ANDA SEDANG MEMBACA

11

Lambung sana, lambung sini. Yeayy menang!

Accurecca Sabtu, Disember 13, 2014
Sebagai pendukung falsafah bolasepak sebenar, sebenarnya gaya permainan bolasepak Malaysia semasa melawan Vietnam tempoh hari biasa-biasa saja. Vietnam yang ternyata bangang kerana gagal bertahan dengan baik atau mungkin terbawa-bawa dengan perasaan yakin yang memakan diri. Tiada yang boleh dibanggakan dari aspek teknikal mahupun mutu pemain. Hanya semangat juang dan stamina pemain yang wajar dipuji untuk mencipta “mother of all comeback” diperingkat Asean ini.

Jika anda ingin berbangga dengan final ini dan pencapaian yang berlegar-legar sekitar Asean selama 25 tahun ini, terpulang. Citarasa bolasepak yang aku dambakan sangat tinggi. Susah untuk mencapai klimaks hanya kerana mara ke final bolasepak rantau Asean. 

Malaysia pernah muncul juara edisi 2010 lalu. Menang pingat emas temasya Sukan Sea 2009 dan 2011, tapi setakat itu saja. Semua pemerhati bolasepak tempatan tahu apa berlaku selepas itu. Malaysia gagal mara ke Piala Asia secara merit apabila kalah ditangan jiran Asean, Singapura. Hakikat yang paling pahit untuk ditelan. Malaysia masih kekal dengan hantaran lambung untuk menang. Hantaran lambung yang diamalkan sejak 25 tahun dulu. Hantaran lambung yang terpaksa digunapakai atau diterapkan oleh mana-mana jurulatih Malaysia yang bersilih ganti kepada pemain lantaran pemain yang ada masih gagal mempraktikkan atau mengadaptasi kawalan bola yang kemas, tersusun dan paling menyedihkan masih belum mampu bermain menggunakan akal. 25 tahun tapi corak permainan tetap sama. Dari liga semi-pro dinaik taraf ke liga professional sepenuhnya. Bayangkan!

Tidak dinafikan setiap kali Malaysia bermain, aku akan pegun di depan TV dengan harapan mungkin kali ini ada perubahan dari segi gaya taktikal dan mutu permainan. Tapi hampa. Corak permainan tetap sama. Lambung sana, lambung sini. Di selang seli dengan tampanan bola yang macam setan dan gelecekan berterabur menghuru-harakan diri sendiri yang dicipta oleh Azamudin Akil, Zubir Azmi dan S. Kunanlan. Muslim Ahmad macam biasa. Tetap dengan kegopohan dan bebalnya mengeluarkan bola. Syukurlah kali ini tiada kelibat Fakri Saarani dan K. Gurusamy. Jika tidak lengkaplah kuota.

Mutu permainan bolasepak Malaysia masih gagal untuk meningkat ke gear lima atau lebih tinggi. Samada tersangkut di gear tiga atau turun kembali ke gear dua. Begitulah selalunya.

Dalam pada itu mungkin  ada peminat bolasepak yang biasa-biasa berkata, “Hantaran jauh juga satu bentuk taktikal bola brooo!” Ya. Betul. Ianya juga satu bentuk taktikal. Tapi jika engkau turun menentang lawan yang hampir sama sosok fizikal seperti Vietnam atau negara Asean lain, barangkali akan mendapat kemenangan yang dicari. Tapi bagaimana pula turun menentang lawan yang lebih tinggi dan tegap dengan keupayaan teknikal yang hebat?

Barangkali ada peminat bolasepak yang biasa-biasa akan berpuas hati dan berkata, “Pedulilah dengan gaya permainan Malaysia, yang penting kita masuk final. Apa ada hal!” 18 tahun dulu atau lebih tepat tahun 1996 ketika edisi Piala Tiger, skrip dan alasan seperti itu juga yang diberikan. “Pedulilah. Yang penting pergi final”. Dan selepas itu, semua pun tahu, Malaysia gagal dan terus gagal termasuk “the mother of all gagals” pada Piala Asia 2007.

Bolos 12 gol dan hanya satu jaringan dalam 3 perlawanan. Satu tindakan gila pada ketika itu untuk menggunakan hantaran lambung kerana sosok pemain lawan iaitu China, Uzbekistan dan Iran hampir sekaki lebih tinggi dan tegap daripada pemain Malaysia. Ditambah pula dengan kemahiran teknikal yang daif dan kelemahan fizikal, segala kekurangan pemain Malaysia pada ketika itu sangat ketara terdedah diperingkat Asia. Belum lagi bercerita diperingkat global. Pemain paling tinggi ketika itu, K. Nanthakumar seperti perempuan baru lepas kena rogol dengan 10 orang negro. Perlahan dan lemah. Norizan Bakar dengan janggut sejemputnya kelihatan seperti penggembala keldai. Terkedu di bangku simpanan mengenangkan anak didiknya kelihatan bangang di dalam padang. Natijahnya 5-1, 5-0, 2-0!

Malaysia masih gagal mara ke peringkat lebih tinggi. Masih gagal menembusi kelompok Asia. Sudah 25 tahun. Masih begitu. Masih melukut di rantau Asean dan kekal konsisten berhempas pulas hatta menentang Bangladesh!

Sebagai pencinta bolasepak sebenar, aku ingin lihat Malaysia mengamalkan permainan yang bermutu. Kawalan bola yang meyakinkan. Bermain secara build-up dengan hantaran pendek yang tepat diselang seli pergerakan pantas pemain mencari ruang serta kawalan bola yang mantap dan hantaran bervisi yang mampu menembusi celah-celah pemain lawan bukannya melambung di atas kepala pemain lawan. Sentiasa pantas menggunakan akal dan kepintaran untuk mengatasi pertahanan lawan setiap kali menerima bola.

