ANDA SEDANG MEMBACA

34

Siri Bercakap Dengan Setan : JDT FC - Asas Pemahaman Dan Impak Kepada Persekitaran Sejagat (Bahagian 1)

racYnc Selasa, Oktober 08, 2013 ,


Pencapaian 2013 
Liga Super : Tempat Ketiga
Piala FA    : Naib Juara
Piala Malaysia : Suku Akhir

Inilah pencapaian untuk musim sulung kepada sebuah kelab bolasepak yang mencetus fenomena ke seluruh pelusuk alam semesta dewata raya, Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT FC). Pencapaian yang sebenarnya agak cemerlang dari sebuah kelab bolasepak yang baru melalui transisi baru buat musim yang pertama.


*Ritual memanggil Encik Setan*

Encik Setan : Hai brader. Ok, JDT ni pasukan baru kan?

Begini encik Setan. Kelab bolasepak ini sudah lama ditubuhkan tetapi nama JDT FC itu baru diperkenalkan utuk musim bolasepak 2013. Pasukan ini telah ditubuhkan sedari tahun 1972 oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Namun pada awalnya, kelab ini diberi nama PKENJ FC, selaras dengan nama majikan dia. Sehinggalah pada akhir 1995, syarikat PKENJ telah bertukar nama kepada Johor Corporation (kekal sampai sekarang) dan PKENJ FC pula telah bertukar nama kepada Johor FC. Kira ikut majikan dia yang bertukar nama lah. 

Pencapaian di bawah nama Johor FC lebih membanggakan. Bermula dari liga pencacai iaitu Liga FAM, Johor FC terus melangkah maju dengan menjadi pasukan bolasepak pertama berstatus kelab yang layak bertanding di dalam Liga Perdana 2 (nama lama Liga Premier) pada tahun 1997. 

Johor FC juga menjadi pasukan berstatus kelab pertama yang layak sehingga ke peringkat suku akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 2000. Masa ni kelab bolasepak lain macam ATM FC ke, PKNS FC ke, semuanya masih kucing kurap lagi. Johor FA pun pada zaman ni boleh tahan barai dia.

Seterusnya pada tahun 2002, Johor FC meneruskan rentak bergaya apabila layak untuk bertanding dalam Liga Perdana 1 (nama lama Liga Super). Pencapaian terbaik kelab ini adalah pada tahun 2008 apabila Johor FC berjaya menduduki tempat ke empat dalam Liga Super dan melangkah sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia. 

Masa game separuh akhir Piala Malaysia dekat stadium Pasir Gudang tu aku datang tengok. Dah lah tengok bola sambil berhujan, kalah pulak tu. Karipap betul!!

Encik Setan : Rilek brader. PKENJ atau Johor Corporation ni apa benda?

Bagus soalan tu. Ingatkan kau bodoh. PKENJ (kini Johor Corp) merupakan pemilik kepada JDT FC. Aku cerita mudah. Kenal PKNS FC? Kelab tu pulak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Lebih kurang macam tu lah.

Cuma bezanya Johor Corp ni syarikat besar dan merupakan satu-satunya perbadanan pembangunan ekonomi negeri yang mempunyai perniagaan yang dilebarkan sehingga ke negeri lain. Antara syarikat terbitan awam di bawah Johor Corp adalah:

- Kulim Malaysia Berhad (Perladangan), 
- KPJ Healthcare Berhad (Kesihatan), 
- Johor Land Berhad (Pembangunan Hartanah),
- QSR Brand Berhad (F&B, pemilik KFC dan Pizza Hut)

Keuntungan Johor Corp mencecah berbilion ringgit setiap tahun. Sebab tu JDT FC banyak duit. Sebab pemilik dia dah memang kaya raya. 'Kalau aku kayaaa, hari hari hari rayaaa..' (Terkumat kamit)

Encik Setan : Nak nyanyi pergi karaoke la brader. Apehal Johor Corp power sangat? Biasanya syarikat seliaan kerajaan negeri ni serupa gampang dia punya pergi.  

