29 Jun lepas, Stadium
Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi venue
majlis tahunan Kelantan. Majlis Menjulang Piala. Untuk pengetahuan semua, majlis ini sememangnya
dianjurkan Kelantan bagi melengkapkan legasi keangkuhan sebenar dan memberitahu
khalayak ramai “who’s the boss”. Seperti mana majlis puja umur, majlis ini
dianjurkan setahun sekali. Hanya pada tahun 2012 Kelantan mengadakannya sebanyak 3
kali sebagai satu kelainan akibat prestasi pasukan lain yang agak hambar.
Sejujurnya, aku jemu dan
muak dengan majlis ini. Tiap-tiap tahun nak buat. Bayangkan la, sepak bola
sambil lewa, taktikal MSSM, tapi boleh buat majlis jugak.
Pada Majlis Menjulang
Piala FA baru-baru ini, Kelantan telah menjemput rakyat Johor. Ini sebagai satu
khidmat komuniti memandangkan mereka sudah lama tidak memunculkan diri dalam
arena bola sepak. Kalau ada pun sibuk menonton EPL hujung minggu. Mereka
bersesak-sesak memenuhi stadium untuk melihat sendiri betapa dahsyat dan betahnya
pasukan bernama Kelantan ini dalam menjulang piala. Sebagai tanda penghormatan
untuk pasukan Kelantan, orang Johor membariskan badut-badut yang professional sebagai penyeri sebelum ke majlis utama selama 90 minit. Aku sangat terhibur
dengan persembahan lawak sarkis dari Safiq Rahim dan Mat Yo. Geli hati bila ingat balik gerakan-gerakan hilang akal seperti memusing bola menggunakan hidung serupa anjing laut. Padu dan amat bertenaga. Namun sedikit kecewa dengan badut serba boleh, Safee
Sali yang hanya meluangkan 15 minit menghiburkan jemputan.
Perjalanan majlis
berjalan seperti biasa dengan nyanyian, tarian, dan pembakaran suar oleh
jemputan yang diundang. Sungguh seronok mereka dijemput untuk edisi kali ini.
Kegembiraan jelas terpancar setelah sekian lama menjadikan Stadium Bukit Jalil
sebagai persinggahan naik bas sahaja. Kali ni mereka boleh masuk pula untuk
menonton majlis menjulang piala. Terima kasih orang-orang Johor.
Selepas 90 minit
dihiburkan, Kelantan menjulang piala seperti biasa. Cliché.
***********
Acara menjulang piala
yang wajib ini akan diteruskan lagi apabila kejohanan Watson Piala Malaysia
membuka tirai pada 20 Ogos depan. Maknanya acara selepas ini ialah acara
menjulang Piala Malaysia pula. Sebagai penyokong Kelantan iaitu finalis yang
menunggu, aku juga memberi perhatian pada majlis pengundian siang tadi.
Kelantan ditakdirkan menghuni Kumpulan C bersama adik-beradik dari pantai timur
iaitu Terengganu dan Pahang selain saudara dari Negeri Sembilan. Aku syak ini
ialah strategi yang dirancang Kelantan memandangkan Pahang, Terengganu, dan
Negeri Sembilan ialah pasukan yang diketahui paling kuat di galaksi bima sakti.
Pasukan power kena ada bersama yang power.
Ramalan yang berat
sebelah aku pula menjangkakan Kelantan bakal bertemu sama ada Lions XII atau
Sarawak setelah selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan. Cabaran yang juga
kecil. Selangor yang masih dimomokkan tanpa jemu dengan Misi 33 juga tidak akan
menjadi dugaan. Bagaimana senangnya menyuap roti canai setiap pagi, begitulah
juga senangnya Kelantan menang andai berhadapan dengan Selangor. Tenang.
Akhir kata, kita bakal melihat siapa
pula yang Kelantan undang ke Bukit Jalil untuk Majlis Menjulang Piala kali ni.
Mungkinkah orang Johor sekali lagi. Atau mungkin episod tahun lalu bakal
berulang yang menyaksikan Kelantan menjemput ATM.
Sama-sama kita nantikan.
7 Ulasan:
kelantan hanya hambar di awal musim.. kemelut dalaman pengurusan, pertukaran pemain, pengurusan dan kerenah FAM Yang bleh dikatakan punya player down teruk, mencari keserasian, susunan rentak, terutama import baru.. skali imbas srupa dengan kisah Ghaddar di awal musim 2012 dulu jugak, akhirnya membuahkan hasil. aku bangga sangat dengan kegemilangan Piya berbanding tahun tahun sebelumnya. tahun ni lebih menyerlah. harap WPM musim ni lebih menjanjikan kelainan dan terus bangkit demi kekalkan Piala dibumi klate..
power.power.power
lepas grup stage kelantan akan lawan sarawak atau lions12 ?? ni turutan spender celah mana dia ikut ni ?? pemenang grup C (dah confirm kelantan) akan lawan naib juara grup B di suku akhir,nampak sangat tak tengok jadual.
baris kedua, 29 mei lepas final piala FA ?? go home ur drunk
merepek tu tak salah..tapi kalu merepek berselirat macam ni orang tau ko hisap dadah...
kalu nak selamat, ko cakap je terengganu juara WPM'13, semua akan sujud syukur tanda setuju :D
@Aiman Fadzran:
engkau pun hisap dadah jugak?..
Ada ritual pembakaran truck polis & stadium tak? Nak join!!!!
power zailee LC. power nakharun. gaya tulisan yang tenang dan tiada unsur kegelabahan tetek.
Kelantan brape kali juara piala malaysia?HEHEHE...PUI..!
Catat Ulasan