ANDA SEDANG MEMBACA

11

Sekilas Pandang Final Piala Malaysia Kelantan vs Pahang

zaileefd2 Sabtu, November 02, 2013 , ,




Ada dua isu dalam pertemuan dua pasukan power dari pantai timur Malaysia ini iaitu :
1. Kekecohan pengagihan tiket
2. Profesionalisme FAM
3. Ramalan

1. Proses pengagihan tiket dikatakan sedikit kecoh atas beberapa faktor:

i. Pembelian secara borong

Ada YB yang hilang akal merompak sukan rakyat dengan membeli tiket secara pukal dan diagihkan secara percuma kepada kumpulan yang tidak ada keghairahan terhadap sukan bola sepak. Ini amat mendukacitakan dan tidak patut berlaku. Apa gila bagi tiket dekat Puteri UMNO? Depa Ultras Awek. Masuk stadium setakat nak ambik gambar lepas tu gebang kat Facebook betapa depa ni berjiwa sukan. Habis kuat pun bersorak semasa pasukan sendiri menang. Baki masa menyorak dihabiskan dengan menggigit jari atau bertepuk tangan sesama sendiri bila pemain lawan dilayangkan kad kuning.

Satu soalan untuk penerima tiket percuma dari YB. Anda tidak rasa bersalah mengambil tiket itu lantas menafikan peluang orang yang memang berminat untuk menonton perlawanan ini?

ii. Kecekapan persatuan negeri

Seperti kita ketahui, Kelantan ialah pasukan yang regular  memasuki peringkat akhir sama ada Piala FA mahupun Piala Malaysia mutakhir ini. Setelah beberapa tahun melalui keadaan yang sama, KAFA nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu. Lebih mendukacitakan apabila kekecohan ini dikatakan lebih teruk dari tahun-tahun sebelumnya. Maaf cakap, sebagai pasukan yang telah sekian lama tidak memenangi Piala Malaysia, kejayaan Pahang ke final ini disambut dengan penuh rasa ghairah. Pihak yang menguruskan soal tiket sepatutnya dapt menjangka akan berlaku ketegangan.

KAFA banyak duit. Sebab nak berjimat, mereka sanggup gadaikan keselamatan penonton. Mentaliti sebegini tidak patut ada pada individu yang diberi tanggungjawab menguruskan satu function besar. Apa salahnya jika mengeluarkan lebih sedikit belanja bagi menambahkan bilangan pengawal keselamatan atau menaiktaraf sistem jualan tiket yang lebih efisien. Gambar di bawah ialah contoh akibat kebanggangan persatuan negeri.


2. Profesionalisme FAM

Baru-baru ini FAM keluarkan amaran kepada budak-budak ultras supaya jangan malukan Malaysia dengan bertindak banggang membakar suar atau berkelakuan seperti beruk-beruk di belantara. Mereka barangkali terlupa mereka sudah sekian lama memalukan kita rakyat marhaen dengan meletakkan ranking Harimau Malaya di tangga ke 160, meletakkan liga kita di gred D, dan banyak lagi. Hari ini, FAM menunjukkan kepada kita contoh tindakan waras mengikut pertimbangan mereka sendiri.



Kain lapik meja yang kusam entah dari bilik stor mana, meja yang setaraf meja jual ubat kuat, dan kerusi yang layaknya di bilik dewan JKKK digunakan untuk sidang media bagi acara yang berprestij ini. Mungkin itulah agaknya tindakan waras, tepat, dan bernas mengikut pertimbangan akal monyet milik pegawai-pegawai FAM. Terima kasih diucapkan untuk contoh yang sangat meyakinkan ini.


3. Ramalan

Dua perlawanan di peringkat kumpulan antara Kelantan dan Pahang menyaksikan Kelantan menang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-4 dan seri 1-1 sama di Stadium Darul Makmur. Kelebihan nampak memihak kepada Kelantan namun dengan ketiadaan Obinha yang digantung perlawanan, Kelantan nampaknya bakal berdepan dengan tugas sukar.

Alex cemerlang ketika berdepan jaguh Borneo iaitu Sarawak tetapi ke"kasanova"an Kelantan menoron JDT tanpa belas kasihan di suku akhir juga menjadi bekalan semangat untuk pemain-pemain Kelantan. Secara bias, saya wakil penulis dari Kelantan tetap berharap Kelantan akan menang dengan jaringan 2-1. Maaf jika tidak cukup anguh kerana hanya angka 2-1 sahaja yang terbentu tadi dalam kepulan asap rokok yang saya baru hembus. Jadi itu sahaja. Hati-hati di jalan raya.

p/s : Arsenal minggu ni nak terajang Liverpool dengan cara yang sama orang Kelantan terajang pagar beli tiket.

11 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAM bangsat

Tanpa Nama berkata...

hoi! tahu tak susah nak mengait alas meja tu?

kobetz berkata...

mngikut trend baju xcukup kain.. FAM mengupdate sistem mereka menggunakan cara yg same.. cover sket je.. yg lain melimpah2 kat tepi.. pemandangan nie slalu je nmpk kat malaysia skang nie.. so, xyh nk highlightkn sgt bnda2 nie...

talkIZcheap! berkata...

Adakah font dan saiz font terbaru sokernet merupakan satu sistem baru yang difikirkan waras jugak?

Mohon penjelasan (dalam font yang lebih jelas)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana tunjukkan gambar bangang FAM bangsat adakan sidang akhbar dgn alas meja tu. Dengan mentaliti tangkap muat macam ni, tak heran la bolasepak Malaysia makin macam sial. Rasuah pon banyak. Dan ada hati pulak nak nasihat fans jaga kelakuan. Ehhh aku tak nampak pon presiden FAM masa final.. Piala Malaysia tak penting ke pada dia?
Haprak...

Tanpa Nama berkata...

Kelantan bangang... tempat sendiri musim tengkujuh dgn selalu banjir pun takleh main dlm hujan... apa punya alasan le.. gua main masa salji kat moscow aritu stedy je... apek plak lemas...bila hujan je ingat bini kat umah... bangang 14 tingkat.

Azhanhizan berkata...

Mmm...

Tanpa Nama berkata...

Selekeh sungguh!

amid berkata...

Tebaabooo

Fariddin berkata...

sudah tiba masenyer jual tiket tru online dgn kemudahan perbankan dan tiket dijual mengikut zonal penyokong supaya tempat duduk diasingkan sama rata..dan bukan diasingkan masa pi stadium..pelik dgn kenyataan FAM..online x bleh dibuat coz tiket distributions.mungkin boleh dilaksanakan dahulu for final matches

Tanpa Nama berkata...

Climax TRW dgn menewaskan JDT (tak pasti JDT 1 dan/atau JDT 2 dan/atau Hantu JDT balik Johor).

Presiden FAM tak perlu piala2 ni. Baginda perlukan result shj. Yang pasti Presiden FAM pemenang sebenar.

Ko ingat alas meja tu dr kain? tu sutera dr ulat antartika bersadur emas putih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...