Macam ni encik Setan. Negeri lain aku tak tahu sistem dia macam mana. Tapi di negeri Johor, Johor Corp ni payung dia besar. Shadow di belakang mereka adalah Kesultanan Johor sendiri. Sebab tu Johor Corp ni memang ketara dalam menjaga kepentingan orang Melayu. 

Sebagai contoh, kalau kau tengok segala projek berkaitan Johor Corp seperti di Pasir Gudang, ianya lebih berkonsepkan mesra Melayu. Malah majoriti kakitangan Johor Corp juga adalah anak Melayu.

Cerita mudah, ‘payung besar’ ini antara sebab kenapa Johor Corp menjadi perbadanan ekonomi negeri yang sangat berjaya dan megah. Aku nak cerita Johor Corp ni memang milik Kesultanan Johor kang ada yang meroyan cakap aku melampau. Tapi itulah hakikatnya.

Encik Setan : Ahhhh!! JDT pasukan palsu kan? Pasukan palsu!!!!

Amboi marah nampak. Aku penampar karang terperosok kau bawah meja nanti! (Wajah serius)

Encik Setan : Sori bang, sori. Ok aku tanya sopan. JDT FC ni pasukan palsu kan?

Terpulang pada akal kau. Jika JDT FC pasukan palsu, maknanya Johor FC juga adalah pasukan palsu. Sebab nama asal JDT FC adalah PKENJ FC. Bukan pertama kali pasukan ini bertukar nama.

Segala idea menukar nama kelab dan segala tranformasi besar besaran kelab ini dilakukan oleh pemilik kelab itu sendiri iaitu Johor Corp, melalui wakil dari pihak Kesultanan Johor (pemilik Johor Corp) iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Senang cerita, itu kelab dia. Suka hati dia lah nak buat menda. Untuk aku, JDT FC adalah sebuah kelab yang ditubuhkan sejak tahun 1972 dan kini dimodenkan oleh pemilik mereka. Aku tak rasa palsu kat situ.

Walaupun aku memang sayang dan peminat tegar Johor FC. Tapi baik PKENJ FC, Johor FC dan terkini JDT FC, semua ni kelab yang sama dan pemiliknya juga masih sama. Kalau kau tak setuju, sila pergi jahanam.

Semangat baru dari sebuah kelab lama.
  

Encik Setan : Kenapa tak bangunkan Johor FA, kenapa kacau Johor FC?

Encik Setan, semenjak kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Ismail selaku Tengku Mahkota Johor yang baharu mengambil langkah drastik untuk ‘bersahabat’ dengan rakyat. Jadi beliau memilih untuk membangunkan sukan yang paling menjadi kegilaan rakyat iaitu bola sepak.

Johor FA turut mendapat tempias besar dalam proses transformasi ini, tapi baginda mengambil langkah bijak dengan mengutamakan kelab berbanding persatuan negeri. Kerana target baginda bukan setakat kejohanan di dalam Malaysia sahaja, malah ingin berjaya sehingga ke peringkat Asia (AFC Champions League).

Di peringkat Asia, pasukan bolasepak yang hebat terdiri dari pasukan berstatus kelab, bukan persatuan negeri tau encik Setan. Kau tahu ke tidak? Contohnya, Pohang Steelers, Seoul FC, Al Ittihad FC, Ulsan Hyundai dan banyak lagi.

Di peringkat eropah pula, pasukan bolasepak hebat seperti Tottenham Hotspurs, Real Madrid, AC Milan dan Borrusia Dortmund contohnya, juga adalah pasukan berstatus kelab, bukan pasukan persatuan negeri. 

Maka, nak maju kena lah naikkan kelab, bukan persatuan negeri. Ke macam mana?

Encik Setan : Betul jugak tu. Sambung hari lain bang. Saya tengah banyak job nak hasut manusia ni.

Leceh lah kau ni. Busy betul.



Bersambung...




