Dalam era kelab bolasepak ghairah
mencari nama dan piala dengan kaedah “money can buy success”, “mee segera” atau
“cheat code” menukar nama pasukan seperti Chelsea (2003), Manchester City,
Paris Saint Germain dan Kepala Bana Bertiga, mereka terlupa elemen yang paling
penting, iaitu ketahanan dan keperitan sesebuah kelab untuk bertahan dalam apa
juga cabaran. Dengan cara susah payah inilah kelab-kelab yang menderita,
membina “fan base” yang original berteraskan semangat untuk bangkit, bukan
dengan cara didikan “bandwagon fans” ataupun “gloryhunter”.
Borussia Dortmund
Siapa yang tak kenal dengan
salah satu gergasi bolasepak Jerman ini? Kalau tak kenal, elok pergi rendam
kepala dalam mangkuk tandas sekarang. Sejarah Dortmund bermula seawal tahun 1909. Sejak
penubuhannya, kelab ini telah memenangi 8 kejuaraan Bundesliga. Ya, hanya 8
kejuaraan liga kerana saingan yang amat sengit dan terbuka antara kelab
handalan lain seperti Bayern Munich (23), FC Nuremberg (9), Dinamo Dresden (8),
Schalke 04 (7), Hamburger SV (6), VfB Stuttgart (5), Borussia Monchengladbach
(5) dan Werder Bremen (4). Seteru sampai mati Dortmund ialah Schalke 04 yang
dikenali sebagai “Revierderby”, manakala pertembungan dengan Bayern Munich
sering kali dianggap sebagai “Der Klassiker” ataupun dalam bahasa penjajah “The
Classic”.
Dortmund memenangi kejuaraan
liga pertama pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Oberliga West pada masa itu.
Mereka terpaksa tercirit menunggu 47 tahun untuk kejuaraan pertama! Betapa
sabarnya mereka membina pasukan dari bawah hingga memperoleh kejuaraan. Dortmund
mengekalkan kejuaraan Oberliga West pada tahun 1957 dengan majoriti pemain yang
sama. Tahun1963, Dortmund memenangi kejuaraan liga ketiga mereka sebelum
Oberliga West ditukar menjadi Bundesliga, dan kemudiannya bermulalah era kepala
bana Dortmund dalam liga domestik.
Walaupun Dortmund mengalami
zaman gelap dalam saingan Bundesliga, pencapaian mereka di dalam saingan Piala
Jerman dan di pentas Eropah pada ketika itu boleh dibanggakan, apabila telah
memenangi Piala Jerman pertama mereka pada tahun 1965, seterusnya Piala Antara Juara Eropah
(European Cup Winners Cup) pada tahun 1966 setelah menewaskan kelab penuh
sejarah tapi menderita sakit bangang sokmo, Liverpool 2-1.
Kejatuhan yang paling dayus akhirnya berlaku apabila Dortmund terjerumus ke 2. Bundesliga pada tahun 1972 akibat masalah kewangan yang teruk pada waktu itu. (Liga Divisyen Satu Jerman dikenali sebagai 1. Bundesliga). Walaupun berjaya kembali ke saingan 1. Bundesliga pada tahun 1976 setelah 4 tahun senak dirogol bergilir-gilir di liga bawahan, kelab ini terus mengalami zaman gelap kerana kekangan kewangan yang berterusan sehinggalah ke penghujung tahun 1980an.
Setelah lebih 10 tahun terseksa
dirogol, disula dan kadang kala di”threesome” oleh kelab-kelab gergasi Jerman
yang lain, dengan dendam yang penuh kesumat dan tersumbat, Dortmund bangkit
pada era 1990an apabila Ottmar Hitzfeld dilantik menggantikan jurubangang
sebelumnya, Horst Koppel. Pada 1993, Dortmund layak ke perlawanan akhir Piala
UEFA, tetapi tewas kepada kelab juara rasuah Itali, Juventus dengan agregat
6-1. Walaupun tewas pada perlawanan itu,
Dortmund berjaya membawa pulang DM25 juta hasil penyertaan mereka dalam
pertandingan peringkat Eropah. Dengan wang itulah mereka dengan cermat dan
sopan memancing pemain-pemain lebih berkualiti untuk membina pasukan yang lebih
kuat, bukannya dengan wang hasil tabungan dari kecil seperti yang dilakukan Rosmah
Mansor atau “cash injection” oleh Pak Arab dan taikun minyak Rusia atau taktik
“cheat code” menukar nama pasukan yang dipelopori oleh seorang anak raja
misteri. Hasilnya, pada 1995, Dortmund memenangi Bundesliga pertama mereka dan
mengekalkan kejuaraan berikutnya pada tahun 1996.
Kemuncak ejakulasi Dortmund
berlaku pada bulan Mei 1997, apabila sekali lagi bertemu dengan kelab rasuah,
Juventus dalam perlawanan akhir UEFA Champions League. Juventus yang ketika itu
dibarisi pemain-pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Angelo Peruzzi,
Alessandro Del Piero dan Fabrizio Ravanelli gagal menyaingi kehebatan Dortmund
yang dikepalai oleh Karl-Heinz Riedle dan Andreas Moller yang tanpa belas
kasihan merodok depan, belakang, kiri dan kanan pertahanan Juventus. Akhirnya,
setelah teruk dianjing-anjingkan, Juventus rebah menggigit tulang dengan keputusan
3-1 hasil dua jaringan Riedle dan satu sumbangan Lars Ricken, manakala gol
Juventus sumbangan Del Piero.
