ANDA SEDANG MEMBACA

3

Piala Konfederasi : Cinta Antara Benua

racYnc Selasa, Jun 25, 2013

Entri ini sebenarnya di hasilkan sejurus selepas game Spain membelasah Tahiti 10-0. Namun baru siap disebabkan banyak faktor seperti sibuk bekerja, idea tetiba hilang, tengah menulis tetiba rasa nak makan megi dan tak lupa juga bila tengah menulis tetiba rasa nak terberak lalu tumpuan hilang di situ. At the end, nothing else matter.

Mundialito (Little World Cup) 1980


Sejarah evolusi Piala Konfederasi boleh disingkap sedari 1980 apabila kejohanan Mundialito dianjurkan. Piala ini turut dikenali sebagai Worlds Champion's Gold Cup (Copa de oro de Compeones Mundialis) yang berlangsung di Montevideo, Uruguay.

Asalnya kejohanan ini dibuat bersempena ulangtahun ke-50 Piala Dunia yang telah berlangsung di negara yang sama pada tahun 1930. Negara bekas pemenang Piala Dunia dijemput menyertainya seperti Brazil, Argentina, Italy, Uruguay, German Barat dan England. Namun England dengan tegingnya menolak untuk menyertai kejohanan ini dan digantikan oleh Belanda (Naib Juara Piala Dunia 1974&1978).

Kejohanan ini telah dimenangi Uruguay setelah mengalahkan Brazil 2-1 di final.

King Fahd Cup (Intercontinental Championship) 1992 & 1995



Pada Oktober 1992, piala ini berevolusi pula sebagai King Fahd Cup (Confederations Winner Cup atau Intercontinental Championship), di anjurkan oleh Persatuan Bolasepak Arab Saudi dengan menjemput beberapa juara bolasepak dari setiap benua di dunia. Pada edisi kali ini, ianya hanya disertai oleh 4 negara iaitu Arab Saudi (Juara Asia 1988), Argentina (Juara Copa America 1991), Ivory Coast (Juara Afrika 1992) dan USA (Juara CONCACAF 1991).

Seperti diduga, skuad Argentina berjaya menjuarai edisi 1992 dengan mengalahkan Arab Saudi 3-1 di final. Team Argentina masa ni memang power dibarisi beberapa lagenda seperti Batistuta, Redondo, Caniggia dan Simeone. Tak kenal Batistuta? Pergi hentak kepala kat dinding sana.

King Fahd Cup diteruskan pada Januari 1995 dan disertai oleh 6 negara. Denmark yang secara 'diam diam ubi berisi' berjaya menjuarai edisi kali ini dengan mengalahkan juara bertahan Argentina 2-0. Dunia menyaksikan pula kehebatan 'Laudrup Bersaudara' pada edisi kali ini.

Piala Konfederasi



Melihat pada momentum populariti kejohanan ini yang meningkat naik, akhirnya FIFA telah membeli hak penganjuran kejohanan ini lalu menukar namanya kepada Piala Konfederasi (FIFA Confederation Cup) namun tetap dianjurkan di Arab Saudi pada 1997.

Pada edisi kali ini, Brazil yang dibarisi kombinasi otai seperti Romario, Dunga, Cafu serta wonderkid seperti Denilson dan Ronaldo telah menjadi juara setelah meMelakakan Australia 6-0 di final. Namun kejutan terbesar dibuat oleh pasukan Socceroos yang berjaya mengalahkan Brazil pada peringkat kumpulan sebelum melangkah penuh bergaya ke final.

Beberapa fakta power mengenai Piala Konfederasi:

  • Juara seterusnya adalah Mexico (1999), Perancis (2001 & 2003) dan Brazil (2005 & 2009).
  • Hanya Mexico(1999) dan Perancis(2003), berjaya memenangi kejuaraan piala ini di tempat sendiri.
  • Setiap wakil benua pernah mencatat sejarah melangkah ke final, termasuk Socceroos (wakil Oceania ketika itu) yang menjadi kejutan terbesar.
  • Lagenda Brazil, Dida menjadi pemain yang beraksi paling banyak di kejohanan ini dari tahun 1997 ke 2005 dengan jumlah 22 perlawanan.
  • Blanco(Mexico) dan Ronaldinho(Johor) menjadi penjaring terbanyak gol kejohanan ini sepanjang zaman. Namun berjaya dipecahkan Fernando Torres (ketika entri ini dibuat).
  • Bermula 2001, kejohanan ini telah berevolusi lagi apabila ianya hanya akan dianjurkan oleh negara yang telah memenangi bidaan penganjuran Piala Dunia. Cerita mudah kiranya sebagai sesi pemanas badan terhadap negara penganjur Piala Dunia yang akan berlangsung pada tahun seterusnya.
  • Piala Konfederasi kebiasaannya menjadi medan untuk pasukan kuasa bolasepak dunia melakukan eksperimen pemain dan taktikal terhadap pasukan mereka sebelum mengharungi kejohanan lebih utama (Piala Dunia). Namun jangan kau samakan dengan eksperimen tak sudah dari K Rajagobal. Itu cerita lain.
  • Pada edisi 2013, hanya pasukan Tahiti yang merupakan newcomer, yang seterusnya terus berjaya menjadi Tahi.
  • Edisi 2003 menyaksikan episod paling hitam buat Piala Konfederasi apabila midfielder Cameroon, Marc Vivien Foe pengsan ketika separuh akhir menentang Colombia. Beiau disahkan mati akibat sakit jantung.
  • FAM meramalkan Malaysia akan masuk kejohanan ini juga suatu hari nanti. Kau percaya, kau bangang.


Ok, aku nak melawat orang meninggal ni. XOXO.

3 Ulasan:

Unknown berkata...

Hahahaha seperti biasa, lawak pedas dan tajam.

Unknown berkata...

Okay.. ayat 'meMelakakan Australia' tu memang legend..

zaileefd2 berkata...

Bebudak JDT pecaye kalau cakap JDT dapat 3 bintang dari tornament ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...