah dan berkaki ayam. Puntung rokok yang masih berbara itu dilihat seakan tersenyum sebelum kaki Ramli mencecah padanya.
"Babiiii!!!!"
Ramli menjerit kesakitan. Dia terlompat-lompat menggunakan sebelah kaki. Matanya berair. Ramli sempat menjeling pada skrin TV nya, kelihatan pemain Manchester United, Robin Van Persie meraikan jaringannya. Ramli panas hati.
"Pukimak apa baru mula dah gol?!! Haramjadah!
Ramli dah pandai menggunakan perkataan lain untuk memaki. Semenjak musim pilihanraya ni, banyak betul perkataan cacian baru yang dipelajarinya selain daripada babi. Ramli pandai meggunakan setiap perkataan itu secara bervariasi mengikut keadaan.
Pagi itu Ramli tidak tenang. Dia tidak senang duduk memikirkan yang Manchester United bakal menjuarai liga kali ke-20 seandainya berjaya menewaskan Aston Villa. Ramli yang kesakitan sebelah kakinya duduk semula di sofa dan membelek kakinya.
"Ahh melecur pulak. Babi betul."
Ramli tidak pernah melupakan babi.
Ramli meneruskan tontonannya pada perlawanan yang dilihat tidak seimbang itu. Tidak seimbang kerana kelihatan Manchester United menyerang sejak dari awal permainan lagi. Pemain Aston Villa pula dilihat seolah-olah berserah sahaja dan tidak mampu melawan. Kawalan bola yang kemas dari para pemain United cukup menggusarkan hati Ramli. Ramli cuba bersabar dan bersandar pada sofa mahalnya. Dialihkan pula pandangannya ke dinding. Kelihatan kain rentang yang tertulis 'You'll Never Walk Alone'.
"You'll never walk alone kepala bana!"
Ramli berbisik di dalam hati. Sakit betul hatinya bila terpandang ayat keramat itu. Ahad semalam Ramli mengajak kawan-kawan Liverpool-nya untuk menonton perlawanan menentang Chelsea bersama-sama di rumah. Tetapi ramai yang memberi alasan tak masuk akal untuk tidak bersama Ramli. Mereka bimbang Ramli sawan tiba-tiba. Sudahnya, Ramli 'Walk Alone' di rumah menonton sendirian. Kebimbangan mereka sememangnya berasas apabila Ramli bertindak menggigit sofa sehingga sompek apabila melihat Suarez secara tiba-tiba menggigit lengan Ivanovic. Semangatnya jadi lain macam bila melihat kejadian itu.
Ramli mengambil kotak rokok diatas meja kaca di depannya. Ramli mendengus kerana rokoknya habis. Dipejamkan matanya rapat-rapat sambil mengetap bibir. Tiba-tiba...
"What a stunning amazing goal!!"
Ramli cepat-cepat membuka mata dan melihat ke TV. Van Persie sedang meraikan jaringan keduanya dengan mengangkat Rooney. Ulang tayang menunjukkan Rooney menghantar bola cantik dari tengah padang tepat kepada Van Persie yang kemudian membuat volley kencang kearah gol. Cantik. Memang cantik. Ramli terlopong. Air liurnya meleleh, matanya terbeliak. Ramli tersedar beberapa ketika kemudian.
"Babi!!!"
Ramli menjerit gila. Dibalingnya kotak rokok di genggaman kearah TV. Balingan itu membuatkan TV-nya terjatuh kebelakang dan pecah. Terkejut dengan kejadian itu Ramli menjerit histeria.
"Babiiiiiiiiii!!!!"
Jiran-jiran tiada di sebelah untuk menenangkan Ramli kerana mereka penat setelah mengikut kempen politik dan mendengar ceramah. Ramli menjerit keseorangan. Sudahnya Ramli menenangkan diri sendiri. Dia kemudian bangun dan menuju kearah TV-nya yang pecah sambil mendengus-dengus. Menakjubkan. Walau sudah pecah TV-nya masih terpasang dan siarannya masih ada. Ramli melihat TV itu memaparkan lagi ulang tayang gol Van Persie.
"Pranggg!"
Ramli terajang TV-nya. TV-nya senyap tak berkutik. Pandangan Ramli bengis dan melilau ke serata arah. Ramli bergerak menuju pintu dan mencapai kunci motornya lalu keluar. Ramli ingin ke 7e dahulu mencari rokok untuk menenangkan hatinya yang panas. Ramli mengambil masa yang lama untuk sampai ke kedai. Dia pusing-pusing dulu untuk menenangkan hati sambil mengambil angin.
"Babi babi babi babi babi" Ramli berzikir dalam hati.
Sampai sahaja di 7e Ramli membeli rokok Dunhill dua kotak. Ramli keluar dari 7e dengan senyum kerana makwe 7e senyum padanya sambil mengucap terima kasih. Ramli tenang. Tiba-tiba...
"Yeahhh woooooooo~"
Kedengaran jeritan kegembiraan bersahut-sahutan dan bergema. Ramli hairan. Dia menoleh ke sebelah kanan. Rupanya selang beberapa kedai ada mapley sedang menayangkan perlawanan Manchester United. Ramli jadi berdebar tak patut. Dia pantas berlari ke kedai mapley itu. Ramli melihat penyokong-penyokong Manchester United sedang menjerit-jerit gembira. Ramli lihat ke skrin. Rupanya perlawanan sudah tamat. 3-0. Serta merta pandangan Ramli jadi berpinar. Darahnya naik ke kepala. Bibirnya menggigil laju dan matanya naik keatas.
"Wuarghhhh!!! BABI!!!!!!!!!!!!!!"
Ramli sudah naik gila. Dia bertindak menyerang mamak yang sedang membawa air. Digigitnya lengan mamak itu sehingga putus. Ramli tidak puas lagi. Di depannya ada sekumpulan penyokong Manchester United sedang menyanyi. Mereka yang asyik dan leka menyambut kejuaraan pasukan tidak menyedari kerasukan Ramli. Ramli menerkam kearah mereka dan menggigit pula leher salah seorang penyokong Manchester United itu. Putus kepala.
Pelanggan yang ada di kedai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Menjerit-jerit. Keadaan sudah sangat tidak terkawal. Ramli sudah membunuh 3 orang...
10 Ulasan:
kah kah kah,...lawak
haha. lawak2.
nais danny
dlm diam ramli menyokong manchester united. dah tawar hati dgn liverpool agaknya
kahkahkahkah...BABI!!!!!!lawak sial
kesimpulannya: MU cuma sebuah kelab hina tanpa liverpool...siri ramli karangan adik danny kita ni membuktikannya..
tapi aku tak salahkan ko, danny..ko hanyalah penyokong MU semestinya perlu berakhlak MU..yang duk 'kah kah', 'lawak lawak' kat atas tu, akhlak MU anda juga harus dipuji..akhlak macam monyet :D
Aku terhibur...Terima kasih!
Yang baca post ni lepas sentap tak tentu pasal ni biasanya fan liverpool. Biasanya la. Mohon jangan gigit aku.
Kesimpulannya: BABI
haha.. ade sowg xgelak...kui3... berzikir ke ape? kah3..
Babi, ending dia mcam tergantung tak patut...
Wat 1 utk jdt style mcm ni
Catat Ulasan