Disebabkan kadar hormon kuda
yang tinggi oleh pemain Dortmund pada waktu itu, mereka sekali lagi mengalami
puncak ejakulasi pada akhir tahun 1997 apabila menjuarai Kejuaraan Kelab Dunia
(Intercontinental Cup) pertama mereka dengan menewaskan Cruzeiro 2-0, dan
muncul kelab kedua dari Jerman memenangi kejohanan tersebut selepas Bayern
Munich.
Selepas tahun 1998, Dortmund
kehilangan rentak juara dan terpaksa bertapa memendam rasa selama empat tahun
sebelum kembali merampas gelaran Bundesliga ketiga pada tahun 2002. Namun
selepas itu akibat terikut-ikut nafsu berbelanja ciptaan Rosmah Mansor, Dortmund sekali
lagi mengalami masalah kewangan dan terpaksa menjual stadium mereka,
Westfalenstadion untuk menampung kos perbelanjaan kelab. Pada tahun 2003,
kerana rasa kasihan dan ingin menganjing, Bayern Munich melupakan perseteruan
mereka lantas meminjamkan Dortmund 2 juta Euro bagi meringankan beban hutang.
Pada tahun berikutnya, Dortmund terus menderita dan lemas dalam lautan hutang
sehingga terpaksa pula menjual pemain bintang seperti Tomas Rosicky dan David
Odonkor untuk mengimbangi buku akaun, sebelum Cristoph Metzelder tanpa rasa
belas kasihan, meninggalkan kelab secara percuma.
Tetapi seperti dipanah
halilintar, pada Mei 2008, seorang genius yang gemar meminum susu kocak Dutch
Lady sebelum perlawanan bernama Jurgen Klopp telah dilantik menggantikan
seorang lagi jurubangang terdahulu Thomas Doll. Berkat daripada benih genius dan
zat susu Dutch Lady inilah, Dortmund kembali bangkit membina legasi pasukan
juara. Setelah menggeletar dan berbuih mulut menunggu hampir sembilan tahun,
akhirnya pada musim 2011, Dortmund kembali mengucup kejuaraan Bundesliga hasil
kerahan tenaga pemain muda berteknologi hybrid seperti Mario Gotze, Neven
Subotic, Nuri Sahin, Mats Hummels, Robert Lewandowski, Shinji Kagawa, Ilkay
Gundogan dan ramai lagi.
Akibat tenaga teknologi
hybrid dan zat susu Dutch Lady yang tidak terbendung oleh anak-anak muda ini, natijahnya
Dortmund sekali lagi terlajak menjulang kejuaraan Bundesliga pada musim 2012.
Tetapi pada musim ini, kejuaraan mereka lebih manis semanis air Red Bull Honey apabila
mencatat gelaran berganda setelah menundukkan Bayern Munich 5-2 dalam
perlawanan akhir Piala Jerman.
Seperti pepatah Melayu-Inggeris
yang dipinjam oleh orang Jerman, “I thought the sunny day will last long, but
it is raining in the afternoon”, pada tahun 2013, Dortmund sedikit terumbang
ambing di dalam Bundesliga dan terpaksa akur dengan kehebatan Bayern Munich.
Ini juga mungkin salah satu cara Dortmund ingin membayar hutang 2 juta Euro
yang dipinjamkan oleh Bayern pada tahun sebelumnya. Walaupun mereka sedikit
goyah dan bergelut dalam saingan domestik, namun pada saat dan ketika ini,
Dortmund masih berjuang dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan
bakal berdepan Real Madrid.
Begitulah perjuangan Borussia
Dortmund. Mereka jatuh, miskin papa kedana, mengemis, jual stadium, meminjam
duit seteru utama dan kini terus bangkit kembali. Tidak sekali-kali mereka
mengamalkan “cheat code”, menggunakan
alasan “rebranding” dengan menukar nama pasukan atau hasil suntikan dana
jutawan minyak dan Pak Arab untuk maju ke depan dan mengecap kejuaraan. Echte
Liebe!
Hitam Kuning kebanggaan Jerman |
14 Ulasan:
Naisssss
teruknya kewangan dortmund masa tu sampaikan nak ambik nuri sahin dari airport pun takde bajet
dah lama tak jumpa bacaan ilmiah kt sokernet..tahniah!
finally korang kembali dengan entri berilmiah. seronok aku baca.
pada pendapat aku, bisnes susu kotak ni memang lumayan sebenarnya..nak2 kalu susu awal lembu..yang lembu menyusu 9 bulan, 1 bulan pertama susu lembu jadi lebih bagus tu..
huiiyooo...cayalahh!! ada gak org lain sokong dortmund kat mesia nih selain aku dan kawan2 sepelajaran aku di dortmund dulu...hehe...terbaikk!!!
naisss artikel. dah lama tak baca artikel ilmiah. btw accurecca ni pengulas baru ke?
Masa stadium kena jual tu diorg main kt padang majlis daerah ek
oooo...lebey kurang MU la dortmund nihh
Gotze dgn Lewandowsky join bayern pun salah satu cara membalas budi gamaknya.
Colostrum.
Catat Ulasan