ANDA SEDANG MEMBACA

4

Selamat Tinggal 'Hassan Kepada James'

Unknown Sabtu, Julai 27, 2013
Sesebuah negara yang mempunyai potensi untuk menjadikan sesebuah jenama itu maju dan boleh mendatangkan keuntungan adalah negara yang mempunyai populasi penduduk yang besar, Indonesia misalnya. Tetapi idea tersebut boleh dipertikaikan kerana, selain dari populasi penduduk dan pengaruh bolasepak yang kuat di negara tersebut, ia juga berkaitan dengan sistem dan kualiti pengurusan.

Aku fikir, tentang itu, Malaysia lebih mendahului Indonesia walaupun populasi penduduk Malaysia hanya suku daripada keseluruhan penduduk Indonesia dan tidak sefanatik penyokong Indonesia walaupun kita mempunyai beberapa kelompok penyokong seperti Ultras. (Sebenarnya Ultras lebih lama wujud di Indonesia)

Kerana itu, beberapa kelab eropah ini, lebih memilih Malaysia kerana selain dari apa yang aku sebutkan tadi, ia juga berkaitan soal lokasi yang strategik.

Fakta yang harus diketahui, kehadiran beberapa kelab eropah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, adalah merebut peluang untuk penghasilan berjuta pound sterling dan pound-pound yang lain. Jika di Indonesia, kebanyakkan penyokong masih tidak tahu tentang perlawanan yang di iktiraf atau tidak seperti menentang Chelsea, tetapi kita di Malaysia sudah lama mengerti. (Soal sponsor yang mengaturkan perlawanan bukan PSSI, pun di maki hamun oleh mereka di sana, tepuk dahi aku lihat)

Pengalaman lalu yang tidak membawa apa keuntungan atau kelebihan terhadap mutu bolasepak Malaysia sendiri membuka mata semua penyokong Malaysia. Mungkin kerana bosan dan menganggap ianya satu perlawanan tongong, kehadiran penyokong yang menyaksikan perlawanan menentang Chelsea tempoh hari hanya menampakkan lebihan kerusi di celah-celah hujung stadium sana. Jualan tiket yang tidak mencapai target punca kenapa aku berkata demikian. Kalau main dekat Stadium lain, aku jamin full, pang cuba!

Malaysia vs Chelsea

Aku fikir, pemain-pemain tipikal Rajagopal yang bermain ini hanya dua benda yang berlegar di kepala mereka. Kalah secara bermaruah atau kalah secara bangang. tetapi bagi aku secara lahiriah dan objektif, aku terus konsisten memilih kalah secara bangang. Terbukti bukan?


2003, tahun pertama Chelsea datang ke Malaysia untuk kejohanan Premier League Asia Trophy yang menyaksikan dua lagi kelab iaitu Newcastle United dan Birmingham City selain dari Malaysia yang bermain untuk merebut juara kejohanan edisi pertama itu. Malaysia yang  diketuai oleh penjaring tunggal Malaysia untuk 3 perlawanan ketika itu, iaitu Hairudin Omar mengekalkan status kalah secara bangang yang menjadi tradisi kepada bolasepak Malaysia. Aku masih ingat, tandukan Hairudin Omar yang  menerjah gawang Chelsea mendapat liputan yang meluas di semua akhbar Malaysia. 

Televisyen beberapa kali mengulang tayang gol tersebut dan menyoal pemain tersebut mengenai perasaan menjaringkan gol serta apa yang difikirkan ketika bola menuju ke kepala walaupun Malaysia tewas pada perlawanan menentang Chelsea itu.

Tahun 2013, situasi gol yang hampir serupa pada 2003 terjadi lagi, gol melalui tandukan Fadhli Shas di hujung-hujung minit perlawanan pada ketika pemain Chelsea sudah memikirkan untuk berhibur di mana selepas perlawanan tidaklah mengejutkan. Tetapi agak merisaukan aku, adakah soalan "apa yang anda fikirkan ketika bola menuju kepada anda?" oleh wartawan kepada Fadhli Shas akan muncul? 

Dan ketika itu aku sudah membayangkan sebijik cawan di rumah aku pecah bila membaca soalan tersebut di surat khabar.

Bila mengenangkan gol yang selalu di ulang tayang di televisyen iaitu 'Hassan kepada James' yang pada suatu ketika dahulu menjadi fenomena, agak merisaukan aku juga, adakah gol Fadhli Shas ini juga bakal menjadi lagenda untuk 20 tahun lagi sementara bolasepak Malaysia masih mengekalkan status bangang?

Selamat tinggal 'Hassan kepada James'


4 Ulasan:

zaileefd2 berkata...

suke betul main nostalgia

Chaeo berkata...

Bila nk bg fadli pingat dato melaka?

Apostolos Velios berkata...

baru nak hadam cerita ni dah habes

hantuLongkang berkata...

pecah cawan pecah gelas..
lepas baca, cawan pecah kasi kemas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...