ANDA SEDANG MEMBACA

13

Malaysia, Harimau Malaya, Harimau Muda.

pakkordi Jumaat, November 22, 2013
Nampaknya kerajaan melalui KBS sedang merangka dan tidak lama lagi akan melancarkan satu Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020. Bersama pelan itu nanti terdapat beberapa nama yang disebut untuk bakal menganggotai majlis yang akan menjayakan pelan ini.

Memetik dari artikel akhbar Utusan bertarikh 22 Oktober 2013 (klik sini) pelan ini bertujuan untuk, "meningkatkan imej sukan bola sepak negara yang kini menghuni tangga ke-160 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)". Pelan ini juga dikatakan akan melihat lebih 10,000 remaja berusia tujuh hingga 17 tahun dilatih di seluruh negara. 

Dalam artikel akhbar yang sama YB menteri KBS juga mengatakan, "pelantikan bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich bawah 19 tahun, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara dijangka mampu membawa sinar baharu kepada sukan bola sepak tempatan".

Kejap. 

Apa beza "Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020" dengan "Pelan Pembangunan Bolasepak Negara"? (klik sini). 

Untuk memudahkan kerja, saya akan namakan pelan YB menteri sebagai "pelan B" dan yang satu lagi, "pelan A". 

Dalam laman web "pelan A" tak nampak pun nama Lim Teong Kim sebagai pengarah projek. Mungkin laman web ini belum dikemaskini atau mungkin juga pelan ini pelanduk dua serupa. Mungkin juga "pelan B" ialah sebenarnya "pelan A" yang telah ditukarkan kulit dan akan berlaku sedikit perubahan ahli didalamnya.

Apa pun pelan yang bakal disuapkan kepada kita, saya harap peminat semua faham bahawa kelemahan FAM bukanlah satu-satunya punca kejatuhan mutu bolasepak Malaysia. Saya bagi satu contoh yang mudah. Tak berapa lama dahulu, sahabat saya ada mengesyorkan kepada setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola (bukan nama negeri sebenar) supaya menggunakan teknologi GPS yang boleh mengesan prestasi pemain diatas padang seperti berapa kilometer dia berlari, kadar kerja pemain itu diatas padang dan mengenal pasti kecenderungan pemain untuk cedera, contohnya. Teknologi sebegini bukan lah terlalu mahal dan tidak sukar untuk digunapakai. Pasukan profesional di negara barat sudah lama menggunakan teknologi ini. Setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola tadi tidak menyetujui penggunaan teknologi GPS itu dengan alasan yang berbunyi lebih kurang begini, 

"..malu pemain kalau kita boleh kesan statistik begini. Kita tak boleh malukan pemain." 

Tahukah anda bahawa peruntukan KBS yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negara untuk pasukan bolasepak senior kebangsaan setiap tahun sejak tahun 2000 ialah RM300,000 setahun (rujuk artikel akhbar Utusan yang sama)? Jika ditukar ke duit England, 60,000 pound sterling. Gaji mingguan untuk Luis Suarez pun lebih dari itu. 

Tahukah anda peruntukan untuk skuad Harimau Muda A dan B untuk 5 tahun (dari 2005 hingga 2009) pula ialah RM5juta? Bermakna, hanya RM500,000 setahun untuk satu skuad. Jika ditukar ke duit England, 100,000 pound sterling. Gaji mingguan Luis Suarez pun lebih dari itu.

FAM ialah "tip of the iceberg" dan peminat bolasepak perlu terima hakikat ini. Banyak lagi faktor seperti sistem pembelajaran, taraf hidup serta budaya masyarakat yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sukan negara secara keseluruhannya. Kita sudah tertinggal jauh dari arus perdana bolasepak antarabangsa dan tidak keterlaluan sekiranya saya nyatakan bahawa untuk kembali mengejar mereka dipersada antarabangsa adalah amat sukar. 

Oleh itu, jangan lah ultras marah pada saya jika saya tak turut bersama mereka menyanyi kan lagu "FAM bangsat" di stadium kerana bagi saya kelemahan FAM hanya 30% dari masalah yang perlu kita selesaikan. Pendekatan saya berbeza dari mereka. Salah kah?

Namun begitu ramai yang nampaknya gembira dengan YB menteri KBS dalam usahanya memartabatkan kembali bolasepak Malaysia menerusi "pelan B" ini. Sejujurnya saya tak berapa nak gembira sangat. Patutnya janganlah biarkan orang politik pula yang kuasai bolasepak Malaysia. Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga. 

Tak nampakkah kita bahawa perebutan ini kerana mahukan kuasa dan pengaruh. Nanti gajah sama gajah bergaduh, bolasepak kita mati kat tengah-tengah.

13 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu latih sejuta pemain pun diorang 2 nk pegi mana kalu liga kecik je.. msa dh bnyk tbuang kt bola sepak, bila dh besar xde platform, so sape nk amik risiko? baik kejar cita2 lain..

Tanpa Nama berkata...

Ganti la sultan bola tu dulu baru citer pasal plan apa jadah pun.. Letak la pele jd coach pun tp kalau telo dia asik kena picit tak jd apa jgak..

Tanpa Nama berkata...

Abang sekolah dulu matematik fail teruk ke bang? 5 juta bahagi 5 tahun abg dapat 500k sbulan? Hewhewhew.. hawau btol...

-trk-

Tanpa Nama berkata...

Abang matematik dapat berapa dulu? Fail teruk ke sampai 5 juta bahagi 5 tahun dapat 500k? Haha..tp isi bernas..

-trk-

Tanpa Nama berkata...

Harimai muda A dan B la bahalul...

Tanpa Nama berkata...

Baca betul-betul. Harimau A DAN B tu dua skuad. Panggil bodoh nanti marah pulak...

Azhanhizan berkata...

Hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Engko tu yang bodoh. 5 juta untuk 2 team. harimau muda A & B. Tu pun susah nak faham. Bingai

Tanpa Nama berkata...

http://cdn02.mynewshub.my/wp-content/uploads/bogel-beli-phone-1.jpg

Tanpa Nama berkata...

sopan nak mampus

Tanpa Nama berkata...

Yg tukang komen ni bodo matematik.. takkan nak tunjuk jln pengiraan kat sini. terbit artikelnye tak. bajet ilmiah mcm SSTDM lettew

Tanpa Nama berkata...

good..job. mohon abg-abg otai sokernet terus melahirkan artikel ilmiah seperti ini.

hantuLongkang berkata...

tak susah uruskan bolasepak malaysia ni sebenarnya..cuma perlu naikkan gaji ahli lembaga 300% 2 tahun sekali, upah konsultan ramai2, lantik penasihat upah RM1 elaun RM100k, beli jet RM55j bawak pergi unofficial meeting, etc2...nanti dapat la menang anugerah apa2...shout award misalnya..

jadi bab keluar-masuk mulut buaya ni orang kita dah biasa sangat :D

//aku setuju dengan eduardo almeida yang cerita pasal hampir semua pasukan bolasepak malaysia menghabiskan sebahagian besar dari dana untuk beli player saja...cuma sikit tinggal untuk facilities, better staffs, divisional projects, etc yang lebih sustainable...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...