ANDA SEDANG MEMBACA

12

FAM - Rombak, Jangan Tak Rombak.

pakkordi Selasa, Mei 12, 2015
“Rombak FAM!”

Benda ni mungkin dah basi tapi saya rasa masih relevan untuk saya kupas secara marhaen supaya pembaca mudah faham.

Soalan pertama yang seharusnya ada dalam benak setiap penyokong laungan diatas ialah, “bagaimana kita nak rombak FAM sebenarnya?” Jika setakat mahu memegang tifo gambar anjing dan memekik sambil menyanyikan lagu “FAM bangsat” sudah cukup untuk merombak FAM, sudah lama organisasi ini kena rombak.


Untuk merombak sesuatu, kita perlu faham benda yang mahu dirombak. Itu cara manusia berakal buat kerja.

Sebelum menjawab soalan "dari mana datangnya FAM?", eloklah kita selami serba sedikit mengapa FAM penting selain dari aspek memartabatkan bolasepak Malaysia.

FAM ialah sebuah organisasi yang sah mewakili bolasepak Malaysia dimata Federation Internationale de Football atau singkatnya, FIFA. Semua maklum bahawa FIFA ialah badan “de facto” yang mengawal selia segala aktiviti bolasepak dunia pada masa ini. FIFA mengandungi akta-akta tersendiri yang perlu dipatuhi oleh semua persatuan bolasepak negara yang bernaung dibawahnya termasuklah FAM.

Soalan: Jika saya tak puas hati dengan FAM, bolehkah saya mencipta satu persatuan baru untuk mewakili Malaysia didalam FIFA?

Jawapan: Mari sini, saya nak lempang muka anda. Tak boleh!

Dalam artikel 10 FIFA STATUTES; “only one association shall be recognised in each country”. Kalau nak buat persatuan sendiri, pasukan bolasepak yang mewakili persatuan baru itu tidak akan diiktiraf oleh FIFA, dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan bertanding didalam pertandingan kelolaan FIFA.

Soalan: Kenapa tak buat persatuan baru, anjur pertandingan setaraf FIFA World Cup dan kemudian syok sendiri?

Jawapan: Mari sini, saya nak lempang muka anda sekali lagi.

Penganjuran Piala Dunia FIFA ialah salah satu penganjuran sukan yang paling menguntungkan didalam dunia. Tahukah anda ketika menganjurkan Piala Dunia 2014, pendapatan FIFA ialah sebanyak USD4billion dengan keuntungan bersih USD2billion? Negara yang layak dan cuba layak ke pertandingan akhir Piala Dunia akan mendapat habuan kewangan juga. Oleh itu, jika anda mahu menganjurkan pertandingan yang syok sendiri, mampukah anda menarik keuntungan seperti FIFA? Selain dari itu, bolehkah pasukan yang menjadi juara didalam pertandingan yg kita anjurkan sendiri mengikut suka hati kita, mendabik dada dengan gelaran "We Are Champion of the World"?


Soalan: Bolehkah kita memaksa FIFA menerima persatuan baru mewakili Malaysia dengan menggunakan kuasa politik sedia ada atau kerajaan baru dimasa hadapan?

Jawapan: Akta didalam FIFA tidak membenarkan kuasa politik mencampuri urusan persatuan bolasepak yang bernaung dibawah FIFA. Pendek kata dalam urusan FAM, parti politik dari pihak mana pun boleh pergi minum teh tarik. Artikel 17 didalam FIFA STATUTES menyatakan, “each member shall manage its affairs independently and with no influence from third parties.”

Sebagai sebuah organisasi yang menjadi ahli FIFA, FAM mempunyai akta-akta tertentu yang membolehkan ianya berfungsi sebagai sebuah persatuan. Ini wajib dibawah akta FIFA. FAM tertubuh dari gabungan persatuan bolasepak negeri yang ada di Malaysia. FAM dan persatuan negeri ini tidak perlu berdaftar dengan Registrar of Society (ROS). Cukup sekadar FAM sah disisi FIFA manakala persatuan negeri pula sah disisi FAM untuk membolehkan pasukan mereka bertanding didalam kejohanan anjuran FIFA.

Jika saya dan rakan-rakan hari ini ingin mendaftar persatuan baru yang diberi nama “Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur Version 2015” dan kemudian ingin mendaftarkan ianya menjadi sebuah persatuan dibawah naungan FAM, jangan harap ini berjaya. FAM harus mengikut segala akta yang diperturunkan dari FIFA dan dua persatuan yang berbeza mewakili sebuah negeri adalah perbuatan yang tidak sah mengikut akta FIFA. Malah dua kelab berbeza berkongsi satu pemilik bertanding didalam pertandingan yang sama adalah tidak dibenarkan oleh FIFA. Kerana itu JDT dan JDT II, silalah berhati-hati.

