ANDA SEDANG MEMBACA

7

Kewujudan Banyak Kelab Bolasepak Memecahkan Rakyat?

Accurecca Jumaat, Oktober 11, 2013

Sebelum aku teruskan penulisan artikel ini, aku tahu bahawa isu ini pernah disentuh oleh pengulas lain beberapa tahun lepas. Tapi kali ini aku terpanggil untuk melihat kembali isu ini apabila ada seorang hamba Allah baru-baru ini memberikan komen di Facebook mendakwa “ramai yang berpecah kerana banyak kelab bolasepak ditubuhkan”. Aku pasti, pembaca blog Sokernet yang rata-ratanya peminat kelab-kelab London dan EPL, berasa dakwaan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal, dan dakwaan ini kalau tidak diperbetulkan, akan memalukan seluruh peminat bolasepak sejati di Malaysia amnya dan Sokernet khususnya.


Bagaimana dakwaan ini boleh diutarakan? Aku menjadi bingung dan kadangkala aku tergelak sorang-sorang. Penyatuan rakyat dan bolasepak? Memang benar, sukan terutamanya bolasepak menyatukan rakyat. Tengok saja bila Malaysia melangkah ke final Piala AFF 2010 yang lalu. Semua penyokong dari seluruh pelusuk negara tidak kira negeri dan warna kulit, bersatu memberikan sokongan. Tapi itu dari sudut sokongan rakyat kepada sebuah negara kepada sukan bolasepaknya. Bagaimana pula boleh muncul pandangan dan dakwaan bahawa KEWUJUDAN BANYAK KELAB BOLASEPAK BOLEH MEMECAHKAN RAKYAT? Sumpah, aku gagal mencari rasional dan hubungkait kenyataan itu.

Okay, untuk cuba mencari jawapan kepada dakwaan dangkal ini, aku terpaksa memberi contoh jumlah kelab bolasepak di London dan Moscow. Aku ambil dua bandaraya besar ini saja. Kita bermula dengan kotaraya London dulu. Kebanyakkan info aku korek bersumberkan internet dan ejen terlatih Mossad. Takkan nak suruh aku pergi Jabatan Perangkaan UK buat pencarian? Jangan jadi bangang saudara sekalian.

London

Berkeluasan 1570km persegi, populasi rasmi kotaraya London pada ketika ini dipercayai sekitar 8,174,100 orang, berasaskan pelbagai jenis budaya dan ras etnik bangsa, dan lebih 300 bahasa dituturkan di sini. Pada tahun 2011, satu perangkaan yang agak mengejutkan ialah hanya tiga suku penduduk London adalah penduduk asal dan 60% daripadanya berkulit putih. Itu serba ringkas tentang kotaraya London. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah London dan penubuhannya, korang boleh buat pencarian sendiri atau tanya penyokong Liverpool sebab dorang ni handal pasal sejarah.


Di kotaraya London saja, ada banyak kelab bolasepak. Ada 128 kelab yang diketahui kesemuanya! Ya, 128 buah kelab untuk populasi rakyat seramai 8 juta orang. Daripada 128 buah kelab ini, Chelsea, Arsenal, Tottenham, West Ham United, Crystal Palace dan Fulham bertanding diperingkat tertinggi liga yakni English Premier League pada musim 2013/14 ini. Manakala kelab lain seperti Charlton Athletic, Millwall FC, Queen Park Rangers dan AFC Wimbledon bermain di peringkat yang lebih rendah. Kelab cap ayam London yang lain ialah Dagenham FC, Brentford, Barking FC, Leyton Orient FC, Sutton United dan lain-lain. Daripada 128 buah kelab ini, 14 bertaraf profesional, manakala lebih 80 lagi kelab bertaraf amatur.

Dengan jumlah kelab yang banyak ini, pernahkah anda terdengar kotaraya London lumpuh akibat penduduknya berpecah belah kerana memberikan sokongan kepada kelab utama London seperti Arsenal, Chelsea, Tottenham, West Ham dan Fulham? Kotaraya London walaupun pernah dibom pada pagi 7 Julai 2005, punca pengeboman itu dilaporkan tidaklah disebabkan perpecahan dikalangan penduduknya akibat memberikan sokongan kepada kelab bolasepak berbeza, tapi lebih kepada serangan pengganas. Adakah serangan pengganas ini didorong perasaan dengki kerana London ada 128 buah kelab bolasepak? Lagi gila punya tak masuk akal!

Jadi dimana rasionalnya jumlah kelab bolasepak yang banyak memecah belahkan rakyat?

Moscow


Moscow yang berkeluasan 2510km persegi, mempunyai kepadatan penduduk seramai 11,503,501 orang. Bahasa rasmi yang dituturkan adalah bahasa Rusia. Menurut majalah Forbes pada tahun 2011, Moscow merupakan kotaraya yang mempunyai ramai komuniti jutawan di dunia. Celaka betul!

Di kotaraya jutawan ini, jumlah kelab bolasepak yang diketahui adalah 6 buah saja iaitu CSKA Moscow, Spartak Moscow, Lokomotive Moscow, Dinamo Moscow, Torpedo Moscow  dan FK Moscow (Moskva). Kelab Moscow yang paling sinonim sudah tentulah CSKA Moscow yang bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Dan lagi sekali, aku belum pernah dengar kotaraya mega Moscow ini, rakyat dan penduduknya berpecah belah kerana memilih memberikan sokongan kepada enam kelab berbeza ini. Yang ada cuma pergaduhan melibatkan penonton antara kedua-dua kelab yang berseteru atau di England ia dikenali sebagai hooligan seperti yang terjadi dalam perlawanan separuh akhir Piala FA antara Milwall dan Wigan musim. Masalah hooligan atau samseng bolasepak ini pula tidaklah serius sehingga menganggu gugat perpaduan masyarakat setempat sampai lintang pukang jadinya sesebuah negeri itu. Tak tahulah kalau IJF yang misteri itu ada memasukkan agenda tersebut dalam visi dan misi mereka.

