ANDA SEDANG MEMBACA

2

Sekali Ayam Selamanya Ayam : Arsenal 1 - Tottenham 0

Gaya mutu keunggulan


INTRO

Kelmarin, dua derby termahsyur di England iaitu North London Derby (Arsenal vs Tottenham Hotspur) dan North West Derby (Liverpool vs Manchester United) melakar dua keputusan yang sama di mana kemenangan berpihak pada tuan rumah dengan kelebihan satu jaringan sahaja.
Ketika artikel ini ditulis para penyokong Tottenham dilihat natural sebagai tanda akur penuh pasrah dengan kehebatan Arsenal manakala situasi berbeza melanda kem Manchester United. Penyokong-penyokong mereka langsung tidak merahsiakan perasaan sedih, hiba, pilu, dan sendu di hati masing-masing. Cercaan, hinaan, dan kata-kata kesat berbaur makian ke atas David Moyes dilampiaskan terang-terangan di media sosial. Mereka seperti tidak percaya pasukan yang selama ini mereka anggap bangang, timid, tidak kompeten, dan berkelakuan luar tabii menewaskan mereka dengan jaringan di minit ke-3. Tabahlah. OK ini bukan ulasan Manchester United tetapi Arsenal. Giliran Manchester United akan tiba juga tidak lama lagi. Kita terus ke acara utama.

ULASAN

Perlawanan kali ini menyaksikan Arsenal menurunkan bekas pemain mereka yang juga berpengalaman bermain di Liga Itali bersama AC Milan, Flamini. Begitu juga dengan Tottenham yang menurunkan Lamela dari AS Roma. Ketika ulasan ini ditulis, Gareth Bale selamat diijabkabulkan untuk bersama Real Madrid dan itu menjawab persoalan ketiadaan beliau dalam perlawanan ini. Pengadil kali ini ialah Michael Oliver yang menonjol dengan pesen rambut petak serupa askar.

Bermula seawal wisel mula ditiup, Arsene Wenger telah merancang bersama anak buahnya untuk memainkan perasaan pemain Tottenham. Setiap hantaran dan cubaan yang dilakukan pemain Arsenal dilihat tidak mengenai sasaran. Ramsey pass dapat kat Soldado, Rosicky buat hantaran lintang dapat kat Paulinho, dan banyak lagi helah dibuat bagi memastikan pemain Tottenham mendapat keyakinan palsu. Gibbs terkernyih-kernyih menahan ketawa melihat betapa gembiranya pemain Tottenham mampu membuat interception ke atas hantaran palsu darinyanya.

Arsenal bukan sahaja membiarkan Tottenham mengawal permainan dan, membiarkan Tottenham mengasak sehingga ke kotak penalti , malah Arsenal tidak jujur ketika mempertahankan gawang dari dibolosi apabila mencabar dengan sambil lewa sahaja. Liar Arsenal, liar!

Atas sentimen kecintaan pada kapasiti perlawanan yang dianggap derby dan ditonton jutaan peminat, Arsenal tidak terus membiarkan Tottenham menurunkan tahap perlawanan itu ke tahap perlawanan Liga Super. Pada minit ke-20, Arsenal mula merencana gerakan mudah, ringkas, dan senang tetapi penuh dengan seni tiada tara. Giroud tanpa berlengah-lengah bersama dua lagi rakan sepasukan mengatur gerakan dengan bergerak ke kotak penalti bersama-sama.

Pap, pap, pap, GOLLLLL..!!! Ini gol pertama yang Tottenham bolos musim ini.
Giroud menjaringkan gol menewaskan Lloris yang terkontang kanting di penjuru gol mencari arah pada minit ke-22. Bola dari Rosicky kepada Theo Wallcott di sebelah kanan padang dihantar ke dalam kotak penalti dikuis Oliver Giroud dengan hujung tumit kiri. Pada hemat saya Giroud berbuat demikian bagi menunjukkan untuk menewaskan rakan senegaranya iaitu Lloris, tidaklah perlu menggunakan kemahiran secara total tetapi cukuplah dengan penuh kekok, susah payah, dan usaha yang tidak seberapa. 4 minit kemudian Walcott mendapat peluang kedua tetapi saya kira dia hanya mengacah. Bukankah bergurau itu satu kemesraan?
Sedar dari kealpaan, Tottenham mengatur gerakan untuk menyerang balas. Baki 23 minit perlawanan separuh masa pertama digunakan sehabis baik. Namun, peribahasa "ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya" terlintas di bahagian akademik otak saya apabila Tottenham mempersia-siakan semua peluang yang ada. Depan kotak pun tersasar jauh. Macam mana la sepak bola diorang ni. Hasilnya, mereka menamatkan separuh masa pertama dengan 2 cubaan dan 57% penguasaan bola sahaja tanpa jaringan balas.

Pada separuh masa kedua Andre Villa Boas tak sedar-sedar diri tetap berkeras dengan meneruskan strategi sama. Tidak mengapa, bagaimana lagi ayam mahu mencari makan kalau bukan dengan menguis. Cara sama jugaklah dia tahu. Serangan demi serangan, pertukaran demi pertukaran, dan hantaran demi hantaran dibuat namun masih gagal memecahkan benteng ampuh milik Arsenal. Jermaine Defoe masuk sebagai pemain gantian tidak berfungsi dan menerima satu kad kuning supaya kamera fokus kepadanya. Perlu maklum populariti sangat penting buat pemain antarabangsa England

Debaran sebenar hanyalah pada tempoh 10 minit terakhir, Tottenham mendapat peluang yang sangat banyak apabila setiap bola yang tertampan singgah di kaki pemain mereka di sekitar kotak penalti. Rembatan kencang, sepakan padu, dan tandukan membabi buta masih gagal menandingi benteng pertahan Arsenal yang kental di semua kedudukan terutama di bahagian yang dijaga Koscielny. Keadaan itu berterusan sebegitu sehinggalah ke wisel penamat.

Minit ke-95, ARSENAL MENANG NORTH LONDON DERBY!!
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : 1-0

2 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dey Arsengal dickhead like zailee gaylord!! puih!



- Tun Mari Mariappan

Tanpa Nama berkata...

zzzz. yawn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...