ANDA SEDANG MEMBACA

5

Misi 33 Bergaya

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Sabtu, Julai 27, 2013
Zaman bergaya


Watson Piala Malaysia

Watson kepala bana dia. Dah takde ke syarikat gergasi lain yang sanggup menaja Piala Malaysia ni? Kenapa syarikat penjual kondom perisa pisang menaja bola? Apa kaitan mereka dengan bola? Kenapa kejohanan yang begitu agung ni direndahkan martabatnya sampai begini sekali? Salah siapakah ini? Salah JDT jugak kah?

Persetankan nama tu. Kita fokus ke Piala Malaysia. Sebenarnya aku tak kalut sangat bab undian ni. Letaklah Bayern Munich ke Barcelona ke main dalam Piala Malaysia, sudahnya Selangor jugak yang juara nanti. Aku cakap ni bukanlah nak cakap kosong ke cakap besar ke, tapi benda boleh nampak dah. Nak harapkan sape lagi boleh juara ni? Kelantan dah lemau, Pahang dah boleh tolak tepi, JDT engkau tak payah cerita la, Perak hmmm... Sudahnya yang berentap final nanti Selangor dengan Singapura je la. 

Beberapa tahun kebelakangan ni rakyat Malaysia dihantui dengan frasa 'misi 33' yang dibawa Selangor. Misi 33 ni umumnya adalah satu misi untuk memenangi Piala Malaysia kali ke-33 setelah 32 kali menjuarai kejohanan ini dengan 'bergaya'. Kalau dah kata bergaya dah tentulah nak menang pun dengan punuh gaya kan? Kalau setakat lawan Negeri Sembilan, Kelantan atau Perak, lepas tu juara mana ada bergaya. Jadi dengan kembalinya pasukan Singapura ke kancah Piala Malaysia, mereka akan membantu melengkapkan misi 33 Selangor dengan sangat bergaya. Kau nampak?

Benda ni penyokong Selangor je yang nampak, penyokong lain mana boleh fikir sejauh tu. Buktinya kau tengok la nanti Stadium Shah Alam sunyi masa perlawanan peringkat kumpulan. Sebab mereka dah tahu yang Selangor akan ke final, jadi mereka hanya penuh masa final je la nanti. Nampak tak tahap IQ genius penyokong Selangor ni macam mana? Tak payah kau terkinja-kinja macam beruk awal-awal sudahnya terkandas peringkat kumpulan, terkandas suku akhir. Ke macam mana?

Kah kah kah


5 Ulasan:

Unknown berkata...

tiap tiap musim sembang dengan misi 33.. 33tahun akan datang pun belum tentu tercapai misi ni kalau asyik berangan dan mimpi disiang hari. selagi FAM berkuasa, jangan harap bola malaysia nak maju.. undang undang sampah yang menyusahkan, duit, bookie, sudahnya piala berpindah ke seberang tambak. nasib baik aje kelantan masih kebal dan hanya hambar diawal musim..

Apostolos Velios berkata...

kau tahu glory hunter tu ape ?? time grup stage,suku akhir,separuh akhir tak mau datang stadium tengok game.bila dah sampai final baru sibuk nak mengaku dia asal dari negeri tu dan claim negeri dia power main bola.

hantuLongkang berkata...

ko cerita pasal kandas peringkat kumpulan ni, budak2 manchester je yang paham sebenarnya...jadi nak dipendekkan cerita, daki selangor akan kekal setebal 33 lapis tahun ni...tapi takpe...sebab selangor pun bukan sekadar kelab :D

Unknown berkata...

Zaman back pass pn kira jgk?

Azhanhizan berkata...

32 banyak tu...ada ke team lain yg hampir dgn 32 tuh?Huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...