* Hai. Saya racync. Penulis dari Gelang Patah yang meminati pasukan kelahiran saya iaitu Johor dan pasukan Kelantan. Pemain kegemaran saya pula ialah Idris Karim, Piya, Zairo, Alex dan ramai lagi. Salam hormat. Jumpa lagi. XOXO

34 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dahtu macamane leh dapat tiga bintang encik penulis??

tak payah nak tegakkan kote yang tak stim la..dah memang team ni team palsu

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul TMJ nk naikkan team johor kenapa nk kacau MP Muar dgn MBJB?naikkan jela kelab JDT FC dgn Johor.team lain2 xpayah kacau la patutnya.pengurusan pun lain2.boleh jawab x?

Apostolos Velios berkata...

Pergi mampus PKENJ ke gapo,Johor tu negeri ke kelab ? Kalau dah johor darul takzim JDT tu sah2 negeri. Kelab gapo gitu ? Alangkah lebih elok kalau jd kan Johor Bahru Fc dan Pasir Gudang fc. Paling tak boleh blah 3 bintang tu pebenda ? 0 piala Malaysia 0 liga super 0 piala FA. Kalau johor utd logik la jugak nak letak 3 bintang tu, JDT aka new Johor FC tu tak sedar asal usul ke?

azratai punya berkata...

Dulu MP Muar dan MBJB tu sekadar menunggu rebah, tiada kelab yg mempunyai back up yg kukuh akan kekal lama, MyTeam dan MPPJ yg power pun dah melingkup... pengabungan adalah salah satu cars (walaupun belum tentu yg terbaik) sebab sebagai pemberi dana, sudah tentulah mengharapkan pulangan yg terbaik, bukan sekadar membiarkan kelab kekal hidup segan mati tak mahu...

Tanpa Nama berkata...

Nice sharing boh. Salam hormat dari Fan TRW.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya xde isu pasukan palsu atau pasukan tulen. Org yg menyalak tuh mmg lebih suka mengejek dari berfikir. Apa susah sngt klu diorg anggap JDT baru tubuh tahun 2013 dari nk menyalak ckp JDT pasukan palsu?? Nmpk tak attitude cmner??

Rakyat Johor tau asal usul JDT. Bagi yg menghormati kita, kita hormat dia balik. Ini sukan jer pon kann

Jengking berkata...

salam..

1. tak kisah lah nak tukar nama ke apa ke, tiga bintang tu satu hal. pastu logo rimau tu plak satu hal.

2. dulu johor femes dengan Johor Jengking, sebab menyengat dan selalu come back. orang johor dah sebati dengan jengking siap ada tshirt jking. ni rimau tigerbeer plak?

3.tak kira pasukan berstatus club ke persatuan ke, kalau pengurusan bagus, still dapat ke mana-mana game AFC ke mende ke. kalau cotoh mudah, liverpool ke MU ke hambar, hambar jugak jangan harap nak dapat ke slot mana-mana.

4.MP Muar dengan MBJB tu apa cerita bobo oi.. adoi kesian mereka, kalau dah Jcorp tu banyak sangat duit, laburla seberapa banyak untuk JDT tak kisah, jangan lah MP Muar n MBJB kena kaut sekali

5. banyak lagi pasukan2 bola dari johor yang berhak. skang sampai lingkup, yang mewahnya JDT. beli nunez, beli guiza, itu ini habuk pun tarak, rugi saja. kata pembangunan, berjuta-juta habis gitu je baik salurkan ke akademi.

6. tak salah nak membangunkan bola sepak, biar kena dengan cara. nak beli player silakan tapi bukan dengan cara tabur duit dan habuanberjuta-juta. tak kisahkah kaya, tapi masih pembaziran, berbanding labur kepada benda-benda yang menguntung kan pada masa panjang. seperti club2 lain, akademi. jangan gopoh dengan beli player dan bazirkan berjuta-juta, kalau keluarkan produk sendiri lebih baik untuk masa panjang.

salam..

Tanpa Nama berkata...

Niat baik cara salah, lagi satu poyo lebih. Mana orang tak benci.

Jimmy Stracqualursi berkata...

macam biasa Muar dianaktirikan, wilayah rebel selamanya

Tanpa Nama berkata...

Mungkin yg approved logo tuh org yg xde tauliah berkenaan rationale logo. Asal mata dia tngk cantik jer on hahaha. Sbb tuh xde org yg boleh jwp pasal 3 bintang tuh - Ank Jati Kg Melayu Majidee

Tanpa Nama berkata...

engko pny penulisan mcm post dlm hilang punca. bahari baharom interview pipi. erm.