Pilihan untuk menyokong

Di Eropah dan kotaraya besar seperti London dan Moscow, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih pasukan mana yang ingin disokongnya. Sokongan ini tidaklah pula memecahkan perpaduan rakyat sesebuah negeri atau negara, kerana bolasepak seperti diketahui umum adalah untuk rekreasi dan hiburan bagi orang kebanyakkan. Ada yang memilih untuk menyokong sesebuah kelab berdasarkan warna atau rekaan jersi yang cantik, nama kelab yang menawan, sejarah lampau kelab yang unggul atau sifat mesra atau “sense of belonging” sesebuah kelab itu dengan penduduk setempat.

Tidak pernah terdengar  pula didalam sejarah umat manusia, rakyat di suatu tempat berpecah belah dan porak peranda kerana memberikan sokongan kepada sesebuah kelab bolasepak yang berbeza entiti dan identitinya. Aku belum pernah dengar lagi.

Jadi di mana rasional dan signifikan kenyataan “KEWUJUDAN BANYAK KELAB BOLASEPAK BOLEH MEMECAHKAN RAKYAT” seperti yang didakwa?

Jika benar ingin penduduk bersatu, kenapa perlu dikaitkan dengan jumlah kelab bolasepak? Apa yang dilihat disini, pengurangan kelab atau pasukan bolasepak menjadi satu, ianya lebih kepada tujuan untuk memusatkan keseluruhan penyokong dan sokongan kepada satu entiti saja, tapi bagaimana dengan perkembangan kelab bolasepak yang lain disekitarnya? Bukankah jika berkembangnya kelab bolasepak yang banyak di dalam satu komuniti, itu akan membuka peluang dan ruang untuk mecari dan mencungkil bakat baru yang lebih unggul dan bagus? Mungkin di kalangan mereka ini, ada yang tahan bola tak berterabur, tak menggelecek bola macam orang kena sampuk saka seperti Azamudin Akil dan tak sepak bola ikut arah telur seperti yang ketagih dilakukan oleh Muslim Ahmad.

Aku percaya, ramai rakyat Johor yang bijak dan pintar di luar sana. Ini bukan soal dengki, busuk dan iri hati, atau banyak lagi dakwaan retorik primitif yang dilemparkan kepada Sokernet sejak isu ini diberi perhatian. Buka minda seluas-luasnya. Isu ini berdasarkan kelangsungan bolasepak Malaysia. Liga Malaysia terlalu kecil saiznya dari segi jumlah pasukan bertanding dan kurang berdaya saing. Jika benar warga Johor terlalu dambakan piala dan kejuaraan yang sudah lama tidak kunjung tiba di bumi selatan, sehingga tidak nampak dengan jelas isu dan permasalahan yang timbul, maka layaklah kamu digelar “gloryhunter” atau “bandwagon fans” yang tidak peduli pasal kelangsungan bolasepak Malaysia dan bahayanya untuk jangka panjang.

Percambahan kelab bolasepak yang banyak tidak sekali-kali memecah belahkan rakyat. Hak mereka untuk memilih dan menyokong pasukan yang digemari. Apabila kelab bolasepak bercambah, ini membuka peluang kepada bakat baru dan mengembangkan lagi "pool" pemain bolasepak di Malaysia.

Kalau nak mengikut biar berilmu. Tak salah menghormati, menyanjung dan menyokong bakal Sultan negeri engkau, tapi jangan sampai mengikut secara membuta tuli!

7 Ulasan:

Usagi9898 berkata...

boleh tahan sedap baca entri ni

Tanpa Nama berkata...

2 la masalah nya.. pnyokong kt msia ni xtau bnda2 cmni.. sbb xpnah sape timbulkan.. tp bila orang timbulkan diorang bkn kisah pun.. yg pnting bg diorang pasukan negeri diorang naik diorang dtng bsorak.. bila kita cite bnda mula la tnganga.. bila xpaham ulang blik bnda sama yg aku ckp td..

Apostolos Velios berkata...

kadang2 faktor geografi memainkan peranan kenapa perlu di pertambahkan kelab dalam liga malaysia ni, takkan orang muar datang ke jb semata-mata nak tgok bola, baik diorang bangunkan bakat-bakat liar yang ada kat muar tu. ini contoh lah

Unknown berkata...

Aku suka contoh kau wahai Apostolos. Ringkas, tapi mendalam maksudnya.

Carlos Santiago berkata...

tiba2 rasa teruja/

talkIZcheap! berkata...

aku setuju dengan Apostolos, ada member aku peminat setia tim Misi 33, tapi bila aku tanya berapa kali dah pergi Stadium Shah Alam? Dia kata langsung tak pernah (cuma pernah pergi stadium Merdeka time dirang main home kat situ dulu, tak silap aku) sebab dia duk Bangi...

Aku yang merantau ni pun pernah masuk jugak Stadium Shah Alam 2,3 kali (game Kelantan), tu pun sebab sepupu aku duk sana, seanng nak book tiket...

Madafakkka™ berkata...

falsafah bola mna yang geng JDT ni pakai. sepatut lagi banyak team lagi meriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...