FAM terdiri dari ahli jawatankuasa dan kongres yang dipilih oleh wakil persatuan negeri.

Soalan: Kalau susah sangat nak rombak FAM, bolehkah kita rombak persatuan negeri dan kemudian setiap wakil dari persatuan negeri itu pilih ahli jawatankuasa baru di peringkat FAM?

Jawapan: Ini soalan yang bagus dan jawapannya boleh.

Memang mengisi persatuan negeri dengan calon-calon kita sendiri dan kemudian memilih ahli jawatankuasa baru di peringkat FAM ialah satu-satunya cara, namun ada beberapa masalah teknikal yang saya yakin akan membuatkan idea ini masuk tong sampah.

Seperti FAM, persatuan bolasepak negeri juga terdiri dari ahli jawatankuasa yang dipilih oleh wakil persatuan bolasepak atau kelab yang bernaung pula dibawah mereka. Oleh itu, jika mahu merombak persatuan negeri, anda perlu ada cukup sokongan dari setiap persatuan bolasepak atau kelab dibawah naungan negeri itu. Jumlah kelab atau persatuan bolasepak dibawah naungan persatuan negeri tentulah terhad. Jika anda bercadang untuk membuka 200 kelab baru dan mendaftarkan kelab-kelab itu dibawah persatuan negeri (dengan harapan anda akan dapat 200 undi ketika pemilihan ahli jawatankuasa persatuan negeri), anda akan kecewa. Ini ialah kerana untuk mendaftarkan kelab baru, anda harus mendapat kelulusan dari persatuan negeri tersebut dahulu. Adakah anda rasa persatuan negeri akan meluluskan keahlian kelab baru yang mereka tahu akan kemudiannya memilih untuk menukar tampuk kepimpinan persatuan negeri sedia-ada? Jangan harap, bro.

Kesimpulannya, segala idea untuk merombak kepimpinan FAM ini adalah retorik semata-mata. Perubahan hanya akan tercapai jika ahli jawatankuasa FAM meletakkan jawatan dan secara ikhlas membenarkan muka-muka baru mengambil-alih. Persoalannya mahukah mereka melepaskan jawatan yang secara lahir dan batinnya datang dengan “kuasa-kuasa tertentu”?

Fahamilah bahawa idea perubahan ini bukan sahaja ada di negara kita malah diperingkat FIFA juga terdapat gelombang-gelombang yang mahukan perubahan namun kekangan yang dihadapi tetap sama.

Fikir-fikirkan.

12 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...


aku tak kira aku nak cakap juga pasal politik

dulu aku tak pernah percaya walau sebesar kuman Selangor dan Pulau Pinang akan jatuh kat tangan pembangkang...

Mustahil?...Fikir dulu bro...

first step aku pegang yang ni dulu...boleh?

(( Soalan: Kalau susah sangat nak rombak FAM, bolehkah kita rombak persatuan negeri dan kemudian setiap wakil dari persatuan negeri itu pilih ahli jawatankuasa baru di peringkat FAM?

Jawapan: Ini soalan yang bagus dan jawapannya boleh.))


yang next kokata msutahil tu kita tengok kemudian k..



Apostolos Velios berkata...

berapa banyak lempang dapat ni

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 12 Mei 2015 4:37 PTG.

Memang kita orang Malaysia ni semua benda nak harap politikus ke?

Mulakanlah korang rombak persatuan negeri tu dulu. Main Bola ikut sentimen negeri. Pasal JDT I dan JDT II tu total agree bang, macam mana kita nak maju kalau sekat pembangunan bolasepak. 1 owner 3 kelab. dah elok2 ada Johor FC dulu di cantasnya.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa bukan masalah orang Malaysia

bukan juga masalah orang politik secara keseluruhanya,
Tunku Abdul rahman orang politik bolasepak Malaysia maju jer ketika itu... Kenapa??

dan juga bukanlah masalah anak sultan secara keseluruhanya, kita perlukan duit dorang... eh betul ker?...