Actually aku respek TMJ pny effort untuk modernisasikan bola sepak johor yang tuh salute cuma
sampai skrang tak dapat jawapan dtg mna 3 bintang tuh. aku rsa yg tuh milik Johor FA. Bkn JDT.

anonymous berkata...

apostolos: nama pun da mcm orang bodoh, komen pun dah sah2 la bodoh. .nama mak bapak lu bagi ape??. . then kenapa lu pakai apostolos kontol tu??. . nampak tak lu punya bodoh kat situ??
rasional x situasi tu dalam nama team jdt??. .dibawah nama asal pkenj, iaitu satu pasukan kelab, ditukar nama kepada nama negeri sendiri, so ape masalah?. .pasukan masih berstatus kelab, hanya menggunakan nama negeri. . lu bodoh la mat. .

Apostolos Velios berkata...

tanpa nama : 3 bintang tu apasal tak berani jawab ??itu lagi bodoh berganda.setakat tgok JDT dah rasa megah taik

Tanpa Nama berkata...

APE2 JE LA BORING...

Azman Kelubi berkata...

3 bintang tu bermaksud 3 kepala bana hahahaha

Azman Kelubi berkata...

3 bintang tu bermaksud 3 kepala bana hahahaha

jack murthi berkata...

Tak sedap langsung gaya menulis. Gampang betul.

Tanpa Nama berkata...

Bukan TMJ kata dulu nak gabungkan semua team di Johor jadi satu team je ke? Pentingkan kelab kepala kote kau! Cakaplah nak jalan pintas.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama aku tak jumpa penulisan sarcasm tahap ni dalam sokernet. Good job bro. Ni yang ada komen komplen pun tapi bila suruh hantar artikel belum tentu berani lagi. Selamat maju jaya dari orang Perak.

Harimau Kumbang berkata...

ko memang layak jadi juara sokernet angkuh racync. tapi rajin sikit lah buat artikel woii.

Tanpa Nama berkata...

jawapan mudah dia sebab xsabar nak main liga super.tu je.cuba tiru mcm ATM.slow2 dia develop team biar pn amek player bintang.tapi dia follow satu-satu.menang liga premier baru naik liga super.ni tak.team negeri ke laut.Johor FC dimakan utk shortcut.dlu johor FA terkenal nama Jengking.Johor FC nickname Tebuan.

Tanpa Nama berkata...

celah mana plak team dari Malaysia boleh main AFC Champions League.liga kita dapat main AFC Cup je woi.

Azhanhizan Hizan berkata...

Bosan la wei...JDT ni ape sebenarnya..?konpius aku..

Tanpa Nama berkata...

JDT tu maksudnya Jantan Dayus Teraniaya

Tanpa Nama berkata...

fans poyo...

Mai Omar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ada gak fans JDT mcm taik...
tau asal usul konon...
g mampos la...
JDT tu asal-usul dia merompak team lain..maknanya JDT tu team palsu la baghal

Tanpa Nama berkata...

team loser. fan pn loser. season depan selangor campion. ko tunggu ko tunggu

Tanpa Nama berkata...

yg x disentuh langsung di atas: fan/penyokong
mcm mana tiba2, timbul ramai penyokong jdt??

Tanpa Nama berkata...

Ada gak hater dari selangor rupanya hahahaha...hati busuk

Tanpa Nama berkata...

Maknanya Real Madrid, Man City, Chelsea, PSG tuh smua pon merompak team lain la ehh?? Hahahaha... bodoh

Comrade Bobo berkata...

Luaskan bana mu. Kepala bana bertiga.

Tanpa Nama berkata...

baru ku tahu yang JCorp tu tuannya Kesultanan Johor. so xde la sbnrnya TMJ 'sabotaj' JFC utk lompat masuk Liga Super. Rupanya mmg dia punya sejak dari dulu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kesian aku dgn Penulis team Palsu ni..woii!!!kalu dah palsu tu palsu jela..jgn la nak betulkan yg palsu. bangang bertingket2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...