ANDA SEDANG MEMBACA

18

Sekilas Pandang Liga Juara-juara UEFA 2013/14

zaileefd2 Rabu, September 04, 2013 ,


Ketika saya ke Switzerland beberapa hari yang lalu untuk memeriksa baki akaun di Swiss Bank, saya berkesempatan meluangkan masa untuk ke Nyon bagi menghadiri acara pengundian kumpulan kejohanan Liga Juara-juara Eropah (UCL). Itu pun atas menghormati hubungan akrab antara saya dengan Presiden UEFA kerana pada hemat saya, tiada apa yang istimewa bagi perkara ini selain melihat Arsenal menjulang piala keramat kejohanan.

Seperti mana kejohanan yang lepas-lepas, kejohanan ini mengekalkan format asal iaitu 8 kumpulan dengan setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan terbaik. Tidak perlu rasanya untuk mengulas lebih lanjut tentang format kejohanan memandangkan pembaca-pembaca sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Lainlah andainya ada peminat baru yang mula mengambil tahu tentang bolasepak seperti mana yang berlaku di selatan tanah air mutakhir ini. Khalayak itu mungkin boleh mendapatkan informasi berkaitan di laman sesawang Wikipedia.

Berikut ialah keputusan undian berserta sedikit analisis dari kaca mata saya.


KUMPULAN A
Manchester United - Shaktar Donetsk - Bayer Leverkusen - Real Sociedad

Ini ialah kumpulan ayam. Manchester United yang dibanakan Liverpool beberapa hari lalu ditakdirkan menghuni kumpulan ini bersama ayam-ayam yang lain memandangkan saingan dilihat bertaraf sabung ayam sahaja. Ini ialah kali pertama David Moyes bersaing di peringkat ini atas kapasiti pengurus Manchester United. Taktikal beliau yang tidak mampu makan Chelsea dan tewas mudah pada Liverpool menjadi bahan gelak ketawa di England akan dijangka akan menjadi bahan gelak tawa di peringkat Eropah pula.

Shaktar Donetsk dan Bayer Leverkusen agak hebat menyerang balas. Juara dari Ukraine itu telah melepasi peringkat kumpulan pada 2 dari 3 kejohanan  UCL yang lepas. Leverkusen kini dikendalikan oleh Sami Hyppia. Kita semua tahu kemampuan Hyppia bukan? Real Sociedad tidak boleh dipandang mudah setelah menunjukkan belang apabila tenang membelasah Lyon dengan agregat 4-0. Rumusannya, juara dan naib juara kumpulan ini tidak lain tidak bukan hanyalah berfungsi sebagai penghibur di peringkat kalah mati. Tiada keistimewaan.


KUMPULAN B
Real Madrid - Juventus - Galatasaray - Copenhagen

Tidak banyak untuk diperkatakan tentang kumpulan ini. Kalau bengap macam mana pun dah boleh nampak siapa yang akan ke peringkat kalah mati. Kemasukan Gareth Bale semalam ke dalam skuad Real Madrid tidak akan memberikan kelebihan ketara berdasarkan tahapnya dalam kejohanan ini belum pernah diuji. Akhirnya segala harapan akan balik pada Cristiano Ronaldo jugak. Juventus yang kononnya unbeatable di Itali tetapi disepak terajang Bayern Munich musim lepas telah dikuatkan dengan Carlos Teves.

Didier Drogba kembali lagi ke kejohanan ini bersama Galatasaray. Musim lepas depa tersekat dengan Real Madrid. Mungkin ini peluang untuk memulangkan paku buah keras awal-awal. Copenhagen pula kini dikendalikan semula oleh Stale Solbakken yang tidak gembira di Wolves. Rumusannya, senang tanpa berkias saya cakap Real Madrid dengan Juventus akan ke peringkat kalah mati. Galatasaray akan main Liga Europa.


KUMPULAN C
Benfica - Paris Saint Germain - Olympiakos - Anderlecht

PSG menjadi pasukan pilihan bagi kumpulan ini. Musim lepas depa sampai suku akhir sahaja tetapi bernasib baik. Kalau tidak mungkin mereka yang akan kena toron 7-0 dengan Bayern. Edison Canvani masuk untuk digandingkan dengan Ibrahimovic. Benfica yang pemes dengan suwey sebab selalu kalah final Liga Europa ada peluang di sini. Diharapkan lokasi perlawanan akhir di Estadio da Luz, Lisbon akan menjadi motivasi buat mereka.

Olympiakos ialah peserta lazim dalam kejohanan ini tetapi sudah agak lama tidak melepasi peringkat kumpulan. Begitu juga dengan Anderlecht. Anderlecht tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak musim 2000/01. Rumusannya, PSG dan Benfica ialah pasukan pilihan saya tetapi saingan tetap terbuka kepada semua pasukan.


