MUQADDIMAH
Saya berada di rumah ketika perlawanan berlangsung. Tidak
perlu rasanya ke stadium untuk menonton perlawanan antara Kelantan dan Johor
palsu memandangkan Johor palsu ialah pasukan yang lemah, tidak kompeten, dan
bercita rasa rendah dalam memilih pemain. Ini juga kali pertama saya menonton
perlawanan bola sepak sambil melipat kain dan memberi susu anak atas dasar
tiada sentimen yang perlu didebarkan. Lainlah kalau lawan Selangor atau Pahang.
Sedikit sebanyak isu luar padang seperti kebebalan Bobo,
kejengkelan Alang, dan polemik tentang tatasusila isteri Norshahrul lebih
hangat dibicarakan berbanding 90 minit situasi dalam padang. Pemilik nama Indra
Putra dalam sastera kuno ialah seorang adiwira dan malam ini beliau ialah
adiwira kita semua. Terima kasih diucapkan.
Perlawanan first leg di
Larkin menyaksikan Kelantan melaksanakan status mereka sebagai kasanova Liga-M
yang handal mempermainkan perasaan lawan. Tindakan sengaja kalah 4-2 memberikan
sinar harapan buat Johor palsu tetapi pada malam ini segala kegembiraan
dipadamkan semudah menjirus air ke bara api. Hakikat yang perlu ditelan oleh
Johor palsu ialah mereka memang lauk. Dikecewakan pada final Piala FA berulang
lagi.
#NowPlaying Metallica - Sad But True
ULASAN PERLAWANAN
Norfarhan menepati ramalan yang bertindak cemerlang
menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-19. Terlalu mudah bagi pemain fleksibel itu
menyempurnakan hantaran Dickson. Tanpa setitik peluh, memejam sebelah mata, dan
sambil lewa sahaja menendang bola untuk menghasilkan jaringan persis Dennis
Bergkamp. Bukan sesuatu yang asing bagi Farhan untuk perkara sedemikian.
Kapten Pasukan Kelantan, Badri Radzi menambah derita Johor
Palsu apabila mencetak gol kedua. Terdetik di hati kecil arkitek tersebut rasa
kasihan. Beliau memang terkenal dengan sifat perikemanusiaan yang tinggi. “Aku
keno wi ni sebutir ko set dia. Set dia mari jauh ni”, Piya bermonolog. Setelah
mencapai kata sepakat dengan rakan sepasukan yang lain, Kelantan berjaya
memberikan harapan palsu yang memang bersesuaian dengan status palsu pasukan
lawan. Anak emas Rajagopal, Safee Sali berjaya menjaringkan gol menjadikan
agregat 5-5. Apek tiada masalah untuk berlakon seolah-olah dia cuai kerana
sudah berpengalaman dalam iklan-iklan televisyen.
Gembira bukan kepalang Safee dengan jaringan itu. Rasa
girang tidak dapat disembunyikan. Terkernyih-kernyih dia berlari-lari anak
menuju ke garisan tengah. Pemain Kelantan hanya ketawa kecil dan senyum sinis.
Riak muka tiada pun rasa kecewa. Obinha Nwaneri yang menyampah dengan muka
berlagak dan fesyen rambut garit-garit milik Chopot atas jaringan itu
memadamkan kegembiraan pemain Johor palsu beberapa minit sebelum tamat separuh
masa pertama. Johor palsu muram kembali. Ya, dunia ini kejam. Kegembiraan
adalah sementara sahaja bagi manusia alpa.
Selemah-lemah pasukan ialah pasukan yang bolos awal. Itulah
Johor palsu. Jaringan ketiga Kelantan tiba seawal wisel separuh masa kedua
ditiup. Pemain Johor palsu buntu dengan jaringan yang mengelirukan itu. Chopot
hilang pedoman, Zaquan tercenggang kekaguman, dan Norshahrul tergaru-garu
hidung yang pecah disiku lipat Indra. Apakan daya, sudah nasib bermain dengan
pasukan lemah.
Ahh. Malas la aku tulis lagi panjang.
Nor Farhan sumbat
lagi satu.
Indra sumbat
lagi satu.
Pemain Johor
palsu kena ole.
Dickson buat
skill power.
Obinha pun
tunjuk skill power jugak.
Reff buat
taik.
Pemain
pertahanan Johor palsu main tarik-tarik.
Nunez masuk
dengan fungsi melengkapkan bilangan pemain sahaja.
Dickson ole
lagi.
Pemain Johor palsu terpinga-pinga hingga ke wisel penamat.
Kelantan mara ke separuh akhir untuk bertemu ATM dengan
agregat 8-5. Banyak betul jaringan. Gila gila. Menang mudah tanpa saingan ialah
perkara yang sukar diterima Kelantan.
Hah, padan tulis macam tu aje kalau setakat Johor palsu. Tak
payah tulis banyak memang dah semua orang tahu tahap pasukan palsu serupa ni.
Kenapa Kelantan power sangat ni? Kenapa ni woiii? Kenapeeeee…?
Kah kah kah. Bangang serupa Menyu kena 6-1.
11 Ulasan:
haha...macam arem punya ulasan dah...
kejam sial ulasan! Kah3..
kejam sial ulasan! Kah3..
Sadis betei ulasan kahkahkah
kelantan main dengan ganas
kah kah kah ... 10 petala langit punya level menganjing..
mana fan jdt.. takkan sedih lg..?
aku org johor..tapi aku tak sedih pun..hahaha mahal je dari team negeri,tapi game mcm team tmpt keje gua..atau see kok luen jhr fa..nasib pegi tgk team negeri je hari tu dan tak minat lgsung tgk keserabutan dg ni..tapi ulasan ni mcm riak je plk?seronok pun bila dok kat atas jgn riak plk bang,tuhan murka..ok.hehe
bola ni bulat bang... masa kena 4-2 dengan jdt.. geng jdt kemain riak.. digelar trw budu fa la dan sebagainya..
skrng jdt baru tau.. budu ni kalau dimasukkan sekali dalam gulai kawah sedap rasanya..
kan dah terbukti budu tuh sedap..jdt dah kena gulai 6-1 dengan budu fa..
Lauk..
Entri cepat sangat klimaks. Baru foreplay dah klimaks. Tapi best.
Dey JDSHIT!!!
- Tun Mari Mariappan
Catat Ulasan