Kita ingin lihat Malaysia sebaris dengan Jepun, Korea Selatan mahupun Iran dari segi teknikal, fizikal dan mental seterusnya muncul sebagai jagoan Asia secara total bukan lagi Asean. Bukan! Kita ingin lihat Malaysia bermain diperingkat tertinggi di Asia atau dunia secara regular dan mengamalkan falsafah bolasepak yang boleh dibanggakan, bukan lagi dengan amalan hantaran bola lambung dan clear bola ikut arah konek, punai, kotey, tetek, telur, jubor atau seumpamanya. (Ketika melawan Vietnam, jika diamati pada minit ke-75 ke atas, sindrom bangang itu masih ada)

Alangkah baik jika pada saat yang genting itu, ada dua atau tiga orang pemain yang tenang mengawal asakan pemain Vietnam dengan mutu kawalan bola yang baik dan tidak terburu-buru atau panik mengeluarkan bola, seterusnya mampu menghantar bola yang tepat kepada penyerang bagi memerangkap pertahanan lawan yang mana ketika itu sedang menggila mengasak. Killer pass from deep area! Tapi malangnya tiada yang mampu.

Walaupun begitu, sebagai manusia yang waras dan masih berpijak di bumi nyata, dan memahami bahawasanya Dollah Salleh mewarisi generasi pemain yang serba biasa dan mempunyai kualiti teknikal dan kepintaran yang terhad dan daif, bermain dan bersaing pula sesama sendiri di dalam liga gred D, beliau berhak mendapat kredit dan pujian kerana masih mampu membawa pasukan yang serba sederhana ini mara ke final.

Dengar sini! Sebab engkau orang semua bangang, hantar bola lambung!


Tapi yakinlah selepas final ini, Malaysia akan terus bergelut untuk mengatasi negara Asean lain seperti sediakala. Tiada perubahan kerana pemain-pemain yang ada kekal dan selesa bermain di liga gred D. Tiada usaha untuk meningkatkan kemahiran sendiri justeru asas bolasepak Malaysia terus kekal macam celaka kerana mereka sekadar bersaing sesama pemain bertaraf celaka juga. Tidak mungkin seseorang bertukar menjadi malaikat jika kekal bergaul dengan syaitan. Bunyinya biadap tapi itulah hakikatnya.

Kitaran bolasepak Malaysia berpusing pada paksi dan asas yang sama. Bermain hantaran lambung untuk 15 tahun akan datang demi mencari kemenangan dan menggembirakan hati peminat bolasepak yang biasa-biasa, dan pada ketika itu jangan terkejut jika Filipina atau Vietnam sudah mara jauh ke depan meninggalkan Malaysia.




Harapan terakhir pendukung bolasepak sebenar di Malaysia?

11 Ulasan:

Taufiq Sani berkata...

"Malaysia gagal mara ke Piala Asia secara merit apabila kalah ditangan jiran Asean, Singapura"-macam salah je fakta ni. Itu Kelayakan Piala Dunia 2014 lah abang..

Tanpa Nama berkata...

Ala..yg tulis ni pun bukan pandai sangat pun..cakap lebih.. aku rasa yg tulis ni org melayu.. sbb org melayu cakap tak serupa bikin

Tanpa Nama berkata...

Sembang kencang boleh la bang... Kotei la jubo la... Setakat Sembang budak tadika pun boleh... Bagi la cadangan membina yg boleh membantu bukan jubo kote Pele...

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahahaha..tudiaaa ubat diaa

Tanpa Nama berkata...

acurreca ulas la pasal kelab BVB.rindu dowh entry ko pasal BVB.

Tanpa Nama berkata...

janggut yg lemah..aku sokong ko bro..mmg mcm celaka..liverpool patut beli shukor adan..

Tanpa Nama berkata...

sokernet kembali menghiburkan. padu padat. harap penulis2 picisan yang cuba2 buat posting hambar dapat kembali ke IKM belajar bagi habis kursus kimpalan.

Tanpa Nama berkata...

Finally aku jumpe artikel yang sependapat dngan aku...peminat bolasepak biasa biasa xkan paham benda ni...game lawan vietnam tu game yg luarbiasa sebab team yang main ntah ape ape boleh leading 4-1 first half...masuk 2ndhalf da defend 10 orang dalm kawasan sendiri...langsung xde game plan...plan nyer ialah defend dengan membuta tuli...memang menyakitkan hati tengok permainan malaysia walupun dah leading 4-1...sebenarnya game macam tu amat memalukan bagi aku...menang xde maruah...lagi baik kalah dengan maruah iaitu bermain dengan baik....sekian...

Unknown berkata...

Betul tu, aku pon setuju.sampai bila do bolasepak kita nak kat tahap ni jee, please bagi nama Tanah Tumpah Darahku ni dikenali dengan bola sepak balik macam dulu.saya merayu sgt sgt , pembangunan akar umbi tak kurang pentingnya, dlm jangka masa pendek ni tak dpt bersaing international pon takpelah, at least top 15 Asia pon dah cukup untuk aku.

Tanpa Nama berkata...

Ok le ni. Dari artikel dari adik arsenal yang ntah apa-apa tu. Macam baru kenal bola sejak kenal anuar musa.

talkIZcheap! berkata...

Sedangkan Kroos yang baru main tak sampai satu season pun boleh marah-marah senior dia kat Real Madrid bilamana diorang gelabah final minutes El-Classico hari tu. Tu menunjukkan umur bukan pengukur pengalaman dan kematangan. Kita sangat-sangat perlukan holding ball players, tak kira la posisi mana pun, sebab masa takde pressure pun tak boleh hold bola, apatah lagi bila ada pressure...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...