KUMPULAN D
Bayern Munich - Manchester City - Viktoria Plzen - CSKA Moscow

Akhir-akhir ini, agak sukar untuk juara bertahan mempertahankan kejuaraan. Tengok Chelsea. Tengok Inter. Tengok Barcelona. Nasib yang sama mungkin turut menimpa Bayern Munich. Tambah-tambah dengan Pep Guardiola yang ambil alih, lagi la susah. Nak makan Chelsea pun merangkak masa Piala Super tempoh hari. Padahal Chelsea tu paling ayam la lepas Menyu. Saingan untuk pasukan ini mungkin hanya dari Manchester City yang dikuatkan bintang-bintang baru serta pengurus baru, Pellegrini yang berpengalaman membawa Malaga ke peringkat suku akhir musim lepas.

Mungkin akan ada kejutan dari dua lagi pasukan iaitu Viktoria Plzen dan CSKA Moscow. Mungkin. CSKA Moscow memiliki banyak bakat baru. Satu-satunya harapan mereka ialah jarak perjalanan untuk pasukan lawan. Ini trick Inter menang dengan Barcelona dulu la. Bagi jalan jauh-jauh, bagi penat, lepas tu ajak lawan. Plzen ialah underdog dalam kumpulan ini tetapi underdog juga tahu menggigit. Rumusannya, Bayern Munich diiringi Manchester City akan melepasi peringkat kumpulan lepas tu akan ada pasukan lain balas 7-0 pula pada Bayern.


KUMPULAN E
Chelsea - Schalke 04 - Basel - Steaua Bucharest

Ini kumpulan ayam juga. Cilake Menyu dengan Chelsea dapat jalan senang. Schalke tak jadi masalah buat Chelsea. Jose Mourinho akan kembali ke Veltins-Arena iaitu tempat yang sama dia menang UCL bersama Porto 10 musim dahulu. Basel ni dia punya power lain macam. Bebudak Menyu mesti tidak lupa depa ni la yang singkirkan pasukan mereka dua musim lepas. Kalau gelak sekarang pun real lagi ni. Kah kah kah!

Steua Bucharest takkan jadi masalah pada mana-mana pasukan. Rumusannya dah ada atas saya tulis. Ini kumpulan ayam. Chelsea dengan Schalke mara.


KUMPULAN F
Arsenal - Borussia Dortmund - Marseille - Napoli

Jujur saya cukup teruja dengan kumpulan ini. Satu-satunya kumpulan yang menampilkan pasukan-pasukan handal, berkarekter, dan sengit. Salah satu dari 4 pasukan ialah finalis menunggu iaitu Arsenal yang tampil untuk kali ke-16 berturut-turut. Kemasukan Ozil semalam makin mengukuhkan keyakinan saya. Borussia Dortmund dua tahun lepas tidak jadi masalah pada Arsenal tetapi musim ini mereka sudah layak menjadi pemanas badan. Dortmund mana boleh kalahkan Bayern. Arsenal dengan Bayern semua orang tahu macam mana.

Rafa Benitez beria betul nak lari dengan Arsenal tapi jumpa pula kali ni. Seri 2-2 kat Emirates musim lepas bukan tanda Rafa boleh cakap besar. Higuain kali ni akan Arsenal ajar makna penyesalan sebenar sebab tak nak masuk. Apa dia ingat formasi 4-2-3-1 dia yang letak Higuain paling atas tu boleh lepas dengan Koscielny? Kah kah kah. Marseille pula boleh menjadi pasangan untuk Arsenal berlatih teknik-teknik baru. Arsene Wenger tu orang Perancis. “A rude French knows another French rudeness”. Tahu la dia apa nak buat jumpa Marseille nanti. C’est la vie ma cheri….

Rumusannya, Arsenal menghuni tangga pertama kumpulan dengan 18 mata dan diikuti Borussia Dortmund di tangga ke-2 untuk mara ke peringkat kalah mati.


KUMPULAN G
Porto - Atletico Madrid - Zenit St Petersburg - Austria Vienna

Ini kumpulan totok Liga Europa. Deme-deme ni level Liga Europa aje tetapi kecemerlangan musim lepas meletakkan mereka sekali dalam satu kumpulan di tahap UCL. Bagaikan satu takdir. Porto ada Hulk. Atletico Madrid ada Villa menggantikan Falcao. Tidak banyak perkembangan tentang Zenit. Ausria Vienna ni dah 7 tahun tak menang liga tempatan tapi kali ni menang. Jadi mereka dapat masuk. Rumusannya, setiap pasukan mungkin akan merebut tempat ketiga kumpulan untuk meneruskan legasi mereka di Liga Europa. Dah serupa bangang. Orang nak nombor satu mereka ni rebut nombor tiga. Tapi sebab nak cukupkan syarat preview, saya pilih Atletico Madrid dengan Porto.