Ni lah yang aku kata masalah attitude pemerintah yang penuh rasuah... Kalau dah dari atas kaki rasuah, kaki manipulate, apa yang kita harap orang orang bawahnya

Cakap intelek teori bla bla last sekali merombak FAM adalah mustahil... baik tak payah ada diskusi macam tu... aku sebenarnya menyampah dengan orang kaki teori ni macam lecturer aku dia ajar aku benda yang dia tak pernah buat..

yang kata asik asik harapkan politikus tu... tak jugak kalau kereta ko rosak cari lah pomen...

Fauzan Ahmad berkata...

tak payah rombak, belajar main bola bagi betul dulu.

nak cakap corrup ni, persatuan bola Europe pun aku jamin korup jugak. Portugal contohnya, kau ingat pentadbiran diorang bagus sangat?

Tapi orang diorang, walau duduk tengah pulau, sepak bola tu cantik.

Tengku Juh berkata...

Boleh saja nak rombak FAM,tiap persatuan negeri kena bersatu lawan pimpinan FAM.

Tanpa Nama berkata...


eropah kurop tapi dia korup dan tak bodoh...

pasal korup diaorang nak pegang kuasa sedangkan diaorang antara orang yang layak, jadi nak pegang kuasa kena main duit itu lantak lah umat tak ada dosa pahala apa dorang tau, janji manage team dengan betul...

malaysia lain pulak dah lah korup bodoh dan tak layak pulak tu...


ada beza tu, renung renungkan ehhh...



talkIZcheap! berkata...

Rujuk kes MTA (Malaysian Taekwondo Association) vs Suruhanjaya Sukan. Penggantungan Malaysia dari arena Taekwondo antarabangsa oleh World Taekwondo Federation (WTF) dan pembentukan Badan Kebangsaan baru sukan Taekwondo di Malaysia daripada MTF, MTCA sehingga kepada TM.

Bukan apa, sekadar contoh bagaimana sebuah Badan Sukan Kebangsaan yang diiktiraf oleh Badan Dunia dapat dijatuhkan dan sebuah Badan baru naik menggantikan Badan Lama.

Yang penting sebenarnya apabila ahli sesuautu Badan/Persatuan tersebut sedar apa yang paling penting dalam sesuatu sukan tersebut, iaitu kebajikan dan pencapaian atlet.

Spoiler alert: MTA menang kes di mahkhamah, tetapi sekarang Badan yang diiktiraf WTF ialah TM (Taekwondo Malaysia), maksudnya, kalau nak wakil Malaysia dalam Taekwondo, kenalah melalui TM...

Tanpa Nama berkata...

sept blater pon dengar kabor dah letak jawatan...

aku memang menyampah geng geng beserah ni..tu lah jadinya beserah jer kena tindas 50 tahun...

orang beri pendapat suruh belajar lagi sebijik macam ulama pas

Unknown berkata...

Boleh je nk rombak jika guna kuasa sbg penyokong. Nk rombak fam penyokong kene bersatu. Ni x bila ada penyokong pasukan tu yg skrg ni galak menentang fam penyokong pasukan lain dok backup fam terutama sek2 timor leste. Kdg2 kita kene keras semasa menentang bkn sekadar menyanyi shj mcm kump koir. Jadi kesimpulannya ubahla mentaliti penyokong pasukan masing2 supaya tdk dengki mendengki dan manfaatnye semua pasukan merasa kelak. La ni mmg x nmpk lg hasil tp sok bila dh tuai hasil br nk nyokong bak kata admin meh sini muke biar aku lempang.

Unknown berkata...

Boleh je nk rombak jika guna kuasa sbg penyokong. Nk rombak fam penyokong kene bersatu. Ni x bila ada penyokong pasukan tu yg skrg ni galak menentang fam penyokong pasukan lain dok backup fam terutama sek2 timor leste. Kdg2 kita kene keras semasa menentang bkn sekadar menyanyi shj mcm kump koir. Jadi kesimpulannya ubahla mentaliti penyokong pasukan masing2 supaya tdk dengki mendengki dan manfaatnye semua pasukan merasa kelak. La ni mmg x nmpk lg hasil tp sok bila dh tuai hasil br nk nyokong bak kata admin meh sini muke biar aku lempang.

Tanpa Nama berkata...

dia nak redha jer, sampai sekarang bola dah sama standart ngan timor leste pastu ajar orang suruh redha bukan nak naikan semangat dengan alternatif walau sekecil kuman pon... tengok Malaysia dah tinggal skit jer lagi nak bankrup apa yang dia ajar pembangkan pon sama kalau memerintah kita redhoooo.... stupid pergi mati ngan teori dan undang undang ciptaan sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...