ANDA SEDANG MEMBACA

4

"Sebab Bola Pun Pecah Belah Sesama Bangsa" - Bangang!


Juara dan naib juara


Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia besok, saya agak jijik untuk membuka halaman Facebook dan Twitter melainkan fanpage Sokernet yang saya tadbir bersama rakan-rakan penulis yang lain. Hal ini demikian kerana saya tak mampu menurunkan level pemikiran saya setaraf dengan beruk-beruk yang lincah menulis komen negatif tentang peminat bolasepak.

Komen-komen negatif ini lazimnya kita terbaca di page-page picisan, i.e Oh Media, Pen Merah Dot Com, Berita Harian, dan lain-lain yang mengumpulkan suri-suri rumah, pelajar sekolah, dan khalayak yang tidaklah gemarkan bolasepak tetapi miang melontarkan pandangan. Komen-komen yang biasa dibaca ialah seperti berikut:

i. "Bola je kot. Tak payah la bersungguh sangat,"
ii. "Dari bersungguh beratur beli tiket, lebih baik beratur memenuhi masjid."
iii. "Sebab bola pun sampai maki-memaki. Bangsa berpecah belah sebab bola. Bangsa lain tepuk tangan. Tu baru sebijik Yahudi baling bola."
iv. Tambahlah sendiri komen yang menunjukkan kebodohan penyindir.

1. Sebagai peminat bolasepak, saya terkilan dengan tanggapan masyarakat yang melihat bolasepak sebagai satu perkara yang negatif. Situasi seperti ini merencatkan pembudayaan sukan dalam masyarakat kita. Malah, bolasepak dianggap jarum halus Yahudi untuk melekakan orang Melayu. Ya rabbi.

2. Secara mudahnya, perkara ini berkait rapat dengan minat dan sikap. Saya biasa sahaja melihat ibu-ibu beratur di hadapan kedai tudung Fareeda dari tengah malam di Bangi sana. Itu minat mereka. Saya juga biasa melihat anak-anak remaja berkhemah depan stadium untuk menonton konsert keesokan harinya. Jadi, sama juga dengan situasi beratur membeli tiket sejak tengah malam. Sebab minat yang mendalam. Bila dah minat, anda tak payah la nak perlekeh. Anda pun pernah beratur lama-lama untuk mendapatkan peranti iPhone terbaru. Namun saya diamkan diri sahaja kerana itu hak anda untuk meminati iPhone.

3. Bolasepak ialah satu sukan. Sukan ialah satu alat sosial. Bila disebut sosial, ia berkenaan dengan hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Dalam menonton bolasepak, kita berkenal-kenalan dengan tak kiralah dari pihak sendiri mahupun lawan. Ada yang menjadikan alasan menonton bolasepak untuk berjumpa rakan lama di stadium yang sekian lama telah terpisah. Islam menganjurkan penganutnya mengeratkan silaturrahim sesama manusia seiring dengan elemen akidah iaitu hablum minal-nas (hubungan sesama manusia). Bab ibadah solat di hari perlawanan, saya jamin tidak menjadi masalah kerana sepanjang pengalaman 5 tahun berturut-turut bersama Kelantan, ramai yang menyahut berjemaah. Pahang dan JDT pun apa kurangnya dalam soal begini. 

4. Pernahkah dengar istilah banter? Banter ialah aktiviti memprovok, menganjing, dan perang saraf dengan penyokong lawan. Aktiviti ini ialah sebahagian dari bolasepak dan menjadi elemen kemeriahan. Namun, aktiviti banter menjadi tidak menarik bila orang yang bukan ahli bolasepak mahu sama-sama menganjing tapi menyertakan hujah yang tidak berkaitan. Misalnya,

"JDT bangang. Yang menang Piala Malaysia dulu tu Johor FA. Bukan Johor FC. JDT ni dijenamakan dari Johor FC yang belum pernah menang Piala Malaysia. Bangang bodoh."
"Kau mengata JDT? Negeri kau tu miskin. Datang cari makan tempat orang!"

Ini ialah contoh banter yang biasa menjadi punca perbalahan. Orang sembang hal bola, dia masukkan isu ekonomi dan kemasyarakatan sebagai hujah. Dan sebenarnya tiada pun pecah-belah sesama bangsa seperti mana yang didakwa sebahagian besar pengomen. Kalau ada pun mungkin dalam jumlah kecil akibat terbawa-bawa dengan emosi. Menubuhkan kumpulan hooligan dan vandalisme harta polis misalnya.

5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga ialah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi ini. Kita sedia maklum penyokong bolasepak ialah makhluk yang agresif. They are volatile creatures. Keganasan memang biasa terjadi. Izinkan saya memanggil semula peristiwa antara penyokong Terengganu dan Kelantan lewat 90-an dahulu. Bergaduhhhh saja. Hari ini, mereka boleh duduk bersama tanpa sebarang kekecohan besar. Tiap kali penyokong Kelantan bermain di Shah Alam menentang Selangor sekitar 2008-2009 dahulu pun banyak kes kenderaan penyokong dipecahkan lampu. Namun, hari ini penyokong Kelantan dan Selangor dah boleh get along. Sudah tiada kekecohan besar-besaran antara mereka. Tenang saja.

6. Kesimpulannya, hormatlah minat orang kerana menyindir orang lain dengan statement Islamik sebegitu tak buat anda nampak cerdik pun. Nampak lagi bodoh ada lah. Apa ingat Islam ni sekadar solat, naik haji, dan puasa saja? Tak nak luaskan pergaulan sesama manusia? Ia bergantung kepada pemikiran anda aje. Kalau otak anda negatif, negatiflah satu-satu benda di pandangan anda dan vice versa. Ini dunia kami. Ini hiburan kami. Ini cara kami menghilangkan tekanan di tempat kerja. Apa yang anda cakap, kami tak peduli.

Aku ramal Pahang menang.

Nota kaki : Ini ialah link fanpage Facebook Sokernet terbaru. Yang lama kena report dengan SKMM.
facebook.com/thetruesokernet

4 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

kah kah pasal johor fc pun ada yg sentap ke ? sape suruh tak sokong johor dulu

Osman Offside berkata...

Ni yang aku semangat. Dah lama tak baca artikel yang berbaur ultras begini.

Tanpa Nama berkata...

x sedap.. boleh di improve lagi.NEXT!!

hantuLongkang berkata...

cisss..ni apa nak sedih2 ni?

tapi kalu nak sedih2 jugak, ingatlah wahai orang muda..
hidup ni umpama roda...elak kiri terjun lubang, elak kanan cium taik..tapi tetap kena ke depan..keh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...