KUMPULAN H
Barcelona - AC Milan - Ajax - Celtic

Seperti mana AC Milan, Celtic juga berdendam dengan Barcelona susulan kekalahan pada kejohanan lepas. Barcelona yang ‘dikuatkan’ dengan kemasukan Neymar di bahagian serangan menjadi pasukan pilihan. Tetapi perlu diingat, ini UCL. Bukan perlawanan persahabatan menentang Malaysia. Kebolehan sebenar Neymar akan teruji pada UCL kali ini. AC Milan pula seperti biasa akan bergantung pada pemain bodoh alang si Mario Balloteli. KP Boateng yang berpindah ke Schalke semalam mungkin akan memberikan sedikit masalah buat mereka di bahagian tengah.

Ajax, wakil dari Belanda akan memberikan tentangan sengit walaupun pasukan ini ibarat Liverpool di England yang hanya menang dulu-dulu. Begitu juga Celtic. Kebolehan pasukan ini tidak boleh dipandang mudah apabila berjaya menyontot Barcelona pada perlawanan kedua peringkat kumpulan musim lepas. Rumusannya, Barcelona dan AC Milan akan ke peringkat kalah mati dan salah satu antara mereka akan disontot 7-0 pula oleh Arsenal.


KESIMPULAN

Setiap kumpulan tidak seimbang. Ada kumpulan yang sengit dan ada kumpulan yang bakal melalui jalan mudah. Namun demikian, harus diingat dalam kejohanan seperti ini tidak ada perlawanan yang mudah. Juara bertemu juara. Juara liga 20 kali pun boleh dipijak-pijak seperti tiket perlawanan dalam kejohanan terkenal ini. Semua pasukan wajib berwaspada.


Akhir kata, Arsenal akan mengumpul 18 mata di peringkat kumpulan, menang besar di peringkat kalah mati, menoron lawan di peringkat suku akhir, menerajang pasukan pilihan di separuh akhir, dan seangkuh mungkin menjulang piala UCL dengan kemenangan 14738 - 0 ke atas pasukan lawan di perlawanan akhir. Sekian.

18 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

konfiden pun tak guna jugak, dah tau arsenal tu confirm2 no 3 punya.

Tanpa Nama berkata...

hulk kat zenit sekarang.hrp ozil x mampu bwa arsenal menang.

Tanpa Nama berkata...

Dey Arsengal and Zailee madafaka!!!


- Tun Mari Mariappan

mariappan berkata...

Dey Zailee gaylord like his mama!! puih!

Tanpa Nama berkata...

Puihhh! Tang ko punye feveret mlambung puji cm bangkaii!!! Xde pi memane pon bwk ozil msuk arsengal!! Mnyesal mamat tuh nnti join pasukan liga tadika!!!

pepol berkata...

"Kemasukan Gareth Bale semalam ke dalam skuad Real Madrid tidak akan memberikan kelebihan ketara berdasarkan tahapnya dalam kejohanan ini belum pernah diuji."

bangang apa,Bale pernah main UCL kot

Nik Zulkhairi berkata...

Bale tak pernah main UCL? ini orang banyak makan budu..

Bale pernah ayamkan Maicon Inter Milan masa UCL 2010

zaileefd2 berkata...

Aku high teruk masa tulis ni.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha.. trlmpau bnyk bahan ketum nie..berat 66

Tanpa Nama berkata...

Dey Arsenal ! Madafaka !!

Tanpa Nama berkata...

angkuh tapi bodoh..tulis tak pakai akal tapi pakai kepala bana

cryclown berkata...

macam haram..hahahhaa

Unknown berkata...

Hahaha menang sume game tu... Gilos, ingt min FM ke ape bole restart bile kalah or x menang hahaha

Tanpa Nama berkata...

Liverpoll takde ke? taun ddpan kot. hahahaha........

Tanpa Nama berkata...

mohon penulis lama sokernet kembali..barisan penulis baru mcm babi je gaya penulisannya.

Pipiyapong!!! tolong kembali..penulis yg ni nampak bangang & memalukan Arsenal.

Tanpa Nama berkata...

Kau menangis merayu la macam mana pun mintak penulis lama balik, diorang takkan balik dah. Hadap je apa yang ada sekarang.

talkIZcheap! berkata...

Nice artikel...

Alasan-alasan apabila Arsenal terkeluar dan Man Utd atau lain-lain team EPL menang dah disediakan sebelum game bermula lagi, akhir season apabila Arsenal (seperti biasa) terkeluar, alasan yang akan digunakan kerana group matches tough, dan (jika sekiranya) Man Utd/Chelsea menang, sebab 'laluan mudah'

Tipikal Arsenal fans, kah kah kah!!

Unknown berkata...

" Aku boleh hapuskan semua fan Manu, tapi aku tinggalkan sedikit supaya manusia tahu bertapa "lalang"nya mereka" - Adolf Hitler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...