ANDA SEDANG MEMBACA

10

Modenisasi Bolasepak : Bersediakah Siti?

racYnc Rabu, November 27, 2013 , ,



          Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki 47 pasukan yang majoritinya negara dari benua Asia. Bagi semua negara transcontinental countries, yang memiliki tanah jajahan campuran benua asia dan benua eropah pula adalah di bawah naungan  Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Contohnya seperti Turki dan Russia. Israel lahanat juga di bawah naungan UEFA walaupun negara tersebut secara total di dalam Asia. Gila berlagak nak meninggal.

Baiklah. Itu mukadimah yang entah kenapa dijadikan mukadimah bagi entri ini.

Aku tiada niat bercerita perihal persengketaan di antara FAM dan KBS bagi entri ini kerana Van Kordi dah menulis tentang hal itu dengan cukup baik. Lu punya entri power bro! Aku ingin menulis tentang seorang jiran aku. Sebelum berpindah dan menjadi jiran, beliau merupakan petugas MSN yang pernah bekerja rapat dengan Allahyarham Dato Paduka Basri Akil ketika zaman double treble bagi negeri Kedah. (Al Fatihah buat arwah)

Beliau merupakan di antara jawatankuasa yang merangka projek Harimau Muda ketika hendak ditubuhkan dahulu. Benar saudara. Projek Harimau Muda asalnya adalah dari keringat pihak MSN sebelum di sailang secara rahsia oleh FAM apabila projek berkenaan mula mendapat perhatian dan membuahkan hasil yang agak membanggakan. Nak harapkan FAM? Sila jangan buat kelakar.

Geng buat kelakar.
Banyak cerita bolasepak yang dikongsi bersama dan separuh daripadanya dia dah pesan awal awal supaya tidak dihebahkan. Antaranya apa kesusahan Allahyarham Basri Akil angkara kukubesi FAM, siapa pemain Kedah paling kuat rasuah, siapakah di belakang organisasi perasuah pemain tempatan, bagaimana modus operandi rasuah di kalangan pemain dilakukan dan besar mana iblisnya FAM, antara cerita hitam yang pernah dikongsikan. Setelah pemergian Allahyarham Basri Akil, beliau bersara dari dunia bolasepak dan jadilah pasukan Kedah seperti yang sekarang ini.

Aku pernah berpeluang datang ke rumah bapa pembangunan bolasepak negeri Johor, Datuk Sulaiman Mohd Noor pada tahun 2008. Karier beliau di dalam bolasepak turut hancur berkecai dek kerana FAM. Kami berbual hampir 3 jam (majoriti tentang bolasepak) dan ada di antara isi perbualannya turut aku kongsikan bersama jiran aku.

Sejarah menjadi saksi bagaimana dua orang genius bolasepak kita secara sistematiknya di gilis hancur oleh FAM. Terkini, giliran seorang lagi genius bolasepak, Tan Sri Annuar Musa pula yang ingin dikuburkan FAM. Maka kami sependapat, FAM perlu diubah secara total jika kita inginkan komposisi bolasepak negara yang lebih berdaya maju. Modenisasi dan penswastaan bolasepak negara amat perlu. Itu pendapat kami dan terpulang pendapat engkau macam mana.

Genius bolasepak yang kasihan.
Sedia maklum, modenisasi bolasepak di rantau asia bermula agak lambat, dan Malaysia antara negara yang paling lambat. Atas dasar modenisasi ini, kini muncul kelab kelab kuasa baru di asia seperti Jeounbuk Hyundai Motors (nama sebelumnya Jeounbuk Buffallo), Pohang Steelers (nama asal POSCO) dan Guangzhou Evergrande FC (asalnya Guangzhou FC). Maka jika kelab kelab bolasepak negara dimodenisasikan, mungkin akan muncul pula pasukan seperti Sarawak Setia FC, KL Petronas FC, Pahang Genting FC dan bermacam nama baru lagi. Bergantung kepada pemilik baru mereka. Persoalannya, bersediakah kita untuk berfikiran terbuka? Johor FC baru tukar nama jadi JDT pun dah ramai kena sawan. Itu baru nama, belum hal lain lagi.

Bersediakah Siti?
Dari tahun lepas, jiran aku ada melontarkan idea untuk kami bergandingan membuka sebuah kelab bolasepak amatur. Mungkin itu sahaja saluran yang kami mampu laksanakan buat sukan bolasepak yang kami sayangi. Biarlah kecil, tapi ada sumbangan. Segalanya di dalam perancangan. Baiklah tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Salam mesra. XOXO.        
      

10 Ulasan:

~aku_h0m3r~ berkata...

semangat kenegerian kuat sangat nak buat club² kat malaysia

Tanpa Nama berkata...

haram hambar...

Zinedine Zaiddin berkata...

Nokharom apesal buruk bebenor gamba siti

Tanpa Nama berkata...

UMNO tinggal yang bodo2 jer

FAM tinggal yang bodo2 jer

Tanpa Nama berkata...

so point kat sini cuma ko ade jiran yg tau perihal dalaman bola sepak kat Malaysia lah, tu je?

Tanpa Nama berkata...

so point kat sini cuma ko ade jiran yg tau perihal dalaman bola sepak kat Malaysia lah, tu je?

wow bodohnyer ko ni, baca balik!!

Tanpa Nama berkata...

"Johor FC baru tukar nama jadi JDT pun dah ramai kena sawan. Itu baru nama, belum hal lain lagi."

Dia ni betul buta bola ke apa?? Bila masa pulak orang marah Johor FC tukar nama?? Harap pengulas tak standard sokernet ni di-banned selamanya

hantuLongkang berkata...

pemodenan tak semuanya bagus...ambik iktibar dari sukan laga buah getah contohnya...banyak kes pijak kasut malah rantai basikal putus tiga pun ada akibat memodenkan buah getah dengan timah/lilin/damar sekitar 80-90an dulu...

jadi pihak terbabit nak moden dari segi apa sebenarnya?..
scoreboard digital? team rebranding? bola jambulani? stadium kristal?
ataupun training regime baru? akademi moden? professional staffs?(which are better)

dan akhirnya kanak2 moden terbabit terpaksa akur dengan pengamal buah getah tradisional...which is better :D

Azhanhizan berkata...

Ape nie...?

Tanpa Nama berkata...

apa neraka?!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...